19; ❤

5 1 0
                                    


Scftjm_ 🦋


"Aku tak faham sekarang ni, kenapa dia tu boleh terima mamat tak guna tu? Sedangkan dia dah terima keburukan aku, dan dia sendiri mengaku yang dia boleh terima aku semula dalam hidup dia." Geram Hyunjin.

"Tapi, dia ada bagi tahu kau tak. Yang dia terima kau dari hidup dia macam dulu? Atau kau salah dengar?" Sampuk Yeonjun.

"Tak. Yang pasti, aku dengar jelas yang dia terima keburukan aku." Yakin Hyunjin.

"See. Kau pun tak berapa jelas dengan pengakuan dia, so kau tak boleh nak salahkan diorang. Maybe Minha cuma cakap yang dia boleh terima keburukan kau, tak bermaksud dia boleh terima kau semula dalam hidup dia." Terang Yeonjun.

"Haishhh- lantak lah apa pun yang dia cakap. Yang pasti aku tak puas hati kenapa dia balik dekat mamat tak guna tu?" Geram Hyunjin. Masih berdendam dengan LeeKnow yang dianggap lelaki yang cuba merosakkan hubungannya dengan Minha, bekas kekasihnya.

"Hi, you bebel apa ni. Jangan lah macam ni, nak I ceriakan you?" Soal wanita yang bertumit tinggi menghampiri mereka.

"Aku tak ada mood nak layan kau hari ini." Ujar Hyunjin kasar.

"Kenapa kasar sangat ni? Siapa yang sakitkan hati you?" Soalnya dengan suara dikepit.

"Boleh tak kau berambus? Kan kawan aku cakap, dia tak nak layan kau hari ini. Ke kau nak aku heret kau sampai depan pintu tu?" Soal Yeonjun sambil jarinya menunding ke arah pintu utama restaurant tersebut.

"SEMAK LAH KAU NI, AKU DATANG NAK JUMPA DENGAN BUAH HATI AKU. BUKANNYA AKU NAK JUMPA KAU!" Ujarnya sambil menolak bahu Yeonjun.

"APA KAU PEKAK?! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU, SEHARI KAU TAK KACAU LIFE AKU MEMANG TAK SAH KAN?!!" Jerkah Hyunjin dengan baran.

Jihyo terus beredar apabila dia terdengar Hyunjin mula naik baran, takut kalau-kalau ada yang kena belasah dengan Hyunjin.

"Faham pun kau." Gumam Yeonjun geram.

"Dah lah, bro. Kau tak perlu nak fikir lagi pasal Minha, dia dah jumpa kebahagiaan dia. Kau cari lah kebahagiaan kau sendiri tanpa sakitkan sesiapa." Nasihat Yeojun, menepuk bahu kiri milik Hyunjin yang sedang minum.

"Aku tak akan sesekali biarkan kau bahagia dengan dia, itu janji aku. Walau apapun, aku perlu pisahkan kau dengan dia." Gumamnya sendiri, lalu beredar.

(O_O)

"Kenapa awak tipu saya?" Soal Minha mengejut.

"Huh–?" Ujar Leeknow tak faham akan persoalan yang diajukan oleh Minha.

"Saya tipu apa pula kali ini?" Sambung Leeknow.

"Buat-buat tak faham pula. Merajuk lah!" Usik Minha.

Leeknow kelu, dia betul-betul tidak faham apa yang di maksudkan oleh Minha sebentar tadi. Tipu? Apa yang dia tipu kali ini? Apa yang tidak kena dengan Minha?

"Awak cakap dengan saya straight to the point, saya betul-betul tak faham." Pujuk Leeknow.

"Pasal awak sukakan saya lah, kenapa tak berterus terang sahaja? Kenapa cepat sangat awak berputus asa tanpa mencuba? Saya tak suka lah." Ujarnya. Leeknow tersenyum.

"Saya takut awak reject saya macam lelaki-lelaki yang pernah confess dekat awak. Saya takut saya tak boleh terima nanti so better saya simpan perasaan saya sampai perasaan itu hilang dengan sendiri." Terangnya. Bukannya senang nak pikat hati Minha yang terkenal di seluruh kolej, lagipula dia bukannya sesiapa kepada Minha selain dianggap abang sahaja.

"Mana awak tahu yang saya akan reject awak? Awak tak cuba jadi awak tak akan tahu benda tu berhasil ke tak jadi awak tetap kena mulakan langkah kecil untuk kita tahu keputusannya." Ujar Minha, memberi semangat untuk kekasihnya itu.

"So, start from now awak kena mencuba untuk tahu keputusannya. Tak kisah lah sama ada lulus ataupun gagal asalkan awak dah cuba yang terbaik, boleh?" Sambungnya lagi.

"Okay saya akan cuba." Sahut Leeknow lalu pinggangnya diranggul erat oleh Minha dari tepi.

To be continued...♡

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now