04 | Semua Ni Salah Razali!

155 21 30
                                    

KETANG KETUNG TING TUNG KERETANG SPLASHHH!

Riuh saja kedengaran dari arah dapur kecil di bilik dorm itu. Entah memasak saja atau si manusia yang berada di dapur itu sedang berperang dengan bahan masakan..

Untuk sekian kalinya dahi sado milik Nanami dipicit bagi menahan pening yang kian mendatang. Sebelah tangan sudah menekan-nekan permukaan meja itu berulang kali, sambil matanya memandang tajam si gadis albino disitu.

Si albino yang menangkap pandangan itu terus tersenyum-senyum kambing. "Janganlah pandang I macam tu.. ish you ni! malu lah!" katanya lalu menutup wajahnya dengan kain lap.

"..."

Nanami terdiam. Mahu muntah pun tidak ada gunanya sekarang. Sumpah, dia menyesal masuk ke sekolah ini. Walau tidak berkelas dengan tiga puluh orang pelajar lain, sekolah barunya ini (terumatanya kelasnya) memang betul betul buat dia sakit kepala.

Masih belum terlambat kan nak tukar seko- monolognya terhenti dengan satu pinggan yang tiba-tiba saja diletakkan di hadapannya. Nasi goreng garlic, dengan topping hirisan daun bawang seledri beserta isi ayam disebelah kiri pinggan.

Air liurnya terus ditelan. Ah.. makanan kegemarannya. Seperti tahu-tahu saja dia suka masakan bawang putih macam ni. Mungkin si albino ini tidaklah teruk sangat-

"Fuh tak sia sia hack Yaga punya file"

Nanami pandang y/n.

Y/n pandang Nanami balik. "...hm? aku cakap kuat eh?" soalnya.

"..."

"hehe tak- mana ada aku baca data pasal kau- takde takde hehe.."

Nanami tarik balik kata-kata dia, memang si albino ni teruk nak mampus. Belum pernah dia jumpa orang yang sedegil dan setidak tahu malunya macam perempuan ni- diluar jangkaan ekspetasi dan pemikirannya. Nak cakap unik bukan, pelik pun tidak boleh mendescribekan si gadis ini.

Sementara, y/n sudah mengetapkan bibir. Pipinya habis merona merah akibat malu pabila perlakuan buruknya diketahui oleh si jejaka. Ah, habislah crush tercintanya tersalah anggap dan memikirkan bahawa dia adalah stalker berliur yang menagih cinta tanpa malu. Ah, bagaimana dengan perkahwinan mereka nanti? Anak-anak yang masih belum diproses? "NOOOO!!" jeritnya tiba-tiba.

"..kau kenapa?" Soal Nanami dengan dahi yang sedikit berkerut.

Dengan dramatiknya y/n jatuh terduduk. "Awak.. saya minta maaf sangat-sangat.. sebenarnya ni.. semua ni... semua ni salah Razali!"

Nanami sedikit terkilan mendengar nama itu. "Ape yang kau merepek ni perempuan? Sape Razali-"

"Eh? Jangan cakap yang kau jeles dengan Razali.. omaigad sayangku Nanamin! Jangan risau! I setia dengan satu nama je! Trust me baby! Razali tu boleh buang kat loji!" ujarnya lalu memeluk lengan belah kanan Nanami.

"Tak sejak bila-"

"Oh mai! Hau ken aye forgoat" y/n menggasped dengan english brokennya. Terus saja ia mengambil sesudu nasi goreng yang terhidang lalu menyuapkan kearah si jejaka tanpa segan dan silu. "Aahhh kapal karam datang~"

Si blonde emo itu sudah mendengus kasar. Setelah itu ia tepis tangan y/n dan menariknya ke luar pintu. Dihiraukan saja panggilan atau desahan si gadis, menolaknya terus ke bahagian luar tanpa peduli.

"Aku dah malas dengan kau. Pergi balik"

Belum sempat si gadis ingin membuka mulut, pintu itu terus dihempas kuat. Memisahkan mereka berdua dengan satu lapisan dinding.

"..."

Y/n terdiam disitu. Terus menerus ia merenung pintu itu dengan sedikit perasaan berat dihati. Hujung bibirnya sedikit jatuh.

"Aku dah kata ni semua salah razali..."

TBC

Kau jangan tanya aku apa salah si razali shsjajsj *tengok kamera* maafkan saya razali-kun! saya pinjam nama awak eh dalam fanfic ni.. kosong2.. maaf zahir dan batin 😭🙏

btw gais- aku dapat dm dari wattpad

meaning dia- wattpad takkan tunjukkan gambar yang aku letak kat beberapa chapter, which is chapter 5 dan 7. aku buat semalam- 4 jam bestie aku spend time lukis semata-mata untuk korang :') then wattpad dm macamtu.. aku dah complaint- but i dunno kalau gambo tu ada nanti kat next chap.. if takde, takdelah ༎ຶ‿༎ຶ

𝐓𝐑𝐎𝐔𝐁𝐋𝐄𝐒𝐎𝐌𝐄 | ɴᴀɴᴀᴍɪ ᴋᴇɴᴛᴏ x ʀᴇᴀᴅᴇʀWhere stories live. Discover now