𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 𝐄 𝐏 𝐈 𝐋 𝐎 𝐆

Start from the beginning
                                    

Melihat Baihaqi yang tidak menunjukkan tanda untuk bangun menyebabkan Orkid mendengus kegeraman. Pipi Baihaqi dicubit berkali-kali sambil dicium berulang kali. Sudah seperti Arran pula nak digomolnya.

" Aduh.. Sayang... Bagilah abang chance nak tidur. Abang penatlah. " Adu Baihaqi.

Hakikatnya, dia suka Orkid memperlakukan dirinya seperti itu. Pagi-pagi lagi dah dapat morning kiss percuma. Selalu kena minta.

" Banyaklah abang penat. Siapa suruh tengok bola kat mamak malam tadi. Kan dah mengantuk. " Marah Orkid. Tidak puas hati dengan perangai suaminya.

" Nak buat macam mana. Haq dengan Rash yang ajak abang. Nak pula mamak tu ada pekerja baru. Cantik lagi. " Ujar Baihaqi. Matanya yang tertutup daripada tadi dibuka sedikit untuk melihat reaksi isterinya.

" Oh, sebab itu lah rajin pergi mamak lately ini. Okay, tak apa. Pergi layan pekerja baru mamak itu. Nak buat macam mana kan? Lepas sayang dah beranak ini mana cantik macam dulu lagi. "

Baihaqi tergelak kecil melihat Orkid yang sudah pergi meninggalkan dirinya di situ. Merajuk lah tu! Nantilah dia fikir nak pujuk macam mana.

🕊

" BILA kita cantik, sibuk nak dekat kita balik. Bila kita dah buruk, gemuk macam ini sibuk cari perempuan lain. Dasar lelaki. " Bebel Orkid seorang diri di dapur. Tangannya lincah membasuh pinggan yang digunakan untuk memasak tadi.

Semarah mana pun dia dengan suaminya, makan minum Baihaqi tetap akan dijaga sebaik mungkin.

" Dia tak tahu ke dia yang buat kita jadi gemuk ini. Sebab nak kandungkan anak dia itu lah. 9 bulan 10 hari tau. Bukan sekejap. Ish. "

Sibuk dia membebel, tiba-tiba pinggangnya terasa dipeluk daripada belakang. Sudah tahu siapa gerangan itu, jadi dia malas mahu pusing belakang.

Masih merajuk!

" Bebel apa itu seorang-seorang sayang? " Baihaqi menggeselkan bibirnya di leher Orkid. Langkah pertama untuk memujuk isteri yang sedang merajuk.

" Tepilah. Pergilah tanya dekat pekerja baru mamak itu. " Balas Orkid. Baihaqi tergelak kecil.

" I can smell jealousy here. Are you jealous? " Orkid mendengus kuat. Dah tahu orang cemburu lagi nak tanya.

" Tak. Buat apa nak cemburu. Buang masa. " Jawab Orkid. Sekadar acuh tak acuh sahaja. Baihaqi mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya sambil tergelak kecil.

" Jangan merajuk, sayang. Abang bergurau je tadi. " Pujuk Baihaqi. Pipi kanan isterinya dicium lama.

" Tiada siapa yang boleh lawan kecantikan isteri Baihaqi Harzan ini. Mama kepada Arran Eusoff. Jangan pernah rasa diri itu tak cantik lepas permata hati kita lahir. Pada abang, sayanglah yang paling menawan tau. Makin seksi lagi. " Perut Baihaqi dicubit. Boleh pula dia selit perangai gatal dia itu.

" Abang ini.." Orkid memeluk erat Baihaqi. Berbunga hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh Baihaqi.

" Abang selalu cintakan sayang tak kira apa pun rupa sayang. Abang ikhlas cintakan sayang bukan dari paras rupa. Ingat itu. " Pesan Baihaqi lagi. Orkid hanya mengangguk.

" Oops, kacau pengantin lama berasmara dana ke kat sini? "

Baihaqi dan Orkid segera melepaskan pelukan mereka. Malu pula Orkid bila Airish melihat mereka tadi.

