"Saya Ahli Majlis Pelajar. Bertindak kasar bukan pilihan yang baik." Bisik Okka masih tersenyum. Dia mengalih pandangannya kepada peminatnya yang setia memerhatinya, lantas mengukir senyuman menawan sebelum meninggalkan ruang Violetta.

Tanpa menghiraukan orang yang memandang. Justin membakar buku itu dengan mentera pentagram. Biarlah apa orang nak mengata, yang pasti tiada pemberian Okka yang akan sampai ditangan Damia.

Dari jauh kedengaran suara riang Damia.

Pintu ruang legar Violetta terbuka luas, Damia dan Mira kelihatan dari jauh terbang dengan sihir pentagram. Damia melambai ke arah Justin.

"Just! Sedia!"nyaring suara Damia memberi arahan.

Justin mengerut dahinya, tidak mengerti. Belum sempat dia memproses maksud Damia, gadis itu melompat terjun dari pentagram Mira.

Justin dengan cekap menangkap tubuh Damia. Terduduk Justin dilantai Violetta. Terkejut yang amat dengan tindakan berani Damia. Dia menolak dahi Damia dengan jarinya geram.

"Bahaya!" kata Justin geram. "Kalau Just tak sempat sempat sambut tadi? Mia sendiri yang..."

Damia memeluk leher Justin dengan girang. Cepat sahaja bertindakvuntuk meredahkan rasa geram Justin.

"Mia tahu Just sentiasa sempat nak selamatkan Mia." Dia memandang Justin dengan wajah tak bersalah. "Just marahkan Mia?"

Justin mengeluh. Tidak mampu dia memarahi Damia. Mudahnya dia terpujuk dengan Damia. Dia tidak boleh buat apa dengan keyakinan Damia terhadapnya. Hakikatnya dia menyenangi kepercayaan Damia pada dirinya.

Rambut Damia diramas. Damia tersengih.

"Dah minum petang?" Soal Justin. Jelas tidak lagi ambil perduli hal tadi.

Damia pantas membuka begnya. Menunjukkan sejumlah besar makanan dan minuman yang telah siap berbungkus.

"Jom pergi piknik!"

=_=

Damia berbaring berbantalkan lengan Justin. Dia merenung Justin yang terlena disebelahnya. Damia dapat melihat tatu yang terletak di pangkal leher Justin. Tatu itu serupa dengan tatu yang ada padanya.

Abangnya yang meletakkan tatu itu padanya sempena hadiah kelahiran yang terlewat. Kes Justin pula, bila ditanya, lelaki itu sekadar mengangkat bahunya. Sconne cakap, sebab Justin obsess dengannya. Marviel pula, Daniel gilakan tatu dan Marvin menganggap Justin romantik.

Damia menyentuh tatu itu. Simbol sihir, teori Zeanz yang paling masuk akal difikirannya. Jika benar ia simbol sihir, sihir apakah ia?

"Kenapa?" soal Justin, terbangun dari lenanya apabila menyedari dirinya disentuh. Damia menyentuh tanda perjanjian.

Damia memandang Justin tanpa berkelip. "Just sayang Mia?"

Justin mengerut dahinya. Dia menoleh ke sebelah lain. Selamba sahaja Damia bertanyakan soalan sebegitu dengannya.

"Just mesti sayang Mia macam nak gilakan? Sampai sanggup buat tatu yang sama" tambah Damia.

Zeanz kembali memandang Damia. Dia tersenyum.

Sangat. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadaikan nyawanya.

"Korang bercinta ke?"

Damia dengan Justin pantas bangun. Terkejut dengan suara yang menegur. Tidak menyedari kehadiran orang ke tiga.

Milch merenung mereka berdua dengan tenang. "Tak?"

Kedua-duanya menggeleng, pantas menafikan.

Milch mengangkat keningnya. Pada pengamatannya mereka bertingkah bertentangan dengan yang dinyatakan. Tapi biarlah. Dia mencoret sesuatu dan kertas itu kemudiannya diserahkan kepada mereka berdua. "Malangnya. Tak apalah, awak berdua boleh luangkan lebih banyak masa bersama dengan Puan Puerto nanti ya."

"Eh?"

"Eh apa?" soal Milch. "Oh, Puan Puerto perlukan bantuan, lebih tepat tenaga buruh percuma". Milch ketawa dengan kata-katanya sendiri. Tetapi kedua-dua pelajar junior dihadapannya masih merenung slip ditangannya.

"Salah jawapan?" Milch mengerut dahinya.

"Oh, yang ini... denda ni disebabkan awak berdua tak pergi ke perhimpunan Majlis Pelajar dan saya dapat tangkap awak. Adakah ini jawapan yang dicari? Perlukan jawapan lain?"

Milch memandang mereka berdua silih berganti. Kedua-dua masih tergamam dengan slip denda yang diberi. Terlupalah tu tentang perhimpunan mengejut.

"Tak ada? Baik. Perhimpunan rasanya nak tamat dan saya rasa makan malam pun hampir bermula. Beredar ke dewan makan sahaja" saran Milch bersahaja.

Lelaki itu berlalu sambil bersiul riang. Cukup dua orang lagi untuk memenuhi kuota kelas tahanan. Banyak pula permintaan tenaga buruh baru-baru ni. Bersusah payah dia mencari mangsa. Eh, pesalah peraturan berat.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now