bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖍𝖊𝖆𝖗𝖙 ♡

3.8K 374 100
                                    

"Hurt her, you're my enemy."

Arin tersenyum melihat kemesraan antara Maya dan Nesha yang sedang rancak berbual ditaman itu.Tanpa menunggu lebih lama, langkahnya pantas diatur mendekati mereka.

"Amboi, bukan main pot pet pot pet mulut anak ibu ni berbual.."usik Arin seraya melabuhkan duduk disebelah Maya, berhadapan dengan puterinya.

Maya dan Nesha serentak menoleh kearah suara itu.Senyuman serta merta mekar dibibir mereka.

"Mestilah ibu! Sekarang ni, Nesha memang sengaja kuat bercakap sebab nak latih e nanti.Jadi, mestilah berlatih from now.. Practice makes perfect!"balas Nesha dengan ceria dan raut penuh berazam pada wajahnya.Nampak sangat yang anak kecil itu sangat yakin dengan apa yang baru saja dia katakan.Serupa dengan raut yakin ayahnya!

Arin mengerutkan dahi.Manakala Maya pula selesa berdiam diri.Cukup sekadar menjadi pemerhati serta pendengar perbualan antara anak beranak tersebut.

"Sejak bila pula anak ibu ni rajin sangat nak ikut pertandingan - pertandingan kat sekolah tu? Bukan dulu Nesha kata leceh ke kalau join semua ni?"soal Arin hairan.

Yalah, dulu Nesha ni bukan main anti lagi kalau dia suruh ikut mana - mana aktiviti kat sekolah itu.Antinya itu sehinggakan, anak gadisnya tersebut pasti akan mengambil cuti jikalau sekolahnya ada mengadakan sebarang pertandingan mahupun sambutan.Dia kata ; "Buang masa je semua itu, ibu..".

Dan sekarang? Tiba - tiba sertai pula?

"Nesha pun sebenarnya sangat malas nak join semua ni, ibu..Tapi hadiah - hadiah yang uncle Carlos, uncle Mark, and uncle Black janjikan kalau Nesha menang nanti, sangat susah untuk di tolak..Nesha tak mampu untuk menolak semua itu.Sooooo fun and luxury!"Nesha sempat melepaskan keluhan dihujung ayatnya.Macam terseksa sangat lagaknya!

Makin menjadi - jadi kerutan didahi Arin.Dan tanpa sedar, dahi Maya juga sudah turut berkerut.Apa hadiah - hadiah yang dimaksudkan oleh anak kecil itu? Fun and luxury?

"Kenapa? Apa yang uncle - uncle Nesha tu dah janjikan? Haa, uncle Carlos janji apa kalau Nesha menang?"tanya Arin.

Nesha tersengih.

"Uncle Carlos janji nak hadiahkan Lamborghini warna pink untuk Nesha kalau Nesha menang pertandingan tu..And guess what, ibu? Uncle Carlos kata, kat kereta tu nanti ada gambar kartun favorite Nesha!! So pretty!"

Arin menggeleng kepala.Maya pula sudah tercengang mendengar hadiah yang bakal Nesha terima itu nanti.

'Seriuslah, Lamborghini? Kereta Lamborghini yang betul - betul ke?!'

"Uncle Mark pula?"

Sengihan Nesha menjadi semakin lebar.

"Uncle Mark kata, dia akan sewakan satu funfair tu untuk Nesha seorang je selama satu minggu..So that, Nesha puas main kat sana.Patung - patung kat sana pun uncle Mark kata, semuanya khas untuk Nesha..Huwaa, banyaknya!"

Mata Maya membulat.

'Ini keluarga jutawan ke apa? Kaya gila!'

"Ya Allah..Haa, uncle Black kamu tu pula dia janji apa? Okay juga kan? Ataupun dia ada janji yang bukan - bukan?"bukan apa, semua pun tahu tentang perangai suka merepek Black itu.Nanti kalau dia janji yang bukan - bukan dengan Nesha macam mana? Orang kanan suaminya itu bukannya boleh diagak sangat!

Suka sangat merepek 24 jam..

Nesha menggeleng pantas.

"Okay je, ibu..Uncle Black tak janji yang bukan - bukan pun dengan Nesha..Tapi, Nesha rasa antara hadiah uncle Carlos, uncle Mark dengan uncle Black, Nesha lebih suka dan tak sabar dengan hadiah uncle Black..Nak tahu tak apa? Ibu dengan kak Maya nak tahu tak apa?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus]Where stories live. Discover now