Fiena menjungkit kening tinggi. Dia sungging senyum sinis. Tidak mahu larut dengan tatapan suami walaupun hakikatnya ada rasa suam menjalar perdu hati. Usah katakan tulang pipi yang berbahang dan lenguh dipaksa agar tidak tersenyum sama. "Really? You're a liar."

Harriz senyum ringkas. Lali menerima respon sebegitu. Bukan dia tidak dapat menangkap air muka Fiena. Sangat-sangat mencurigakan. Malahan bebola mata isterinya tidak mampu menipu. Jelas rembut dengan rasa yang serupa dengannya cuma Fiena menafi.

Dia memaut kedua-dua bahu kecil Fiena. Dipasakkan sebegitu sehingga Fiena terkaku. Meremang bulu roma. Harriz dekatkan raut tampannya pada milik Fiena sebelum dilabuhkan kucupan pada dahi, hidung dan sengaja dihentikan pada bibir merah basah isteriya. Dia perasan kelopak mata Fiena terpejam seakan terbuai. Tapak tangan kanan jatuh mendarat di perut Fiena seraya diusap lembut. "Well, how about now?"

Fiena celikkan mata. Pipinya bersemu darah lantas ditolak dada bidang Harriz kasar. Dia mendengus. Apa dia buat ni? Segera kaki dibawa keluar dari kereta. Kali ini Harriz tidak menghalang atau menyekat haluan Fiena. Dibiarkan isterinya berjalan menonong sehingga ke hadapan pintu pagar namun anehnya Fiena berpatah semula.

Seketika Fiena membolos masuk kereta di belakang. Selamba badak dia menjuju ke arah Faiz lantas diteliti penuh kasih roman sang cilik. Harriz yang memerhati tindak-tanduk Fiena dari cermin kereta tidak bersuara waima sepatah. Membiarkan Fiena mengucup sayang pada ubun-ubun Faiz yang masih lena.

"See you soon, sayang," ucap Fiena seraya dikerling sekilas suaminya. Ada senyuman terbit di ulas bibir. Manis.

"And you... I hate you Harriz Umair!" nadanya perlahan. Serupa berbisik tetapi Harriz membalas dengan hangatnya bicara.

"But I love you, my Isya."

Bagai semilir menyapa halwa telinga. Namun terasa kehadirannya memberi rasa. Fiena melangkah pergi tanpa pamitan dan berpaling lagi. Ruas mata berkolam kian menitis sebelum berubah menjadi linangan air mata merembes tanpa tangisan. Merentasi cerun pipi juita yang menyimpan jeladeri emosi menjajah dinding hati. Semakin hari semakin sarat. Memberat dengan satu gambaran yang sukar ditafsirkan. Ya Tuhan, benarkah masih ada belas kasih dan cinta di dalam dunia yang begitu kejam ini?

Bunyian enjin kereta berlalu menjamah gegendang telinga. Meremang bulu roma. Fiena pahatkan telapak tangan di dada sendiri. Merasai detak jantung yang beralunkan hiba dan sayu. "I will never forgive you for this feeling, abang..."

ADA kala terlihat kaca itu umpama permata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADA kala terlihat kaca itu umpama permata. Sampaikan silap memilih akhirnya membawa durja berpanjangan, tiada ganti. Ingin dicantumkan semula serpihan tajam tersebut kembali namun hujungnya ialah sia-sia. Kerana kau tak menjaga dan melindungi dengan sebaiknya. Mungkin juga metafora itu salah satu daripada definisi menghargai.

Fiena menjengket disebalik dinding. Mengintai Puan Ina menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk makan malam. Dia menapak perlahan bersama senyum kekok. Kerusi ditarik lalu duduk mengambil pinggan. Ada telur dadar, ayam masak merah dan kailan ikan masin. Cukup dan memadai.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now