Anan buka mata saat telefonnya menjerit kuat. Anan bungkam. Spontan, dia mendadak terbangun, namun hanya seketika sebelum fiturnya rebah semula. Karin juga automatik terjaga dan terus melompat turun dari sisi sofa.

Keluhan lelah dihela. Kedua-dua tapak tangan Anan tekankan pads sisi kusyen sofa, menyeimbangkan diri. Tubuh lenguh dipaksa bangun kembali lantas kaki dijuntaikan ke lantai. Mata bundar Anan masih berpinar dan samar-samar cuba mencerna situasi.

Sebentar tadi, dia ada terdengar sesuatu atau mungkin sekadar bayangan. Anan menguap kecil seraya netra dikerdipkan perlahan. Seketika, deringan nyaring sekali lagi menghentam gegendang telinga terus menyedarkannya.

Kornea mata tertancap pada skrin telefon yang rembut. Sebaris nama cukup dikenali tertulis di situ.

Ibu.

Panasaran. Takut-takut, Anan capai gajet itu. Pelipis yang berdenyut akibat sinar skrin segera dipicit. Bercahaya ibarat ada Nur sehingga menyakitkan pacaindera penglihatan. Cepat-cepat, jari telunjuk meleretkan ikon hijau. Anan letakkan telefon pada sistem pendengaran. Ritma jantung juga sedikit berdebar daripada biasa. Hentaman guruh dari luar yang turut menemani suasana juga menyapa koklea.

"Kau kat mana? Datang sini, tolong aku," jerkah Puan Ina di atas talian. Anan terkedu. Tubir mata berburam. Dia masih sama. Tak bisa tahan seseorang yang tinggikan suara terhadapnya.

"Kenapa?" soal Anan perlahan.

"Anan Nurfiza! Kau jadi manusia tak kenang budi, aku nak kau datang sini!"

Anan terpinga-pinga. Tiba-tiba, ibu menelefon mahu pinta bantuan. Tapi kenapa dia rasakan lebih kepada arahan? Berkerut dahi licinnya. Serasa dia belum cukup terbaik sehingga ibu sendiri datang menuntut kepadanya. Malahan dengan cara mengugut. Dia mahu menolak tapi firasat hati mengatakan lain.

Kata-kata Syaf tempoh hari masih terngiang-ngiang. Ibu sudah tiada kaitan. Bukan sebahagian daripadanya. Namun, insan bernama Anan Nurfiza tetap serba-salah mengenangkan semula jasa ibu.

Ya, dia bodoh. Terlalu bodoh kerana mengetepikan berkaitan kejahatan ibu. Dia tidak patut menumpukan pada keburukan ibu sedangkan kebaikan ibu yang sekecil hama di mata lain cukup memberi impak kepadanya. Sanggup menanggung segala keperluan pendidikan buatnya dan tempat tinggal walaupun umpama penjara neraka. Mahu dikatakan perbuatan ibu padanya perit tapi tidak mampu melawan dan langsaikan budi wanita itu.

Anan menekur kepala ke bawah dengan pandangan berbalam-balam. Hujung kaki menguis sama sendiri. Mungkin benar, selama-lamanya dia akan terhutang budi.

"Anan!" jerit Puan Ina. Berdengung dan bingit jadinya telinga dia. Nasib tak pekak lagi setelah bertahun-tahun pekikan ibu sering menjamah koklea umpama ruji harian dalam masakan.

"Ya... A... nan... dengar," gugup Anan membalas. Dada sebu dan pedih. Air mata bercucuran merembes jatuh mengena kulit kaki. Saat dia berlari jauh mahu mengait impian seperti bebenang halus itu, setiap kali itu jugalah dia tersungkur rebah. Anan lemah dengan pertolongan. Anan lelah kehilangan lagi. Anan letih dipersoalkan kewujudan dia di dunia. Tapi kenapa dia masih di sini? Memberi tiket pelepasan kepada mereka dan permohonan maaf tidak selayaknya dari ulas bibir.

Benci. Memang gamaknya nasib jiwa murni yang dialami ini memakan diri.

"Tunggu Anan ya, bu?" Anan angkat kepala. Akur. Biarpun ada sinar ratna berkilauan bertali arus tidak terseka terus mengalir, bibir tetap lakarkan senyum. Nanar. Gerit. Sekadar menyedapkan hati sendiri. Merawat gundah-gulana bergelora di tangkai hati.

Talian dimatikan. Telefon diletakkan ke sisi. Kelopak mata dikerjapkan beberapa kali namun lakrimasi sederasnya tumpah. Tapak tangan dibawa menekup mulut menahan esakan. Perut bergelodak sakit, dada sesak dihimpit batu tan. Dia sudah berjanji dengan ibu. Dia tak akan beri harapan palsu.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now