"Ok. I'm in." Jawabnya.

"Yes! Okay ready gang! Semangat!" Kata Zikri.

~~~~~~~~~~~

"Kini tiba kumpulan terakhir untuk membuat persembahan! Sila naik ke atas sekarang." Arah pengacara majlis.

Aish dan Afiq melangkah bersama-sama menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Mereka mendekati pengacara majlis yang berada di tengah pentas. Aish berasa sedikit gementar apabila melihat orang ramai di hadapannya.

"Wow! Nampak sepadan!" Ujar pengacara dan disokong para pelajar.

"Persembahan apa yang akan kamu berdua persembahkan?" Soalnya.

"Kami akan mempersembahkan nyanyian lagu 'Takdir Tercipta'." Balas Afiq. Semua pelajar bersorak mendengar jawapan senior popular.

"Okay! Terima lah persembahan daripada kumpulan terakhir!"

Lagu dimainkan. Aish dan Afiq sempat menukar baju sebelum naik ke pentas supaya mereka nampak lebih serasi. Mereka berdiri bersebelahan. Aish sudah berdebar sekiranya dia tidak dapat memberi komitmen yang tinggi. Dia memandang para penonton dan para pensyarah.

Zharil yang duduk di bawah pentas memberikan pandangan yang tajam kepada Aish yang berdiri di atas pentas bersama Afiq. Dia seakan memberi amaran kepada Aish.

Aish yang sudah bersedia untuk menyanyi terus berasa resah apabila terlihat pandangan tajam Zharil tapi dia cuba untuk menutup segala keresahan itu dan hanya fokus kepada Afiq dan rakan-rakannya.

"Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku." Afiq memulakan nyanyiannya.

"Andai aku hanyut
Gapailah tanganku
Menuju cinta abadi yang terindah." Aish pula menyambung nyanyian.

"Kuharap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku" Aish dan Afiq menyanyi serentak sambil saling berpandangan dengan penuh menjiwai lagu itu.

"Aku adalah Adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan ku lepaskan." Giliran Afiq.

"Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia." Giliran Aish.

Zharil yang menyaksikan mereka berdua merasakan kepanasan pada tubuhnya. Namun, dia hanya mampu memandang Aish dan Afiq dengan pandangan yang sangat tajam.

"Gambaran wajahmu
Hiasi mimpiku
Ini saat termanis dalam hidupku." Aish memandang Afiq dengan senyuman manis.

"Kan ku pertaruhkan
Jiwa sepenuhnya
Untuk kita harungi hidup bersama." Afiq membalas senyuman Aish. Oh gosh! Macam sweet couple lak🤣.

"Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku." Mereka maju ke hadapan bersama dan memandang rakan-rakan mereka dengan tangan dinaikkan ke atas dan dilambai.

"Aku adalah Adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan ku lupakan." Suara semakin meninggi.

"Aku adalah Hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia."

"Ku terus berdoa
Bersyukur pada Yang Esa
Dikurniakan insan sempurna sepertinya." Semakin rancak Afiq menyanyi

"Aku serahkan segalanya
Demi cinta setia." Aish juga semakin mendalami lagu itu.

"Moga terbina mahligai kita
Di syurga selamanya." Mereka berdua saling berpandangan dan serasikan suara mereka.

"Aku adalah Adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang takkan ku lepaskan." Afiq mengangkat tangannya mendekati Aish tapi tidak menyentuh Aish.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now