Episod 19

14.7K 1K 46
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Argh! Gila! Macam mana aku boleh lupa yang hari ni aku ada kelas?!

"Dina? Marilah makan dulu." Suara Papa kedengaran saat aku melintasi meja makan yang kecil tu. Sempat aku memandang pada Ibu tiriku yang sedang menghidangkan nasi goreng ke atas meja.

"Tak apalah, papa makanlah. Dina dah lambat ni. Dina lupa yang hari ni Dina ada kelas. Barang-barang yang Dina nak bawa semua ada dekat rumah. Tak sempat." Aduku kesal dengan kecuaian sendiri. Sudahlah jarak rumah mama dan papa bukan main jauh lagi.

"Nanti kalau tak makan, perut tu masuk angin." Sampuk Ibu Fatini pula. Dia mendekatiku dengan pinggan yang berisi nasi goreng. Sudu yang disendukkan dengan nasi goreng disuakan padaku. Kaget aku jadinya. Dia nak suap aku ke?

"Makan sikit, nanti Dina sakit." Lembut Ibu Fatini memujuk. Melihatkan harapan di matanya tu aku tak sampai hati. Sempat aku mengerling pada papa yang menanti reaksi aku. Teragak-agak aku buka mulut.

"Pandai anak Ibu ni." Tangan Ibu Fatini mengusap kepalaku. Hati aku rasa sesuatu yang lain tapi aku tak tahu apa dia. Mungkin juga kerana mama tak pernah melayan aku macam ni. Selalunya aku makan sendirian saja dan kadang kala pembantu rumah yang menemani ku.

Tubuh aku mengeras seketika. Terkebil-kebil aku memandang Ibu Fatini yang melemparkan senyuman manis padaku. Aku tahu yang dia ikhlas, ini bukan pertama kali dia cuba mendekati aku sejak berkahwin dengan papa, cuma aku saja yang tidak membuka hatiku padanya.

"Nak lagi?" Tanya Ibu Fatini menyentakkan aku dari lamunan. Kepala aku automatik angguk sendiri. Eh? Dah kenapa aku ni?

Ibu Fatini hanya tersenyum. Tangannya menyuap aku hingga separuh nasi dalam pinggan itu habis.

"Amboi bukan main lagi. Isteri papa tu." Usikkan dari papa mengundang semu merah di wajahku.

Bila Ibu Fatini menyuakan lagi sudu berisi nasi goreng padaku, aku menggeleng. Kenyang sudah. Mungkin sebab aku makan makanan berat pagi ni.

"Te-terima kasih. Dina dah kenyang. Dina minta diri dulu ya." Aku segera bangun bersalaman dengan papa. Bila lalu disebelah Ibu Fatini, teragak-agak aku bersalaman dengannya.

"Dina hati-hati ya." Pesannya. Aku hanya mengangguk dan melangkah keluar. Mencari keretaku.

Eh sekejap....

Aku mana bawa kereta! Mampuslah! Semalam kan Elvis yang hantarkan aku ke sini! Ya Allah, bongoknya kau Medina Haura!

Dalam aku tengah berkira-kira untuk menelefon grab car. Sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah papa.

Aku kaget bila cermin kereta diturunkan. Macam mana pula mamat ni boleh ada dekat sini? Laju langkah aku mendekatinya.

"You buat apa dekat sini?" Tanyaku hairan sewaktu mendekati kereta Hazry. Macam mana pula dia boleh tahu yang aku ada dekat sini?

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now