FP| Bab 2

24.1K 2.1K 316
                                    

AMARAH Adel itu jadi membuak-buak ke otak. Sudah kali keempat, dia cuba untuk membuka pad kekunci villa miliknya itu. Namun, cubaannya itu tetap gagal berkali-kali. Anak kunci yang berbeza dicubanya tidak beralah. Haih, pasti Yunus sudah menukar pad kekunci. Padahal, villa ini miliknya!

Ada siapa di villa ini?

Takkan Rosa pula?

"You lupa bawa kunci ke?" soal suara serak basah tersebut. Lelaki itu malah melepaskan satu nafas lemah. Panas betul cuaca hari ini. Kalau boleh, dia mahu memeriksa villa ini secepatnya dan pulang ke ofis semula. Dia masih ada dokumen kerja yang harus disemak.

"Gayanya, macam itu la, Encik Putera."

"Encik Iskan je." Perbetul Iskan acuh tidak acuh saja. Tali leher sendiri yang agak ketat itu buat dia jadi tidak selesa. Peluh panas pula sudah merinik di dahi bersihnya. Dia tak suka membuang masa. Masa itu emas. Lagi-lagi jika masanya.

"Lepas tu, macam mana ni?" ujar Iskan lalu tersenyum palsu ke arah Adel. Dia cuba untuk membuang rasa kekok yang masih tersisa di antara mereka. Haih, rasa nak balik je terus.

"Panas ke, encik?" soal Haq selaku pembantu peribadi Iskan. Kening Iskan terjungkit sebelah. Soalan apa ni?

"Sangat." Balas Iskan sepatah.

"Saya minta maaf, Encik Iskan. Tapi, boleh tak encik pandang pokok terung dekat depan sana? Seminit je!" suruh Adel bersama riak serba bersalahnya. Dia sudah mati akal dek memikirkan jalan untuk mencerobohi kawasan villanya sendiri.

Ruas dahi Iskan itu terus berkerut seribu. Dia masih tidak faham. Laju, dia terus berpaling tubuh ke arah pokok terung di seberang jalan raya. Haq turut juga berbuat perkara yang sama.

Eh? Itu pokok bendi!

Kuk! Pak!

Adel membaling seketul bata pada pad kekunci. Pad kekunci itu terus terlerai dari pintu pagar villanya lalu jatuh ke tanah. Adel terus mendabik dadanya bangga. Walaupun nampak sedikit bodoh, solusi ini juga yang berkesan. Sampai bila dia nak tercangak di sini seperti orang bodoh?

Iskan dan Haq tersentak hebat. Kepala mereka serentak berpusing laju ke arah Adel semula. Bunyi apa? Adel terjatuh ke dalam longkang atau apa? Iskan terus menjeling Haq kepelikkan. Pembantu peribadinya ini biar betik? Dari mana kenal pemilik villa ini?

"Maaf. Dah boleh masuk, encik."

"Oh... ha." Haq memeluk dokumen rapat ke dadanya lalu menolak tubuh Iskan supaya membuntuinya ke kawasan villa. "Masuk la, encik."

"Saya rasa encik mesti dah baca PDF yang saya beri sebelum ni, tentang villa ni. Standard villa mewah. Villa ni ada four storey courtyard and private lift..." jelas Adel.

"I see."

"Encik nak tengok-tengok dulu?"

"Sure?"

Ada senyuman nipis yang terhias di ulas bibir Adel. Matanya melirik sekilas ke arah Haq bersama rasa kekok. Bos awak ni kenapa ya, Haq? Penat kita tanya panjang-panjang. Dibalasnya sepatah saja. Itupun bernada beku.

"Cik Adel, izinkan kami untuk tengok-tengok dulu ya?" pinta Haq lalu mencuit tepi badan Iskan yang beriak tidak berminat.

"Boleh."

"Cik Flower?" seru Iskan jelas.

"Ya?" jawab Adel laju. Pipinya tiba-tiba saja jadi panas saat perkataan "flower" itu terbit dari bibir Iskan. Dah kenapa panggil dia flower? Takkan ini cubaan untuk mengurat pula? Dia sudah bersuami.

TUAN ISKANWhere stories live. Discover now