BACAAN PERCUMA| BAB 1 (Bahagian 1)

1.9K 127 11
                                    

ZINK pandang nombor yang terlekat pada bingkai pintu, lepas tu dia bandingkan dengan apa yang tercatat dalam skrin telefon dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZINK pandang nombor yang terlekat pada bingkai pintu, lepas tu dia bandingkan dengan apa yang tercatat dalam skrin telefon dia. "Betul dah ni," bisik dia perlahan sambil termengah-mengah. Penat sungguh dia berlari mendaki tangga dan panjat bukit.

Kenapalah nak naik fakulti dia ni dugaannya sangat mencabar? Zink tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan. Tangan dah untuk sedia menolak pintu. Dia masuk, tapi semua mata pandang Zink, sumpah, kelas senyap gila.

Dah kenapa...

"Asalammualaikum." Dengan canggungnya, Zink bagi salam.

"Waalaikumusalam." Barulah semua orang macam normal semula. Zink tersengih sendiri untuk tutup segan.

Laju mata dia menganalisa segenap ruang di dalam bilik kuliah tersebut.

Nak duduk dekat mana ni?

Puas mencari, Zink nampak ada satu sahaja tempat duduk kosong di tepi seorang perempuan. Tempat kosong yang lain semuanya bertempat di sebelah lelaki. Cepat-cepat dia buka langkah menuju ke situ.

"Ada orang tak?" Zink ramahkan mulutnya bertanya.

"Tak ada, duduklah,” jawab si gadis manis yang kerusi di sebelahnya masih tidak berpenghuni itu.

"Terima kasih. Lama dah sampai?" Dia berbasa-basi sambil labuhkan duduknya. Gadis itu nampak cool aje, tak penat pun macam Zink. Ke Zink sorang aje yang kalut datang lambat?

"Baru lagi juga, dalam lima minit."

Zink mengangguk. Lima minit... baru lagi. "Tak penat ke panjat bukit?"
Habis sahaja soalan Zink, terus muka ‘cool’ gadis tersebut berubah. Berkerut habis. "Penat! Sumpah penat! Rasa nak longgar lutut ni naik tangga yang entah bila nak habis tu. Tak fahamlah kenapa manusia bina bangunan macam dekat sini?"

Zink ketap bibir. Nak gelak, tapi dia tahan. Biadap pula baru kenal dah gelakkan orang. Tapi kelakar! Tiba-tiba aje tak ada amaran mengamuk sakan. "Kan... eh, nama kau siapa?"

Si manis itu tunjuk dadanya. "Aku?"

"Haah, nak panggil apa ni?"

"Nama aku Azlin, tapi panggil Alin je."

Zink tersenyum. Sedap nama dia. "Alin?"

"Ya, Alin. Ni Iman." Alin tunjuk seorang lagi gadis yang sedang duduk disebelahnya lalu dia kenalkan kepada Zink.

"Hai Iman. Aku Zink." Zink kenalkan nama dia tanpa ragu. Lancar sekali dia perkenalkan diri tanpa menyedari muka Alin yang dah berkerut habis.

"Zink? Macam atap zink tu?"

Kali itu Zink lepaskan sahaja tawanya tanpa ditahan-tahan. Dah agak… "Ya, Zink macam atap zink."

Selepas berkenalan, mereka bertiga pun berbual dan bertukar-tukar maklumat tentang diri masing-masing. Baru nak sembang lebih-lebih, pintu sudah terkuak dari luar menyerlahkan satu susuk tubuh pensyarah perempuan yang tinggi dan badan yang sedikit gempal. Pensyarah tersebut masuk dan berdiri di tengah-tengah bilik, kemudian pandang setiap orang dengan muka yang serius buatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Cuak.

Kimia (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now