"Nak pergi ke tak ni?" Soal Qayyum, agak tegas. Walau dalam hatinya sekarang, hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya.

"Nak nak nak! Hehe."

"Kalau nak, cepat siap. Lepas maghrib kita gerak."

Itu sahaja pesan Qayyum sebelum menapak keluar dari bilik. Penat juga nak melayan kerenah Medina. Menggatal je lebih.

"Suami saya..." Panggil Medina, dengan suara menggoda.

Tipulah kalau Qayyum tidak rasa apa-apa. Cair juga hati sebenarnya.

"Apa lagi Medina?"

"Nak minta tolong boleh..?"

"Minta tolong apa?"

"Tolong tutupkan pintu. Hehe, terima kasih. I love you, Mmuah!"

"Y-ya, S-sama-sama!" Agak kasar pintu bilik ditolak Qayyum. Mungkin kerana gelabah. Medina memang sengaja nak kenakan orang. Ish, nak marah tapi kena sabar!

~•••~
Usai menunaikan solat Maghrib, Qayyum bermain dahulu telefon bimbit di ruang tamu sementara menunggu Medina bersiap. Haih, perempuan tetap perempuan. Bersiap minimum 30 minit. Minimum, bukan maksimum.

Sesekali jam dinding dikerling, jarum terus berdetak. Seiring dengan waktu yang juga bergerak. Tetapi bayang Medina masih tak nampak. Qayyum mengeluh sedikit sebelum menumpukan semula ke arah skrin telefon bimbit yang cerah menyala. Selagi dia boleh bersabar, dia akan bersabar.

Tidak lama kemudian, satu suara lembut menyapa halwa telinganya. Dia tahu itu Medina. Lantas tubuhnya berdiri menghadap wanita itu. Niat mahu memperli, tetapi lain pula yang jadi.

Medina ditilik atas dan bawah. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Qayyum seolah-olah tidak percaya wanita yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ialah isterinya. Nur Cahaya Medina.

Penampilan Medina malam ini tampak berbeza. Lain daripada yang sebelumnya. Mengenakan baju kurung berwarna cream, sesuai dengan tona kulitnya yang cerah. Dan juga selendang? Selendang kuning lembut yang terletak elok di kepala. Dia nampak sangat...cantik. Seperti bidadari yang baru turun dari langit.

Pembetulan. Memang bidadari. Bidadari yang diutus Allah SWT hanya untuk Qayyum. Bidadari yang ditugaskan untuk menemani Qayyum di dunia. Menjadi pelengkap kepada perjalanan mereka ke syurga.

Qayyum masih diam, tanpa bicara. Jujur, dia terpegun. He's just so stunning to speak.

"Kenapa tengok saya macam tu? Tergoda eh?"

"Astaghfirullahalazim mana ada. Awak nampak lain malam ni."

Pfft, nak tunggu Qayyum puji? Lambat lagi. Mungkin sampai bila-bila pun takkan dapat. Teruskanlah memasang impian tidak bertali wahai Medina.

"جميلة ، زوجتي جميلة الليل"

"Cantik, isteri saya cantik malam ni."

1 detik..
2 detik..
3 detik..

Cukup setakat itu, pandangannya dilarikan. Medina masih lagi tercegat berdiri. Memandangnya dengan wajah blur.

"A-apa?" Soal Qayyum, terkebil-kebil.

"Apa awak cakap tadi?"

Ah sudah. Ingatkan nak cakap dalam hati. Tak sangka pula terbuka mikrofon suara. Nasib baik dalam bahasa Arab. Boleh juga tipu sunat.

"T-tak ada apa-apa. Boleh kita pergi sekarang?"

"Boleh. Jom! Eh tapi okay tak saya pakai ni? Sesuai kan untuk majlis kenduri? Ke melebih sangat?"

"Okay je. It suits perfectly on you."

"Wow, terpegun sangat ke sampai petah berbahasa Inggeris ni?" Perli Medina.

"Saya tak adalah kuno sangat sampai tak tahu bahasa Inggeris, Medina."

"Hehe iya lah. Jom pergi sekarang. Saya tak sabar nak makan ni!"

Perempuan dan makanan. Tidak dapat dipisahkan.

Setibanya di rumah ummi, kelihatan banyak orang yang sudah mengerumuni. Dalam dan luar. Nampaknya kenduri kali ini besar-besaran. Kata ummi, ini merupakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan angah ke Malaysia. Ya, abang kepada Qayyum. Ini bakal menjadi pertemuan kali pertama mereka setelah 7 tahun berpisah disebabkan karier.

"Suami saya!"

Belum sempat Qayyum menoleh, terasa ada tangan yang sudah merangkul lengannya. Rangkulan yang sangat lembut tetapi cukup untuk merapatkan jarak di antara mereka.

"Awak buat apa ni Medina?"

"Biar semua orang tahu, kita pengantin baru. Smile!"

Wajah Medina penuh keyakinan. Tidak langsung pandang kiri dan kanan. Hanya fokus melangkah ke depan.

Dalam diam, sisi wajah Medina diteliti. Menerbitkan satu senyuman pada bibir merah Qayyum. Senyuman smirk yang cukup manis, sehingga menampakkan lekuk pada kedua-dua pipinya. Senyuman itu, tanda dia bahagia.

Ya, dia bahagia.

Dan Medina tidak tahu itu.




DESTINYWhere stories live. Discover now