"Mana Empress?" tanya Irene. Dia tidak melihat langsung kelibat ibu saudaranya itu.

"Dia tidak sihat sedikit. Tadi pun Bonda dah menangis merayu-rayu sebab tak dapat hadir ke majlis puteri kesayangan dia," balas Darwin dengan keluhan.

Bondanya sangatlah dramatic orangnya.

"Oh, semoga cepat sembuh." Rasa bersalah menyelumbungi Irene. Nanti dia mahu ke Istana Wonderland mereka melawat Empress Daisy.

"Hai, semua." Satu suara lain menyelit dari belakang membuatkan Irene terkejut.

"Ish!" Irene melihat Ryan yang membuat muka tidak bersalahnya.

"What? Not my fault, okay." Ryan menjongketkan kedua bahunya kemudian bersalaman mesra dengan Emperor Luke, sudah lama tidak berjumpa.

"Hai, Lord Ryan. Sudah lama tidak bertemu. Apa perkembangan kamu sekarang?" soal Emperor Luke.

Orang ramai yang memerhati mereka hanya dibiarkan.

Ryan tersenyum nipis. "Begini sahaja lah."

"Lord Ryan dah jadi Knight's Captain sekarang," ujar Irene.

"Oh iya? Kenapa Daryan tak bagitahu?" soal Emperor Luke kembali.

Daryan tersengih. Bukan sepatutnya Emperor kena tahu semua kah? Mungkin Ayahnya lembab sedikit.

"Rin pergi dulu ya?" pinta Irene.

Tempat dimana Rayana dan Ariyan berada dituju oleh Irene.

"Hey, tengok je ke? Tak mahu menari?" soal Irene apabila kebetulan pula lagu pertama dimainkan.

Ariyan memandang Rayana yang tinggi sepuluh cm lebih daripadanya. Wajahnya memerah.

"Comel kan dia," bisik Rayana ke telinga Irene. Irene mengangguk laju tanda setuju.

"It's okay, Ari. Nanti Ari lagi tinggi dari kami semua tau." Irene dan Rayana ketawa kecil. Ariyan mengangguk.

Ariyan kemudian menghulurkan tangannya kepada Rayana.

"Can we dance, sister?"

Rayana tersenyum manis kemudian menyambut huluran tersebut. "Yes."

Sejujurnya dari tadi sudah ada beberapa jejaka bangsawan yang ingin berpasangan dengan Rayana. Tapi semuanya ditepis oleh Ariyan. Dia sangatlah overprotective terhadap kakaknya.

Irene hanya melihat mereka berdua menari dengan rentak.

Kemudian dia merasakan sesuatu menyentuh bahunya. Dia berpaling ke arah kanan.

"Kau pun tengok je ke?" soal Raikarl selepas itu meneguk cawan air ditangannya.

"Tengok je lah." Irene menjawab.

"The other Nobles must wanted to see the Princess dance. You're the star today," ujar Raikarl kemudian meletakkan cawan tersebut di dulang yang dipegang oleh pelayan yang lalu tepinya.

Irene terdiam beberapa saat.

Tidak sedar lagu pertama sudah tamat, lagu kedua dimainkan.

"So, shall we?" Raikarl menghulurkan tangannya kepada Irene.

Irene teragak-agak mahu menyambutnya. Lagu tarian Waltz dimainkan.

"Kau tidak kisahkan kalau aku terpijak kaki kau?" soal Irene mendatar.

Raikarl menggeleng.

Mereka bergerak terus ke tengah dewan tarian.

Satu langkah ke hadapan.

Dua langkah ke belakang.

Satu langkah ke kanan.

Kemudian Irene berpusing, Raikarl menyambut dengan melilitkan tangan dipinggangnya.

Sangat sempurna dan tiada cacat cela. Agak-agak sudah berapa lama Raikarl belajar menari sewaktu dia masih tinggal di Istananya?

Sebak pula memikirkan nasib putera gelandangan ini.

Ketinggian yang drastik diantara mereka membuatkan Irene mendongak memandang wajah jejaka itu.

"Mereka sudah berbaik kah?" soal Raja Khai yang memerhati dari atas.

"Rasanya begitulah," balas Permaisuri Luna. Mereka berdua tersenyun lega.

Susah sangat nak jinakkan anjing dan kucing ini.

Luna kemudian memandang bulan penuh. "Its almost here." Dia berkata perlahan.

Setelah lagu kedua tamat, Irene dan Raikarl kembali ke satu sudut. Daryan, Darwin, Rayana dan Ariyan mendekati mereka berdua.

Daryan dan Darwin berbalas pandangan tajam dengan Raikarl.

Seperti berkata, 'Kau berani nak rapat dengan adik kesayangan kami, siap kau!'

Seperti itu lah.

Rayana dan Ariyan hanya memerhati.

"Ehem, Rin pergi dekat sana dulu ya?" pinta Irene untuk pergi.

Irene tiba di suatu tempat jauh dariada mereka. Dia melepaskan nafas lega kerana dapat keluar daripada keadaan menakutkan tersebut.

"Princess?" panggil seseorang dari belakang Irene.

Irene berpaling.

"I got a present for you." Dia menghulur sekotak kecil hadiah kepada Irene. Irene memandang kotak ditangannya kemudian dia memandang kembali kearah orang tersebut.

Dia hilang.

"Who the hell are you?" bisik Irene sendirian. Dia membuka balutan di kotak tersebut dengan perlahan.

Penutup kotak itu dibuka.

Satu asap hitam keluar daripadanya dan meletup di ruangan udara.

Jeritan orang ramai kedengaran dengan jelas.

Irene terbatuk kecil kerana asap tersebut. Dia melihat bahagian atasnya.

"HAHAHA!"

Matanya terbuntang.

Wanita berkerudung hitam berada di atasnya. Walaupun wajahnya ditutupi dengan kerudung tersebut, Irene tahu matanya menikam memandang dirinya.

"IRENE!"

"RIN!"

"TUAN PUTERI!"

Masa seolah-olah berhenti. Kaki Irene kaku, tidak mahu melarikan diri.

"Kita berjumpa akhirnya..."

"...Tuan Puteri."


♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

Baaa, terkejut kamu.

Anyway, i ada tukar panggilan diorg tu tau.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now