Raykal langsung alih pandang apabila mendengar luahan isteri yang sangat tiba-tiba. Tidak terjangka. Uqasha Senrose di televisyen tidak lagi terasa menarik perhatian tatkala wajah polos ibu mengandung yang menagih perhatiannya lebih manis untuk dipandang. Isteri kut. Pandang lama-lama dapat pahala.

"Random sangat ni, sayang... kenapa? Sebab abang belikan yong tau fu tu? Atau sayang teringin nak makan benda lain pula?" Dia bersuara juga membalas pernyataan sayang isterinya tadi.

Raisha ketawa seraya menampar manja lengan sang suami.

"Mana adalah. Sha ikhlas ni cakap yang Sha sayangkan suami Sha. Sha cintakan abang tau. Insya-Allah, cinta Sha kekal bernafas walaupun Sha dah tak ada dekat atas bumi ni." Bersama suara yang berganti sebak dan serak, Raisha mengungkap kata. Menatap wajah suami dengan hati yang mula terasa sayu. Sebelah tangannya yang tidak memegang mangkuk dibawa ke sisi tampang itu lalu diusap lembut. Penuh selautan cinta yang berkolam buat seorang suami.

"Sayang..." Tidak senang Raykal mendengar luahan isterinya yang dirasakan sangat sesuatu.

"Abang sayang Sha tak?" Raisha menyoal manja sebelum dia merasa air matanya tumpah ke pipi.

Raykal merenung lama wajah isterinya. Anak mata itu dicari lalu ditenung dalam. Beberapa ketika kemudian, dia menghela nafas berat. Mangkuk di tangan isteri diambil lalu diletakkan ke atas meja.  Tangan kekarnya yang diganti menjadi pegangan wanita itu.

"Soalan apa ni, sayang? Tak perlu tanya, Sha tahu yang abang sememangnya sayangkan isteri abang. Abang cintakan isteri abang. Sayang tahu tak abang susah hati bila sayang cakap macam ni? Kenapa ni? Hmm? Cuba cerita dengan abang? Tadi sayang pergi check up, doktor kata apa sampai sayang abang sedih sangat ni? Kesihatan sayang... babies okey tak ni?" Raykal menyoal lembut sambil memaut wajah itu menggunakan kedua belah tangannya. Wajah itu dihadapkan setentang agar dia dapat melihat anak mata jernih si dia.

Raisha tersenyum dalam tangisan. Kedua belah tangannya naik dan berlabuh di tangan suami yang menyentuh wajahnya. Dia menepuk-nepuk manja sebelum digenggam erat jemari kasar itu.

"Sha okey. Babies pun okey. Cuma Sha risau. Sha takut. Bila-bila masa je babies akan keluar. Sha takut nak hadap masa melahirkan nanti... Sha takut andai Sha tak mampu nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita... Sha takut Sha tak mampu nak jadi isteri yang sempurna di mata abang bila masa dan kasih sayang Sha akan terbahagi antara abang dan anak-anak," luah Raisha jujur. Beberapa hari ini, perkara itulah yang acapkali menganggu mindanya. Tentang anak-anak yang bakal hadir dan menemui mereka suami isteri.

Raykal ketawa perlahan mendengar apa yang terungkap dari ulas bibir mungil itu.

"Sayang rasa abang akan jealous bila Sha kena lebihkan anak-anak berbanding abang?"

Raisha ikut ketawa mendengar soalan suaminya.

"Abang faham... isteri abang nervous untuk kelahiran kali ni. Dua orang, sayang. Bukannya seorang macam Izz Haider. Abang yakin pengalamannya ada sedikit berbeza."

Raisha mengangguk bagi mengiyakan kata-kata suami.

"Tapi, abang juga yakin dengan kekuatan isteri abang. Abang percaya Sha kuat. Seorang wanita yang paling kuat dan tabah, abang pernah kenal. Tak sekali pun abang meragui betapa cekalnya isteri abang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Sayang tahu, kali ini... abang akan ada dengan sayang. Walaupun tadi check up abang tak dapat teman sayang, tapi masa melahirkan... tak mungkin abang khianati janji abang. Abang akan berada dekat sebelah sayang, bisikkan zikirullah dan selawat dekat telinga sayang, genggam tangan dan usap kepala isteri abang sampai kita dengar bunyi tangisan anak-anak."

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOKWhere stories live. Discover now