"Selamat datang ke Magic Cat Club, apa yang boleh saya bantu?" Tanya perkerja kaunter tersebut
"Sebenarnya saya dah tempahkan bilik private" ujar namjoon sambil tersenyum
"Ouhh... Sekejap ya saya check, nama tuan apa ya"
"Kim Namjoon" balas namjoon sambil memandang Jimin yang dari tadi memandang kearah langit
"Jim kau oky tak ni?" Tanya namjoon pelik kearah sahabatnya
"Ahh... Nanti aku bagitau..." Langsung memandang ke arah namjoon dengan sayu
Sejak Jimin berjumpa dengan lelaki berjubah itu, perangainya menjadi sangat lain dan tidak seperti Jimin yang sesungguhnya, Park Jimin yang dulu ceria orangnya, suka menolong, membuat orang ketawa, suka menyakat sahabatnya dan lain-lain
Tapi sekarang dia selalu sahaja ke balcony, selalu sahaja bersendirian, terlihat seperti orang yg tidak cukup tidur pun ada juga
"Tuan Kim bilik dah siap, nanti akan ada kawan saya yg tolong hantarkan tuan dan sahabat tuan ke bilik" sambil menghulurkan kunci
"Ahhh... Nde gamsahabnida" mengambil kunci yang di hulurkan oleh pekerja kaunter
Namjoon dan Jimin mula berjalan kearah sahabat lainnya
Mereka berlima sudah pun masuk ke dalam bilik tersebut dan benda pertama yg menarik perhatian mereka tentunya kucing takkan anjing pulak hehe sorry²
Jimin yang tadi terlihat seperti susah hati langsung bertukar menjadi gembira semula
Kucing? Siapa aja tak gembira saat melihat kucing yang begitu comel didepan mata tapi tidak terjadi kalau orang itu memiliki alergik terhadap binatang yg sungguh comel ini kucing
Sudah lama mereka berlima didalam sana Jungkook dari tadi masih bermain dengan kucing-kucing disana Taehyung dan Hoseok hanya mengambil gambar Jungkook bersama kucing aja
Jimin pula sudah duduk menjauh dari mereka, namjoon yang melihat Jimin yg terlihat sungguh sayu langsung berlalu ke arahnya
"Minie ceritalah kat aku diorang takkan dengar pun" cuba mengambil perhatian jimin
"Namjoon... Aku... Masa kita dalam perjalan untuk ke sini aku ternampak lelaki berjubah hitam tu lagi tapi kali ni dia bersama kawan dia... Namjoon aku tak tahan lagi... Aku takut namjoon, aku takut... Aku takut kalau dia nak ambil aku menjauh dari korang..." Muntiara yg dari tadi berkumpul dimata Jimin langsung jatuh ke pangkuan Jimin
"Jimin... Aku tahu perasaan kau aku pun sama... Aku takut kalau lelaki yang berjubah aku jumpa masa tu ambil aku juga... Aku tak sanggup nak menjauh dari Jungkook... Dia seorang sahaja yg aku paling sayang dalam dunia ni..." Dan lagi seorang lagi namja menumpahkan muntiara dari matanya
Dan tiba-tiba sahaja seekor kucing datang mendekat kearah Jimin sambil menggosok kan badannya ke kaki Jimin sambil mendengur lembut
Kruu kruu kruu
Jimin hanya melihat kearah kucing tersebut tetapi tidak langsung menarik perhatiannya walau sedikit
Namjoon yang dari tadi melihat Jimin tak melayan kucing itu, dia langsung mengangkat kucing tersebut, bulunya terasa sangat lembut, warna bulunya hanya berwarna hitam sahaja tiada warna dan matanya terlihat cantik berwarna biru laut
Saat mengangkut elok sahaja tetapi belum sesaat kucing itu terus memberontak untuk namjoon melepaskannya dan mula melompat kearah pangkuan Jimin yang masih menangis
"Kuang ajar punya kucing! Jimin kau nak aku kau tak nak! Takpe aku cari kucing lain" mula berjalan kesal untuk mencari kucing lain untuk menenangkan hatinya yang marah
"Hehe... Hey... Kenapa tak nak dekat namjoon hmm? Kesian dia... Hahaha..." Akhirnya muka yang dari tadi kelihatan sedih langsung bertukar dengan senyuman yang cantik
Meoww
Satu suara keluar, sungguh comel kucing hitam itu hingga membuatkan Jimin memeluk dengan kuat
"Ekkkkk!! Comelnya! Kenapa kau ni comel sangat!!" Jerit Jimin tanpa dia sedari dirinya diperhatikan oleh seseorang
———————————————
Akhirnya kelima-lima namja itu sudah balik ke rumah mereka, selalunya yang akan keluar dahulu ialah Hoseok ataupun Jungkook tapi kali ini Jimin yang keluar dari kereta dahulu tanpa kata-kata langsung
"Ehhh... Kenapa dengan Jimin namu hyung?" Tanya Jungkook
Hyung? Jungkook panggil Jimin Hyung? Jangan haraplah dia akan cakap macam itu dia pernah kena marah dengan namjoon sebab tidak memanggil Jimin dengan perkataan Hyung
"I don't know either..." Balas namjoon
"Eh! Hyung ni cakap biasa aja tak boleh ke" Jungkook selalu aja kesal dengan namjoon kerana dia selalu sahaja menggunakan bahasa English
Baru sahaja mereka mahu masuk ke dalam
ARGHHHH!!!
Dapat terdengar jelas teriakkan Jimin dari dalam dan langsung membuat sahabat lainnya terus berlari masuk tetapi tidak dengan namjoon dia tiba-tiba aja di tarik oleh seseorang
TO BE CONTINUE (´∩。• ᵕ •。∩')
Author minta maaf sangat-sangat sebab terlampau lambat update
Minta maaf sangat-sangat (╯︵╰,)
Author akan cuba update secepat mungkin okay? Jangan marah author... (´;ω;`)
Dan mungkin part kali ni hambar... Mianhae...
YOU ARE READING
𝕲𝖗𝖎𝖒 𝕽𝖊𝖆𝖕𝖊𝖗ᵍʳⁱᵐ ʳᵉᵃᵖᵉʳ⚣︎
Fanfiction(Completed) Cinta? itu boleh terjadi dimana sahaja tapi, lainlah kalau dengan cinta berbeza alam... Park Jimin namja yg sudah tiadak percayakan hal-hal mengenai cinta... Dia disakiti lebih dari dua kali... 10 kali disakiti oleh kekasihnya, cuma dise...
Part 2
Start from the beginning
