18 ; ❤

7 2 0
                                    


𝘚𝘤𝘧𝘵𝘫𝘮- 🌸

Sebulan kemudian,

Seusai Minha interview, dia terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke majlis Yongbok dan Yuna yang akan berlangsung tak lama lagi.

Dengan gembira dia melambaikan tangannya apabila terlihat kelibat kawannya, Yuna. Begitu juga Yuna. Minha mengenakan gaun putih bersama selendang di leher jinjangnya.

"Hai. Seorang je ke?" Sapa Hyunjin dari belakang Minha.

Minha sedikit terkejut dengan sapaan Hyunjin yang menerpanya sambil tersenyum.

"Iye, seorang je lah. Awak?" Soal Minha menoleh kearah Hyunjin. Hyunjin menjawab pertanyaan Minha dengan anggukan kecil.

"LeeKnow mana? Dia tak datang?" Soal Hyunjin. Minha yang baru sedar akan ketiadaan LeeKnow di situ, melilau matanya mencari kelibat jejaka tersebut dengan kerisauan.

"Kau cari siapa? Terlinjat-linjat." Sampuk Jisung yang berjalan menghampiri mereka.

"LeeKnow. Mana dia pergi? Dia janji nak jumpa dengan aku dekat majlis Yuna dengan Yongbok, tapi sekarang kelibat dia pun aku tak nampak lagi. Kau tahu dia ada mana sekarang? Suruh dia datang sekarang, maybe dia terlupa hari ini hari perkahwinan Yuna dengan Yongbok kot." Arah Minha sambil berleter ke Jisung yang baru sahaja tiba.

"Kau tengok phone tak? Dia tak bagi tahu kau ke yang dia ke Moscow dengan family dia? Dia pindah ke sana, kau tak tahu ke?" Soal Jisung pelik.

Terbeliak mata Minha apabila mendengarkan penjelasan daripada Jisung. Dengan cemas dia menyelup tangan ke dalam handbag nya mencari telefon bimbitnya untuk menelefon LeeKnow.

"Flight dia bila?" Soal Minha sambil tangan kanannya sibuk menekan punat telefon sebelum dia menelefon LeeKnow. Tetapi ditolak panggilannya.

"Ada lagi setengah jam macam itu kot. Aku pun baru je balik dari hantar dia ke Seoul Airport, aku fikir dia ada bagi tahu kau." Ujar Jisung.

"Ehh, awak nak ke mana?" Tahan Hyunjin.

"Saya nak ke sana sebelum dia pergi. Saya kena tahan dia, dia dah janji yang dia takkan tinggalkan saya. Mianhae." Ujar Minha menepis Hyunjin.

"Aku kena halang dia dari pergi dari sini. Kejap lagi aku datang balik." Ujar Minha ke Yuna. Yuna dan Yongbok sekadar mengangguk.

"Aku teman kau." Sampuk Jisung. Minha mengangguk.

Setiba mereka berdua di Seoul Airport, masih ada 15 minit terbaki. Minha berlari mencari kelibat LeeKnow sambil air matanya menitis laju.

"Kau janji kau tak kan tinggalkan aku, kenapa kau tipu aku juga. Kenapa kau buat aku macam orang gila? Jebal LeeKnow, don't leave me alone." Gumamnya sendiri. Matanya masih melilau.

Tiba-tiba matanya terkunci pada satu arah. Yang menyakinkan yang di lihatnya itu adalah susuk LeeKnow yang sangat dia kenal. Tanpa teragak-agak, dia berlari lalu memeluk pinggang LeeKnow dari arah belakang. Air matanya tidak henti turun.

"Jebal! Don't leave me alone! You have to stay with me at here. Kau dah janji dengan aku kan yang kau tak kan sesekali tinggalkan aku walau apapun yang terjadi, kenapa sekarang kau nak tinggalkan aku?" Ujarnya sambil tersedu.

LeeKnow memengang tangan Minha yang memeluk erat pinggangnya supaya dilepaskan, lalu menoleh kearah Minha. Mata mereka bertentangan.

"Aku terpaksa. Kau dah bahagia, kau dah ada orang yang boleh jaga kau. Buat apa aku stay lagi? I need to go now, please let me go." Minha menggeleng apabila mendengar daripada LeeKnow.

"Siapa? Kau yang akan jaga aku, jebal! I begging you to stay by my side start from now. Aku tak nak orang lain jaga aku, aku nak kau yang jaga aku. Please jangan tinggalkan aku." Luah Minha.

LeeKnow yang mendengar luahan Minha terkedu. Kenapa Minha memintanya untuk menjaga dirinya sedangkan dia sudah terima Hyunjin semula? Adakah dia cuba untuk mempermainkan lagi perasaannya?

"Bwo? Kau cakap apa ni? Bukannya kau.."

"Aku tahu kau terasa dengan sikap aku. Aku tahu segalanya, kau terasa sebab aku terima Hyunjin semula. Betul tak? Tapi aku terima dia sebagai kawan tidak lebih dari itu. Aku cuba untuk terangkan dekat kau time kita dinner tempoh hari tapi kau mengelak. Aku cuba untuk terangkan dengan cara lain tetapi kau selalu mengelak apabila aku sebut nama Hyunjin." Sampuk Minha.

"Aku cuma perlukan kau dalam hidup aku. Perasaan aku dekat Hyunjin dah lama mati, sekarang ini aku anggap dia sebagai kawan biasa tidak lebih. Aku harap kau faham, takkan kau tak perasan sejak akhir-akhir ni kita keluar aku layan kau dengan cara yang berbeza? Aku takut nak confess dekat kau sebab Yongbok dengan Jisung cakap kau pun ada perasaan terhadap aku. Jadi aku cuba untuk tahan perasaan aku untuk tidak beritahu kau, sebab aku tahu yang lambat laun kau akan beritahu aku tentang perasaan kau. Aku tak expect pun yang kau akan pergi begitu sahaja, kau.." Mulut Minha diberhentikan dengan sebuah ciuman dari LeeKnow.

Minha terkejut akan tindakan LeeKnow yang berani. Dalam masa yang sama, dia berasa sangat lega apabila dia luahkan perasaannya yang sudah lama terbenam di dalam hatinya.

"Mianhae. Aku ingatkan kau dengan Hyunjin.."

Ccup!!

Sekali lagi bibir mereka bersentuhan. Kali ini Minha yang memberhentikan LeeKnow untuk berbicara.

"Aku tak nak dengar nama dia lagi. Sekarang kita berdua je." LeeKnow mengangguk kecil sambil mengusap kepala minha.

"Kajja." Tarik LeeKnow.

To be continued...




'Ean on top' 🦊❤

𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐈 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐘𝐨𝐮 - 𝓜𝓲𝓷𝓱𝔂𝓾𝓷 𝓕𝓪𝓷𝓯𝓲𝓬𝓻𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now