LAA | UCAPAN RAYA AIRAYYAN

133 6 2
                                    

"Hubby!" Humaira melaung memanggil suaminya yang berada di dalam bilik. Sedang menyiapkan anak kembar mereka yang liat bangun sedari tadi.

Ammara Hannah dan Muhamad Aisy Aidan sudah segak bergaya dengan pakaian hari raya mereka. Berwarna merah jambu yang begitu menaikkan seri keluarga mereka.

Dia yang baru sahaja menyiapkan juadah raya mereka sekeluarga melangkah keluar dari dapur.

"Hub... biy! Ohh, dah lepak dah dia. Anak-anak mana?" Humaira mendekati suaminya di sofa hadapan. Dia membawa sebiji kuih tart nenas di tangan.

"Cinta, come... duduk sebelah saya." Rayyan menepuk sofa di sisinya menggunakan tangan kiri, manakala tangan kanan menggamit si isteri menghampiri.

Humaira mengikut permintaan suaminya.

"Anak-anak sibuk dengan mummy Sha dia orang. Kita dating dua pagi raya ni erk..." Senyum nakal tersungging di ulas bibir nipis itu.

Humaira tersengih-sengih. "Nah... buka mulut. Your tart nenas is coming." Tart nenas di tangan disua ke mulut suami.

Rayyan menyambut tanpa teragak-agak.

"Sedaappp... macam selalu. Isteri saya masak apa je, tak pernah lari daripada selera saya. Thank you, love... untuk semua masakan awak dalam mengikat hati saya." Seperti kebiasaan kegemarannya, pipi gebu itu menjadi habuan bibirnya.

Humaira tersenyum manja. Mengusap rahang suami.

"Nak buat sesi bermaafan ni. Tanpa dia orang. Boleh ambil feel sikit. Kalau ada dia orang, saya segan. Salam..." Humaira menghulur tangannya ke arah suami.

Rayyan hanya tersenyum mendengar luahan si isteri. Tangan kanannya disua. Melayan permintaan wanita itu.

Humaira merendahkan tubuh. Melutut di lantai menghadap sang suami yang duduk di sofa.

Pada saat mata mereka bertentangan, belum sempat kata maaf terluah... Rayyan melihat bibir mungil itu sudah tersebik-sebik.

"Laa... cinta... belum bersuara lagi dah menangis ni, macam mana?"

Ditegur begitu, semakin lebat air mata yang menitis di pipi Humaira.

"Hubby..." seru Humaira dalam tangisan.

"Ya, cinta." Lembut Rayyan menyahut. Kedua belah tangan yang mengenggam tangannya disentuh dan diusap sayang.

"Saya minta maaf atas salah silap saya sepanjang menjadi isteri awak. Saya melawan cakap awak, ingkar arahan awak, tinggi suara dekat awak. Saya minta maaf kalau saya belum menjadi isteri yang sempurna di mata awak."

Rayyan mengangguk. Menepuk-nepuk tangan isterinya yang masih bersatu dengan tangannya.

"Terima kasih sebab awak dah jadi suami yang sempurna... terbaik di mata saya. Selalu ada di saat saya memerlukan. Menerima kekurangan saya seadanya. Tak pernah mengeluh dengan sikap saya, sikap anak-anak kita. Terima kasih sebab jadi suami saya, terima saya menjadi isteri awak. Saya sayang awak tau... dunia akhirat."

Humaira menyudahkan ucapannya dengan kucupan hangat di belakang tapak tangan kekar itu. Lama.

Saat Humaira menjauhkan wajah, Rayyan tarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Bibir merahnya berlabuh di ubun-ubun wanita itu dua kali.

"Saya pun minta maaf, atas salah silap saya selama bergelar suami awak. Andai saya tak mampu memenuhi keinginan awak, buatkan awak kecil hati dengan sikap saya. Saya minta maaf andai menurut awak, saya bukanlah suami yang membanggakan awak dan bapa yang terbaik bagi anak-anak kita."

Humaira tersenyum dalam tangisan semasa dipeluk suaminya. Dia mengusap manja belakang tubuh tegap yang sudah hidup dengannya lebih dari sepuluh tahun itu.

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Sudi bertempat di sisi saya... di hati saya. Terima kasih sebab bagi saya rasa nikmat suasana aidilfitri yang bermakna dengan kehadiran awak dan anak-anak kita. Terima kasih sebab hadirkan zuriat kita daripada rahim awak, wanita yang paling saya cinta."

Seketika, tubuh dijauhkan sebelum mereka saling berpandangan. Humaira dapat melihat air mata yang tumpah di pipi bersih kemerahan itu. Air mata pada wajah itu dikesat lembut.

Rayyan juga berbuat hal yang serupa. Menghapus pergi air mata yang mengalir di wajah wanita kesayangan.

"Saya cintakan awak juga, bidadari dunia akhirat saya... ibu kepada anak-anak saya. Sampai Syurga Allah nanti."

Tidak lama selepas itu, dia mendekatkan wajah mereka sebelum dahi bersih si isteri dicium penuh syahdu.

Tidak lama selepas itu, dia mendekatkan wajah mereka sebelum dahi bersih si isteri dicium penuh syahdu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELAMAT HARI RAYA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN...
❣❣❣

P/s: jangan lupa minta maaf dengan pasangan, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga. Sudikan diri juga ziarah mereka demi mengeratkan lagi silaturrahim.

Daripada kami suami isteri,
Rayyan Harith & Aisyah Humaira.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOKWhere stories live. Discover now