MMM 1

1.1K 60 4
                                    

" HABIS TU? Tak kan tak puasa kot? Tak berdosa ke? " Syaril mengusap bawah dagu nya membuat gaya berfikir. Budak kecil yang berumur tujuh tahun itu di pandang.

" Tak puasa dan tak dosa apabila mereka datang bulan. Allah dah anugerah untuk perempuan tu istimewa. " Aryan pula yang mengganti membuat gaya berfikir. Datang bulan? Senang nya? Kenapa tak puasa ek?

" Kenapa perempuan datang bulan tak puasa? Tapi kan uncle, macam mana diorang boleh datang bulan? Tak mahal ke? Apa diorang buat? " soal Aryan lagi. Peha Syaril di pegang. Wajah Syaril di pandang tanpa kelip.

Syaril sudah buntu jawapan. Dari lain topik mereka bicarakan lahh dah sampai ke destinasi datang bulan. Mahu merangkak rangkak dia cari jawapan yang logik dek akal untuk di jawab.

" Uncle mana tau. Uncle lelaki sejati! Setakat tu je uncle tau. Lebih-lebih tunggu kahwin. " jawab Syaril dengan sengihan. Mau dia kena soal jawab di bawah tanah jika di beri jawapan yang bukan-bukan dengan anak majikan nya ini. Bukan tak kenal siapa Ryan Rykal. Pantang di usik mula lah nak keluar perangai kalah orang datang bulan.

" Uncle tak datang bulan? " membulat besar mata Syaril mendengar soalan Aryan. Aku? Allahu. Macam mana lah budak umur tujuh tahun ini boleh soal sampai ke sana.

Oh lupa. Anak Ryan Rykal.

" Tak Aryan. Orang yang 'datang bulan' ni hanya khusus buat wanita. Lelaki tak. Lelaki kan kuat! Sejati! Setia! Se— "

BUK!

Terteleng kepala Syaril ke tepi apabila kepalanya di hempuk dengan buku besar yang kulit nya keras kalah hati batu kau. Boleh kalah buku kamus oxford.

" Oi! Sakit lah! " Syaril mengusap kepalanya. Mau benjol ini besok.

" Yang bukan-bukan je kau mengajar anak orang kan? Datang bulan lah. Lelaki sejati lah. Ini kalau bos tau mau kau duduk bilik bawah tanah tu. Tak sempat beraya lah kau! " Jordan mengambil tempat di sebelah Syaril. Tergeleng-geleng kepalanya mengenang sikap rakan nya.

" Biarlah! Dah Aryan tanya aku jawab lah. Lagi pun betul apa aku cakap. Aku kan lelaki sejati! "

Syaril menjeling geram.

" Satu benda yang aku nak betulkan tentang pernyataan kau. "

" Apa dia? "

" Lelaki akhir zaman. "

Sentap babe. Feeling dia fuhh! Dalam! Makan dalam!

Syaril membetulkan kotak suara. Langit di pandang. Langit di tenung. Cerah juga cuaca hari ni kan. Boleh lah dia nak berjalan kaki melangkah ke masjid. Elok juga ni.

" Insaf ke member? " Wong yang entah dari mana muncul mencelah. Jordan menjongket bahu nya.

" Uncle. Uncle tau tak macam mana kita nak— "

" Sudah lah Aryan! Ana dah give up! Ana dah berubah ke jalan benar! Anta pergilah menjauh! Jangan jadi syaitan ya hababa! " Syaril berdiri lalu berlari drama ke bilik berehat mereka. Tangan di naikkan seperti mengelap air mata nya. Sebelum terjelepok jatuh. Dan bangkit seolah tiada perkara berlaku.

" Terlebih insaf tu. "

" Dia sentap kot, uncle. "

" Betul lah tu. Sampai typo. "






PELEMBAP BIBIR di oles lembut pada bibir kering nya. Selesai sahaja Aisyah bangkit dan duduk pula di birai katil. Mata nya menoleh ke arah suami nya yang tidur menelentang dengan masih memakai baju kemeja berwarna putih.

[SU] Vol 2 | My Mr. Mafia 2 Where stories live. Discover now