1

200 9 2
                                    

Ingin sahaja Lee Chan mengalirkan air matanya ketika dimarahi oleh Profesor Osborne kerana tersalah mengucapkan jampi yang betul untuk melakukan proses Transfigurasi di dalam kelas tadi. Namun, dia menahan sahaja air matanya yang ingin mengalir. Atas nasihat salah seorang rakan sekelasnya untuk meminta pertolongan seorang senior yang mahir dalam jampi dari rumah Ravenclaw untuk dia mahir menggunakan semua jampi yang akan digunakan dalam kehidupannnya.

                 " Aku harap senior tu tak garang lah. Minhyuk kata senior tu pakai kaca mata dan matanya seperti seekor musang. Dan dia selalu ada di seksyen Fantasi dan Misteri serta duduk di hujung sekali. Tak silap aku, namanya Jeon Wonwoo. Ha, itu dia."

                 " Nugu? Kenapa cari saya ya?" Soal Wonwoo ketika Chan menyapanya yang sedang membaca buku.

Suara garau dan dalam milik jejaka di hadapannyaitu hampir membuatkan Chan sedikit takut untuk menyatakan hasratnya.

                 " Mianhae Wonwoo sunbae sebab ganggu sunbae membaca buku. Sebenarnya saya nak minta tolong daripada sunbae untuk ajar saya pasal jampi. Sebab kawan saya yang kata sunbae hebat dalam semua jampi yang kita belajar. Itupun kalau sunbae sudi untuk ajar saya. Nama saya Lee Chan. Pelajar tahun dua. "

                " Oh, begitu. Kalau untuk jampi, semestinya sunbae boleh tolong ajarkan. Pukul sembilan malam nanti, di rumah Ravenclaw untuk jumpa hyung. Pastikan awak maklumkan kepada salah seorang pelajar tahun akhir Gryffindor ." Wonwoo bersetuju dengan permintaan sambil memberi senyuman kepada Chan yang kelihatan takut dengannya.

Chan terus bersetuju dengan cadangan Wonwoo itu dan terus berlalu pergi ke asramanya untuk berehat sebelum tibanya waktu makan malam. Dia hanya tersengih kecil sahaja ketika mengingatkan kembali tanggapanya terhadap Wonwoo adalah seorang yang emo dan garang adalah salah sama sekali bila jejaka bermata seperti musang bertutur dengannya dengan berhemah dan sopan sekali.

             " Seungcheol hyung, Chan nak pergi ke rumah Ravenclaw untuk belajar jampi dengan seorang senior tahun lima. Chan akan balik ke sini sebelum pukul dua belas malam."

              " Alright Channie, Hyung akan inform kepada Profesor RatchFord perkara ini. Oh ya, jangan lupa esok kita ada latihan Quidditch esok waktu petang" Seungcheol meramas rambut Chan yang di anggap sebagai adik kandungnya sendiri.

Walaupun Chan hanya mampu merengus tika diperlakukan begitu, namun, di dalam hatinya amat menghormati Seungcheol kerana auranya sebagai seorang ketua yang dimiliki oleh jejaka itu. Hampir tiga jam Chan menelaah ilmu daripada Wonwoo, dan akhirnya dia hampir mahir menggunakan jampi yang dipelajari.

              " Bagus Chan! Kamu sudah hampir menguasai semua jampi dalam tempoh tiga jam! Baiklah, hyung tamatkan di sini sahaja okay. Kalau kamu mahu praktis jampi yang berbahaya, hujung minggu ni jumpa hyung dekat Bilik Keperluan. Hyung akan bawa beberapa kawan hyung okay? Hyung rasa kamu mungkin kenal seorang pelajar tahun lima dari Gryffindor yang bernama Kwon Soonyoung. Bye Chan!"

Dengan penuh teruja, dia terus bersetuju dengan ajakan daripada Wonwoo dan terus berlalu pergi ke asramanya.

(Next chapter, jom berjumpa dengan 96 liner yang lain !)

HOGWARTS MYSTERY || SEVENTEEN ©️Where stories live. Discover now