"Abang Syaf, awak tak nak buka pintu ke? Anan dah cuba, tapi masih kunci." Fabrik lengan baju Syaf ditarik. Sesekali dicuit manja bahu suaminya bila Syaf asyik merenung lama tingkap kaca kereta. Entah apa yang dilihat, Anan tidak pasti. Mungkin refleksi diri, bawa munasabah. Dunia sudah akhir zaman ni, ukhti.

Syaf bagai dibawa halusinasi, dia berada di dunia berbeza bekali. Terpukau persis disumpah cermin ajaib, sudah teleportasi ke dimensi ciptaan sendiri. Anan geram, memeluk tubuh. Tidak lama sebelum kaki gadis itu menjengket, tangan diangkat hayun beberapa kali di hadapan muka Syaf.

Seperti peminat fanatik yang tidak dilayan. Dianggap halimunan semata-mata.

"Abang..."

"Abang Syaf."

"Penawar kasih awan pawana."

Syaf tersentak. Bait gelaran khas buat mereka, cukup menyedarkan Syaf. Serta-merta Syaf merunduk, jatuhkan bebola mata pada Anan yang sudah bercekak pinggang. Melihat mimik Anan, Syaf ketawa.

"Sorry, my cloud. Jom masuk kereta, awan," ajak Syaf dengan sisa tawa yang berbaki. Dia lorek senyum seraya menggosok tempurung Anan gemas. Mata Anan bulat besar, habis tudungnya hancur.

Sepanjang perjalanan, Syaf di sebelah ralit memandu. Anan pula sekadar lentokkan kepala di sisi kereta. Meliarkan pandangan sekitar jalan.

Setiap kali kereta bergerak, mata dihamparkan pohon mempelai di sepanjang menyelusuri perjalanan. Kawanan hijau yang menyejukkan mata, indah tumbuhan mampu serap aura positif buat sesiapa. Serasa makin jauh masa diambil Syaf tiba ke destinasi, dia pilih untuk lelapkan mata. Tetapi bingitan umpama dangdut menampan gegendang telinga, menganggu lena. Anan buka mata. Kini, kawasan luaran dibentangkan pelbagai bangunan pencakar langit dan papan tanda promosi sana sini.

Perbandaran maju diikuti perkembangan zaman teknologi kini yang semakin maju dan pesat. Dalam itu, Anan mengeluh bosan. Dia menggeleweh geram, rehat diindamkan kini bertukar jeritan hon kereta sana sini. Rasa nak marah, tapi kena sabar. Waktu yang kian menjelang masuk tengah hari, maka laluan juga dipenuhi pelbagai kenderaan bersesak sama. Tidak hairan lebih-lebih lagi sekarang sudah tiba rehat buat para pekerja.

Kala menanti penuh kesabaran, dia kerling Syaf melakukan sesuatu. Di mana kebisingan yang didengari kian lenyap. Dihadiri keheningan yang disambut ketukan jari-jemari Syaf pada stereng kereta, hasilkan dendangan irama yang entah apa-apa. Diselangi bunyian ekzos yang juga tidak kalah kuatnya.

Anan keliru. Syaf membisu. Ini bukan jalan pulang ke rumah, ke mana pula Syaf mahu bawa dirinya? Rimas. Rimas dengan situasi sekeliling. Terasa sempit celah rengkung dihimpit sebegini.

Syaf sedar perubahan riak wajah Anan. Sesaat, dia pancarkan riak kerisauan.

"Kau tak suka, awan?"

Anan dengus, sebal. Dia angkat kepala dan bersilang tangan. "Bising. Anan tak suka. Tapi Anan tahu, Anan tak ada kuasa psikik nak senyapkan semua benda jadah tu."

Seketika, Syaf terpana. Dia nak gelak perhatikan keletah Anan. Jarang nak lihat sisi isterinya yang ini. Manja. Terkejut tapi cukup damaikan jiwa. Sekurang-kurangnya dia ada Anan, biarpun perginya umi abah. Bibir garit senyum pendek sebelum berdehem perlahan. Menggamit perhatian Anan. "Aku nak bawa kau beli beberapa keperluan sepatutnya, awan."

Kening Anan menjongket tinggi. Tangan genggam tali kalendar penuh kemas. Resah. Bawah bibir dikemam. Tiba-tiba dia diulit bersalah. "Barang Anan masih banyak yang elok, awak. Patut abang gunakan untuk benda lain."

Ketawa. Syaf jeling sekilas isterinya sebelum Toyota miliknya memasuki lobi kereta tingkat dua. Tahu-tahu dah sampai tempat yang ingin dituju.

"Kita singgah makan ya, awan. Aku tahu kau lapar. Tapi kalau tak cukup, balik aku tambah."

Penawar Kasih Pawana | Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن