Chorong menggeleng dan berjaya membuat Naeun menangis lagi. Dia hanya ketawa sahaja. Dah kenapa kawan dia ni? Mudah betul menangis.

"Tzuyu, Momo, Nayeon ada kan? Baru hilang satu."

"Tak sama!"

"Arraseo!" Chorong memeluknya. Kali ni sedikit kuat sambil mengusap belakang kepala kawannya itu.

"Aku akan balik. Pasti akan balik tapi aku tak tahu bila. Yah Uljima. Kalau kau menangis lagi, aku tak nak jumpa kau lagi dan bagitahu Chanyeol oppa yang kau dah ada pengganti."

Pap!

Belakang Chorong dipukul beberapa kali. Terus dia tak jadi nak join Naeun menangis.

"Aku balik dulu. Jaga diri kau. Kalau ada masalah, luah dekat dorang. Aku lama ni kat sana. Dengar tak?"

"Ya ya ya.."

"Jumpa lagi?"

Pelukan mereka terlepas. Naeun tidak menjawab soalan Chorong sebab terlalu sibuk menenangkan dirinya sekarang ni.

"Selamat tinggal Naeun ah." Chorong berundur ke belakang sambil melambai  kearah Naeun. Senyuman manisnya terukir.

Naeun turut melambainya dengan penuh air mata. Sebaik sahaja Chorong memusingkan badanya, di saat itulah air matanya mengalir dengan deras. Dia pun berat hati nak tinggalkan kawan baiknya sendiri tapi nak macam mana, mereka dah tak sehaluan. Masing-masing mengejar impian yang diinginkan.

***

Cafe.

"Macam mana? Dah tahu siapa pelaku dia?" Soal Jin.

Jimin menggeleng kecil.

"Takkan kau tak ingat langsung muka dia?" Soal Suga pula.

"Macam mana aku nak ingat kalau muka dia pun aku tak nampak?" Soal Jimin. Penat dia ulang banyak kali benda yang sama. Lagi nak tanya balik. Boleh botak kepala jawab soalan yang sama.

"Habis sekarang macam mana nak tahu pelaku tu kalau kau tak kenal dia siapa. Barista tu pun tak nak bagi kerjasama. Entah berapalah dia kena bayar." Kata Jhope pulak.

Mereka bertujuh terdiam. Masing-masing cuba untuk melontarkan pendapat tetapi satu pun takde yang sesuai.

"Apa kata kita serang je barista tu. Kita ugut sampai dia mengaku. Nak?" Cadang Namjoon membuatkan mereka semua terkejut.

Agak-agaklah nak ugut. Macam mana kalau mereka diserang balik oleh bodyguard yang kerja dekat sana? Tak ke muka dorang akan penuh dengan kesan lebam dan luka?

"Kau degan Tzuyu macam mana? Dia masih tak nak bercakap dengan kau?" Soal Jungkook. Jimin hanya menggeleng. Dia pun dah buntu macam mana nak terangkan semuanya dekat Tzuyu.

"Kalau aku jadi Tzuyu pun, akan buat benda yang sama. Orang dah cakap jangan keluar, nak juga keluar. Ni lah akibat dia. Rasakan." Bebel Jin membuatkan Jimin hampir hilang sabar.

"Aku syak seseorang." Tiba-tiba V membuka suara.

"Siapa?" Serentak mereka.

"Girl with red heels."

"Hyewon? Kan aku dah cakap bukan dia." Kata Jimin.

"Macam mana kau tahu tu bukan dia? Memang dalam gambar tu bukan dia. Kau tak terfikir ke yang dia akan buat cara lain untuk elakkan diri dia kena tuduh?" Soal V lagi.

"Contoh?" Soal Jungkook yang mula tertarik dengan sudut pandangan V. Lepas kena tinggal ni, makin pandai pulak dia berfikir.

"Mungkin dia dalang dari semua ni. Dia upah orang lain. Boleh jadi."

Mereka cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh V. Betul juga apa yang V cakap. Boleh jadi semua ni dirancang oleh Hyewon.

"Memang dia pun dalang dari semua ni."

"Nae?"

Mereka bertujuh terkejut dengan seseorang itu. Datang-datang terus masuk campur perbualan mereka.

"Tzuyu."

-tbc-

Sorry lambat.

Teringin nak tindik telinga macam Tzuyu buat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Teringin nak tindik telinga macam Tzuyu buat. Tapi tak dapat lesen dari my mom 🤣.

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now