selesai masalah

22 3 0
                                        

"Hah... ... .. kenapa saya?"

"Dah awak tinngi. 160cm lebih kan?" Seorang wanita berumur 17 tahun yang manis ketika senyum menjawab dan menanyakan soalan balik pada Sarah.

Hening untuk seketika.

Raut Wajah sarah seketika berubah.
senyum malu malu

Krikkk.....

"Dah, cepat pakai." Umairah bersuara kerana sarah memperlihatkan muka yang agak aneh menurut umairah.

"Jangan berangan."

Umairah memberi baju  kemeja yang berwarna putih  dengan skirt panjang berwarna merah. Jangan dilupakan hood cape yang berwarna merah berserta kasut boot berwarna hitam dengan tudung bawal berwarna hitam.

"Iyaaa...." Sarah pun mengambil baju tersebut lalu memakainya di dalam bilik air hotel tersebut.

Sarah lalu mencerminkan dirinya di cermin besar yang berada di kawasan bilik air tersebut. Sarah mengagumi fesyen tersebut yang menurutnya sangat cantik. Bagaikan berada di dalam cerita Disney.
Siapakah hero yang akan berada di sebelah saya nanti.
Hehehehhe

"Sarah!"

Sarah pun mencari gerangan yang memanggil nya tadi.

"Ye ika. Kenapa?"

Lalu ika memberi script ringkas kepada sarah kerana pementasan ini dilakukan secara spontan.

"Apa ni?"

"Apa yang awak nampaklah,"

Sarah pun diam dan membaca script tersebut.

"Saya heroin eh? Asal takde nama orang berlakon? Secara random ke ni?"

"Ha'ah. Mula mula katanya cuma diorang je.... last last malu, pastu suggest suruh orang yang tinngi dalam kelas berlakon. Kan lelaki kelas kita semua tinggi tinggi."

"Hmmm... okay. thanks ika. Arigatou"

"Sama sama. Little red,"

Selepas itu, semua buat kerja mereka masing masing.

"Sarah, pandang sini."

Sarah pun memandang balqis yang sedang merakam disebalik tabir pementasan ini.

"Peace"

"Nice"

"Okkk. Mana pelakon pelakon cilik saya. Mari sini." Panggil yasmin yang merupakan ketua dalam pementasan kelas.

Lalu sarah berdiri dari duduknya dan berdiri di samping yasmin bersama dengan seorang lelaki yang sudah memakai baju cosplay serigala dan juga para pemain yang akan berlakon nanti.

"Ehh, Sarah jadi watak utama? Wahhh, pandai diorang cari,"

"Hahahah, biasa je lah. Awak pun hebat. Jadi nenek saya. Ehek,"

"HAHAHAHAH, jahat kau. Btw, goodluck little Red,"

"Goodluck nenek!"











             

little redWhere stories live. Discover now