PROLOGUE

4.3K 227 38
                                    

Crystal tersenyum. Kertas ditangan dipandang lama.

"Alhamdulillah." Gadis itu memeluk kertas tawaran kemasukan ke universiti yang diterima pagi tadi. Kakinya laju berlari ke dalam sebuah bilik dan pintu bilik itu dibuka.

"Ibu! Tengok Crystal dapat apa." Crystal melabuhkan duduk dibirai katil dan melihat wanita yang sudah tua itu.

"Ini surat tawaran belajar. Crystal dapat sambung belajar." Crystal bersuara lagi. Fatima tersenyum melihat surat ditangan Crystal.

"Alhamdulillah, bijaknya anak ibu." Rambut Crystal diusap.

Namun wajah Crystal berubah.

"Tapi kalau Crystal pergi, siapa nak jaga ibu? Jauh kut Jepun ni." Crystal mengeluh. Fatima menggeleng.

"Apa pula, jangan risau lah pasal ibu. Ibu boleh jaga diri. Crystal pergi sambung belajar, kejar cita cita Crystal." Fatima bersuara perlahan. Crystal semakin muram. Berjauhan dengan ibunya?

"Tak apalah ibu, Crystal jaga ibu je lah. Jaga ibu lagi best." Crystal tersengih dan meletakkan surat tawaran itu di atas meja.

"Tapi.."

"Ibu dah makan? Crystal nak keluar sekejap ni. Beras dah habis tu nak masak nasi nanti malam tak ada." Kata Crystal sambil mula mengikat rambut panjangnya.

Fatima hanya memerhati anak gadisnya yang sudah menginjak dewasa.

"Crystal pergi dulu ibu." Pipi Fatima dicium dan gadis itu mula keluar. Kaki melangkah ke bilik untuk memakai tudung.

Sebaik sahaja tiba didalam bilik, air matanya tumpah.

Crystal mengetap bibir menahan esakan agar tidak didengari oleh Fatima.

Siapa sahaja yang tidak mahu mengejar cita cita? Tetapi dia tidak boleh meninggalkan Fatima. Lagi lagi ibunya itu lumpuh.

Crystal mengelap air mata dan mencapai jubah serta tudung labuh. Matanya memandang cermin.

Perlahan lahan jemarinya mula memakai purdah bagi menutup sebahagian wajahnya.

Selamat.

Berada di dalam pakaian yang serba tertutup ini membuatkan dia berasa lebih selamat dengan dunia luar yang liar.

Agar kejadian dulu tidak berulang lagi.

***

Satu tahun lepas..

Crystal mengurai rambut panjangnya dan menunduk untuk membetulkan gaun sendatnya sambil mata memandang sekeliling.

"Crystal!"

Laungan seseorang membuatkan gadis itu menoleh. Terus dia memeluk erat sahabatnya.

"Fiona."

"Cantiknya kau. Macamana boleh lepas datang sini? Ibu kau tak marah ke?" Bukan Fiona tak tahu bahawa ibu Crystal adalah orang alim. Mustahil dia membenarkan Crystal datang ke kelab malam ini.

5 |   The DzhalimWhere stories live. Discover now