BAB 1 - D.I.D

232 27 23
                                    

Masa kini, Arash 14 tahun.

PAGI sebelum masuknya waktu Subuh, kebiasaannya Ariana akan mengejutkan adiknya untuk bangun Subuh bersama. Seusai solat berjemaah, Ariana menyiapkan sarapan untuk mereka dan menyiapkan barang keperluan adiknya ke sekolah.

"Akak ni... tak payah lah buat untuk Ash, Ash boleh buat sendiri," kata adiknya terhadap kakaknya itu.

"Biar lah.. Ash bukan pandai pun, baru je masuk sekolah seminggu akak yang buat semua tu tau tak," balas kakaknya pula.

"Ash segan lah kak, diorang tanya Ash kenapa ibu Ash muda sangat.. cantik pula tu," ajuk Arash memetik kembali ayat kawan sekelasnya.

Ariana senyum lalu menasihati adiknya.

"Ash macam tak biasa pula dengan semua tu. Lagipun biarlah diorang anggap akak macam ibu Ash.. hahahah.." ketawa Ariana mengusik Arash.

Arash mencebikkan bibirnya. Selepas siap, dua beradik itu terus berjalan ke sekolah. Ariana seperti biasa menasihati adiknya supaya tidak melakukan perkara yang dia tidak suka.

Waktu itu yang keluar adalah Zach, budak nakal yang seumur dengan Arash. Ariana tahu Zach keluar waktu mereka berjalan ke sekolah. Zach hanya senyum nakal sahaja. Personaliti Arash tidak semestinya keluar ikut emosi tetapi mereka akan keluar kurang dari 10 minit.

Sebab itu kakaknya boleh tahu siapa yang ambil alih tubuh adiknya.

"Ingat tu, Zach jangan buat kecoh kat sekolah kalau akak tahu awak ni kena denda kat sekolah siap lah!" Tegas Ariana.

"Okay," sepatah sahaja Zach jawab sambil tersenyum. Tetapi dalam hatinya teruja ingin melakukan sesuatu yang nakal di sekolah nanti.

"Zach tolong jadi macam Ash lah.. dia budak baik, Zach je budak nakal suka prank lah buli lah, tak baik tahu tak."

"Ye lah kakakku tersayang. Zach jaga diri Zach. Bye." Zach terus berlari masuk ke kawasan sekolah.

"Eh budak ni.."

Ariana melihat jam yang menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Dia terus berlari ke arah bas yang kebetulan baru berhenti di situ.

Setelah masuk dia tercungap keletihan. Di situ terdapat pemuda-pemuda yang ingin mengorat Ariana tetapi Ariana buat tak endah saja. Ia sudah terbiasa olehnya setiap hari di dalam bas.

Setibanya di cafe, Ariana terus memakai seragam uniform yang ditetapkan cafe tersebut. Cafe tersebut banyak menyediakan kek, cool shake, coffee, roti dan beberapa manisan. Rakan partner Ariana iaitu Zoe berkata akan ada tambahan menu yang akan ditambah.

Zoe setahun tua dari Ariana dan bersikap tomboy. Dia berkawan rapat dengan Ariana sejak Ariana masuk lagi. Tiada yang ingin rapat dengan Ariana selain Zoe kerana pekerja-pekerja wanita yang lain dengki melihat kecantikan Ariana yang dipuji pekerja-pekerja lelaki di situ.

Kalau ada yang cuba nak kenakan Ariana, Zoe lah penyelamatnya. Tapi Ariana tidak perlu semua tu kerana dia ada pertahanan diri yang telah dia belajar di sekolah dulu.

"Eh, ko asal lambat?" Soal Zoe.

"Aku settlekan adik aku tu.. alah bukan lambat mana pun, seminit je heheh," Ariana ketawa kecil.

"Nasib baik lah bos tak masuk lagi kalau tak, aku tak boleh cover ko."

" Ye, ye. Tau."

______________________________________

Di sekolah.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now