" Diamlah pengantin baru. Mana suami kau? " Balas Baihaqi. Mencari kelibat Feerash.

Alhamdulillah, Feerash dan Airish berjaya disatukan dua bulan yang lepas. Setelah banyak kali bermain tarik tali, akhinya Feerash jatuhkan juga egonya dan meminang Airish.

" Culik anak kau kat atas. Kami fikir nak bawa anak kau shopping. Boleh kan? " Tanya Airish berhati-hati. Bukan boleh si Baihaqi ini.  Pantang anak kesayangannya jadi tumpuan orang. Itu tak boleh. Ini tak boleh.

" Tak boleh. Siapa bagi kebenaran ha? " Orkid mencubit perut Baihaqi lagi. Ada saja nak kenakan si Airish.

" Ha, pergilah. Jangan balik lewat sangat ya. " Pesan Orkid.

" Baik, madam! " Airish tabik spring lalu menghilang di balik tangga. Pasangan pengantin baru lama itu berpandangan sesama sendiri.

" Kita ada chance lah ni nak bagi adik baru kat Arran? " Senyuman gatal Baihaqi itu berjaya membuatkan Orkid meremang.

" Jangan mengada. Anak abang tu baru 8 bulan. "

🕊

ANGIN sepoi-sepoi yang memukul badan Orkid menenangkan hati wanita cantik itu. Bintang-bintang yang berkerlipan cantik di atas langit cukup menjadi hiasan mata pada malam itu.

" Sayang buat apa itu? " Sapa Baihaqi.

Isterinya yang berada di halaman rumah seorang diri didekatinya. Baihaqi sempat mengucup ubun-ubun Orkid.

" Tak ada buat apa pun. Saja nak layan perasaan seorang-seorang. " Jawab Orkid tenang. Badannya disandarkan pada badan Baihaqi. Sengaja mahu bermanja-manja dengan suaminya.

" Abang tak terfikir nak join TheEagles balik ke? "

Baihaqi pelik dengan soalan yang diajukan oleh Orkid. Tidak pernah-pernah pasukan itu menjadi topik perbualan mereka, baru kali ini Orkid menanyakan kembali tentang TheEagles.

" Tak pun. Sekarang ini, abang nak tumpu pada syarikat daddy. Kalau abang nak main balik basketball pun, itu mesti sebab Arran. Biarlah Arran yang sambung bakat abang itu. Itupun kalau dia nak. " Panjang lebar Baihaqi menerangkan pada isterinya. Orkid hanya mengangguk.

Sayang pula pada bakat Baihaqi yang satu itu.

" Kenapa sayang tiba-tiba tanya pasal TheEagles. Rindu nak tengok abang main balik? "

" Ya. Sebab TheEagles tau buat Orkid jatuh cinta dengan abang. Kapten pasukan yang mengancam bila main. " Gurau Orkid. Baihaqi ketawa besar.

" Eleh. Dulu bukan main jual mahal. "

" Yeke? "

Mereka dua tertawa. Terimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang mematangkan mereka pada saat ini. Yang kembali menyatukan mereka semula.

" Terima kasih untuk sekali lagi sayang. Sebab dah terima abang semula. Dah terima cacat cela abang. Yang selalu ada semasa abang sakit. Abang je dulu tak reti nak menghargai. "

Orkid tersenyum. Bibir Baihaqi dikucup.

" Jangan cakap macam itu. Orkid sayang abang. Selamanya. Sampai bila-bila. Abang dah cukup sempurna untuk Orkid. "

Baihaqi mengangguk. Langit malam kembali ditenung mereka. Di dalam hati, memanjatkan kesyukuran atas nikmat bahagia yang tak terhingga diberikan sehingga kini.

Terima kasih, Ya Allah.

[ EPILOG ]

Tamat.. Maafkan lah saya. Berterabur sikit penulisan kali ini. Jangan lupa support next story saya ya. Tekan saja di profile saya.

Tetima kasih.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now