6 <3

41 8 4
                                    

   Alya memeluk erat lengan Arya.

   "Sis u pregnant ke ?" Soal Alya tiba tiba . Lengan Arya masih dipeluk kemas . Kepala dilentokkan dibahu Arya .

   "Kenapa Alya cakap macam tu?" Soal Arya kembali . Pemandangan pantai di depannya ini sangat indah .

   "Ye lah . Aku cuma pelik kenapa tiba tiba nak makan asam pedas dekat Melaka ni sedang kan aku boleh masakkan untuk kau ." Balas Alya lembut. Tudung yang ditiup angin di betulka. Mereka lebih selesa menggunakan 'aku' dan 'kau' kerana umur mereka tidak jauh beza.

   "Entah lah . Tiba tiba je rasa nak makan asam pedas dekat Melaka ni . Boleh jalan jalan sekali kan ." Kata Arya matanya masih berada pada ombak pantai yang cantik itu . SubhanAllah cantiknya ciptaanMu.

   Alya mengangguk angguk tanda faham . Kepala di angkat dari bahu Arya . Mata mencari kelibat suaminya itu .

   "Dia orang pergi beli layang layang ke buat layang layang . Lama betul." Ucap Alya memecahkan kesunyian . Arya turut memandang sekeliling . Mana pula diorang ni pergi . Tadi kata nak pergi beli layang layang je tapu sampai ke sudah tak datang balik.

   "Jom la pergi cari diorang." Ajak Arya . Tangan dihulurkan kepada Alya . Alya menyambut huluran itu . Mereka berjalan beriringan sambil borak borak kosong .

   "Mana diorang ni." Arya mengangkat bahu tanda dia pun tidak tahu di mana empat empat jejaka itu berada .

   "Jom lah pergi dekat kereta dulu." Cadang Arya yang sudah keletihan . Dari tadi berjalan cari mereka.

   "Jom." Mereka melangkah kearah kereta . Namun tak nampak satu pun batang hidung mereka.

   "Aduu mana ni." Kata Alya resah . Risau kena culik je .

   "Aik tak ada dalam kereta ke?" Alya menggeleng laju . Arya sudah tidak sedap hati.

   "Main sorok sorok pula diorang . Penat lah." Kata Arya lalu menyambung cari mereka. Alya yang dibelakang terkedek kedek lari mengejar Arya .

   "Arya aku tak tahan nak pergi tandas . Aku pergi dulu.bye." ucap Alya lalu melangkah menuju ke tandas awam.

   ' Dia tinggal aku sorang sorang?' Ujar Arya di dalam hati. Arya meneruskan perjalanan mencari suaminya . Mana ni.

   Mata Arya sudah berkaca. Takut . Di tinggalkan seorang diri di pantai ini . Walaupun ada pelancong pelancong lain yang datang dia tetap keseorangan .

   Tiba tiba dia dapat rasakan seseorang memeluknya dari belakang.  Nafas seseorang yang begitu dekat di telinganya membuatkan dia gugup.

   "Hi sayang." Kata suara garau itu lalu memusingkan badan isterinya supaya dapat melihat wajah cantik itu .

   "Awak pergi mana ha. Cari awak tahu. Dah la tinggalkan saya sorang sorang." Ucap Arya dalam sendu. Air matanya deras mengalur ke pipi. Sudah berkali kali dia mengelap air mata itu tetapi makin deras ia mengalir.

   "Im sorry sayang . By the way i have a surprise for you."Kata Darrel dengan romantis lalu menarik tangan isterinya . Tangan Arya digenggam erat sambil berjalan beriringan.

   "Dia bukan surprise pun sebenarnya tapi dia lebih kepada game . I guess." Kata Darrel bersama senyuman manis yang tidak lengkang dari bibir merahnya.

   "Game?" Soalan Arya tidak dibalas. Mereka berhenti di tempat yang tidak ramai orang .

   "MashaAllah cantiknya." Ucap Arya gembira melihat pantai yang begitu cantik .

   "Okeyy game dia macam ni. Siapa dapat cari cengkerang paling banyak cinta awak hanya untuk saya. Tapi kalau abang menang itu maknanya cinta saya hanya pada awak. " Terang Darrel panjang lebar .

   "No no cinta awak memang untuk saya je dan cinta saya memang hanya untuk awak . Saya tak nak main." Kata Arya sambil memeluk diri. Darrel disebelah tergelak kecil melihat perangai comel isterinya.

   "Betul ke ni cinta awak untuk kita je?" Soal Darrel lembut . Dapat Arya lihat mata Darrel bersinar memandangnya. Arya mengangguk.

   "Ye betullah." Balas Arya lembut lagi lembut dari Darrel. Ceh.

   "Okey kita tukar. Siapa menang dia dapat hadiah." Kata Darrel sambil mengambil tangan isterinya lalu diciun sekilas.

   "Hadiah apa?"

   "Adalah rahsia." Kata Darrel sambil kenyitkan matanya kearah Arya.

______________________________

______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

  

Arya Amanda 2 ✓ Where stories live. Discover now