HNA 2 𐂂

11.7K 474 19
                                    

Royal Golden Holding

Aku mengaturkan langkahku keluar dari bilik meeting seusai menemani sang singa itu, dari pagi tadi aku kena ikut dia kesini dan kesitu sampai letih kaki. dah la pakai heels!

“waahhh penatnya” gumamku perlahan namun dapat didengari oleh rakan sekerja ku, fariz. Dia menghampiri ku lalu memberi secawan cofffe kepadaku, pantas aku meneguk!

thankyou fariz!” aku melabuhkan punggung disebelahnya sebelum mengerling kearahnya, dia memandangku sambil tersenyum dah kenapa?

“cantikla kau ni” katanya dengan tiba tiba, kalau orang puji an kau mesti malu an begitula aku sekarang mukaku berona merah menahan malu dengan pujiannya yang tiba tiba.

“I.N.A.RA Q.A.R.I.S.H.A” mendengar namaku disebut seorang terus aku berpaling dapat aku lihat si singa yang hampir mengaum itu, wajahnya yang dingin itu mampu mencairkan air di kutub utara! dia menjeling pula kearah fariz yang tidak bersalah itu haih dia ni dah kenapa?!

“ya tengku?” kataku sambil menguis guis cawan coffee itu, takut betul tengok muka dia yang marah tu tiba tiba dia senyum senyum yang tak ikhlas!

follow me now”

Aku memandang kearah tengku zared yang dari tadi hanya memandang depan, nak buka radio pun dia tak bagi katanya dia tak suka bunyi bising semasa dia memandu. ceh cerewet! sukanya aku kutuk dia tak baik betul!

“tengku, tengku nak culik saya ke?” gurauku memecahkan suasana dingin itu, lengan baju aku simpulkan menghilangkan rasa janggal.

“haah nak culik kau, degil sangat” balasnya sempat dia mencerlung kearahku, takutla tengok mata helang dia tu! boleh makan orang tahu!

“kalau tengku nak culik saya em pastikan tengku selalu bagi saya makanan saya senang lapar” hehe gurauku lagi, senyuman sinis menghiasi bibirnya sebelum dia membidas kataku.

i'll kidnap you for real next time” ujarannya membuatkan bibirku memuncung, seram benar bunyinya tapi tak logik juga bunyinya takkan la orang kacak, kaya, body mantop, muka ala ala mat saleh seperti tengku zared ni nak culik kentang macam dia?

tahu kentang? hah itula keturunanku.

“tengku ni, kalau tengku culik saya tunang tengku nak letak mana?” soalanku membuatkan zared berpaling kearahku, kenapa aku salah cakap lagi ke? memang betul dia ada tunang kan, tunang dia lawa gila macam model. body lawa tapi tak pernah aku tengok zared layan tunang dia elok elok.

kalau tunang dia datang office, mesti zared marah marah.

i don't have fiance” balasnya ringkas.

“habis Amelia tu nak letak mana” amelia nama tunang zared, cantik nama macam tuannya.

“betina tu bukannya pilihan aku” lengan zared aku pukul dengan fail, matanya terus memandang ku tajam, eh silap! dia automatic tau sebab dengar dia panggil betina.

sorry saya terpukul sebab tengku panggil dia betina tak baik tau” balasku, memang la tak baik dia manusia bukan haiwan. suka suka hati je panggil betina.

“kau ni baik sangat, jangan salah menilai orang” ujar zared.

“eh saya nilai dari apa yang saya nampak macam tengku ni confirm geng geng duduk masjid dulu an? sebabtu acah acah cool gitu lepastu macam tsundere buat buat tak kisah tapi kisah, tengku ni baik juga sebenarnya ” kataku panjang lebar, hujung bibir zared terangkat.

“yakin ke aku baik?” soalnya membuatkan aku bingung alah tak mengaku pulak.

“yakin la, kalau tengku jahat dah lama tengku pecat saya” balasku dengan mrnggunakan fakta.

His Naughty Asisstant ; Hᴇ obsess [√] Where stories live. Discover now