"Kenapa awak blushing? "

"Eh, mana ada. Ss—saya memang selalu macam ni. Panas mungkin, "pipinya yang merona merah dipegang. Malu ditegur begitu. Sejak bila pula dia malu-malu dengan si Qays ni. Sungguh kelakar.

"Ye lah tu, sayang. Awak naiklah dulu. Mangkuk ni semua biar saya yang basuhkan, "

Terkedu Aira.

"Eh, tapi... "

"Tak de tapi-tapi. Sekarang awak naik atas okey? Sikit je ni, "Qays senyum lagi. Sekarang ni hati Qays begitu senang sekali sebab Aira dah mula terima dia dalam hidup. Betapa indahnya dunia dia sekarang ni. Rasa bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Ye lah. Terima kasih sebab buat semua ni untuk saya, "ucap Aira. Aira terus turun daripada kerusi sebelum naik ke atas selepas Qays berlalu ke arah sinki untuk basuh semua peralatan masak tadi dan juga mangkuk maggi.

Sekali lagi, Qays tersenyum sumbing. Aira ni sebenarnya baik dan boleh dibentuk cuma perlukan masa untuk semua tu. Dan, Qays berharap sangat cara pemakaian Aira akan berubah suatu hari nanti. Slowly but surely.

"Terima kasih sebab sudi terima saya. Semoga kita akan terus kekal macam ni, sayang... "





















MALAM Graduasi untuk semua tingkatan 6 dijalankan pada malam itu, bagi memeriahkan suasana, semua pelajar tingkatan 6 dijemput hadir. Majlis dijalankan di dewan sekolah mereka yang gah.

Qays dan Aira datang secara berasingan. Qays mengenakan kemeja berwarna putih dengan rambut yang dikemas rapi. Boleh terpukau sesiapa yang melihat. Tiba-tiba saja Aira rasa takut.

"Kau tenung apa tu? "Tersentak Aira dengan sergahan daripada Marsha ketika itu. Antara Marsha dan Emelda, Emelda yang paling sosial. Laju Aira geleng kepala.

"Mana ada aku tenung apa-apa, "dalih Aira. Mahunya kantoi. Tiba-tiba rasa panas.

Marsha kecikkan matanya ke arah Aira. Macam tidak percaya dengan kata-kata Aira ketika itu.

"Apa?? "

"Kau tak sorokkan apa-apa dari aku kan? "

Aira hela nafas dalam. Macam-macam pula si Marsha ni. Ada yang nak kena tumbuk juga nanti. Tak payahlah tanya banyak-banyak. Aira pandang Marsha dengan pandangan tajam. Terus Marsha sengih.

"Ye lah, ye lah. Aku percaya. Ni kau ada nampak Emelda? "Tanya Marsha. Aira geleng kepala. Dari awal dia masuk ke dewan tadi batang hidung Emelda langsung dia tak nampak.

"Tak. Kejap lagi sampai lah kot. Ha, tu dia. Panjang umur kita sebut-sebut terus muncul, "tunjuk Aira apabila ternampak kelibat Emelda berjalan ke dalam dalam.

"Babe, sini, "panggil Marsha supaya Emelda duduk di sebelah mereka. Mata Aira tertancap pada Amalin yang tengah tersenyum kepadanya. Kekok Aira rasa. Akhirnya, Aira hanya senyum sikit sebab kesian pula si Amalin tu. Walaupun Amalin tu baik, Aira sungguh rasa tidak selesa dengan gadis itu. Tak tau kenapa. Kekok sangat rasa.

Selesai majlis pada malam itu, Marsha dan Emelda awal lagi sudah meminta diri untuk pulang. Akhirnya, Aira memilih untuk jalan bersendirian. Tak semena-mena telinganya tertangkap perbualan antara dua manusia.

"Tahniah, awak. Dah habis STPM, "ucap Amalin. Rasa sedih pun ada apabila akan berpisah dengan orang yang dia suka. Walaupun dia tahu, dia sedang bertepuk sebelah tangan.

"Terima kasih, "Qays tayang senyum manis.

"Awak... "Amalin gigit bibir bawah. Boleh tak kalau dia cuba lagi sekali? Mana tahu terbuka hati Qays nak terima dia kan?

Qays berkerut dahi melihat Amalin yang sepertinya tidak senang duduk.

"Kenapa? Awak tak sihat ke? "

"Tak bukan. Saya cuma nak tanya awak... Tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk menangi hati awak? "

Bukan main terkejut Aira yang mendengar. Terlopong mulut dia sekarang ni. Yang si Qays pun kenapa berlembut sangat dengan orang? Tak boleh ke nak bertegas sikit?

"Peluang apa ni, Amalin? "

"Saya betul-betul sukakan awak Qays. Saya tak pernah nampak awak dengan mana-mana perempuan walaupun awak cakap awak dah berpunya. Siapa dia Qays kalau betul awak dah berpunya? "Tanya Amalin bersungguh-sungguh. Dia tak pernah pun nampak si buah hati Qays. Entah-entah lelaki itu tipu dia kan?

"Saya tak boleh, Amalin, "

"So tell me who is she kalau betul awak dah berpunya, "

Terdiam Qays ketika itu. Aira yang berada di belakang dinding turut tergamam. Tolong, jangan beritahu dia Qays. Aku tak nak orang tau. Gumam Aira dalam hati.








22/6/2022

Here the short update from me. Enjoy! Sorry dah lama tak update... I was superrrr busy... And sorry jugak kalau part ni like boring or tak Best.. I'll try my best okiee..

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now