03 | I Nak Pergi Bilik You

200 28 42
                                    

Tiga pelajar baru first year itu sudah duduk melutut dihadapan guru mereka. Suasana disekitar pula sudah sunyi menyepi dek aura si sang guru mula menguasai ruang. Masing-masing sudah mengunci mulut, tidak berani untuk bersuara sehinggalah..

"Eh eh cicaklah-" seorang albino memecahkan suasana. Jari telunjuknya dihalakan kearah dinding sebelum tangannya ditampar oleh Nanami.

Pak!

"Ow- gentle gentle sudahlah ish sakit au hmph!" katanya sambil menggosok-gosok permukaan tangannya. Bibirnya dicebikkan sedikit sambil melihat si rambut blonde emo yang kini sudah menggulingkan mata.

Yaga terus memicit-micit dahinya, cuba menahan marah yang kian memuncak. Untuk terima seorang gojou lagi disini adalah satu langkah yang salah. Perangai dan gaya sebijik macam seekor beruk di kelas atas. Baru hari pertama sudah buat kecoh.. pening kepalanya terus!

Dia berdehem sebelum membuka kata, "Dua tempat, ladang kubis dan kandang babi, mahukan bayaran ganti rugi disebabkan kerosakan yang teruk..."

Haibara sudah menelan air liur.

"Katanya ada sorang tu lawan sumpahan tak ikut prosedur.. boleh bagitau aku siapa?" sambungnya lagi lalu memandang satu-satunya pelajar perempuan di ruang itu.

 boleh bagitau aku siapa?" sambungnya lagi lalu memandang satu-satunya pelajar perempuan di ruang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Y/n sudah mengangkat tangan kanannya dengan laju. "Sensei, saya rasa kita sepatutnya bincang hal ni elok elok. Tak baik tau main tuduh-tuduh" katanya, sementara Haibara dan Nanami sudah menunjuk jari kearahnya, membuatkan urat-urat di dahi Yaga semakin muncul.

Yaga menarik dan menghembuskan nafasnya sebelum memberikan y/n tumbukan kasih sayang di kepala comelnya. Jatuh terlentang terus gadis itu di paha Nanami, entah sengaja atau tidak author pun tak tahu.

"Apa-apapun tahniah dengan misi pertama korang. Balik dorm dan rehat. Jumpa esok.." Dan Yaga pun keluar dari kelas itu.

Haibara memberikan y/n pandangan simpati setelah melihat satu benjolan mula tumbuh mekar diatas kepala. "Awak okay ke..?"

"Ahh kenapa Nanamin ada dua- gasp apetu? cicak dan lipas sedang berasmara-"

Ah sudah panik Haibara dibuatnya. Terus saja ia goncangkan badan y/n, kemudian ditampar-tampar pipinya supaya kembali sedar. "Y/n sedarkan diri! bangun!"

Y/n membulatkan matanya lalu menumbuk muka Haibara dengan kuat. Habis terpelanting si rambut kokenat itu ke dinding. "Sakitlah bangang! Ah nanamin~" dia terus menunjukkan wajah comelnya kearah Nanami. "Tite cakit.. tenguck niew bengkwak hmm.."

"Pi mampus" balas Nanami lalu pergi meninggalkan y/n.

"Heartless! Lelaki semua sama!" Dan dengan dramatiknya dia jatuh diatas lantai, sambil menangisi pemergian Nanami. "Hancur hatikuuu~" nyanyi nya tiba-tiba. Selang tiga saat kemudian, dia kembali dalam mood happynya dan lari meninggalkan Haibara yang masih dalam kesakitan.

"R-rahang aku.. macam.. p-patah.."

_

Tap tap tap!

Bunyi tapak kaki kedengaran. Nanami sudah mengerutkan dahi.

Tap tap tap!

Dia berhenti berjalan seketika. Wajahnya pula sudah berubah.

Tap tap tap!

Dia sambung semula perjalanannya, menghiraukan bunyi tapak kaki itu.

Tap tap tap!

Sabar, katanya dalam hati.

TAP TAP TAP TAP!

Nanami mendengus kasar lalu berpusing memandang belakangnya. Disitu, seorang gadis albino sedang tersenyum-senyum manja melihatnya. Tangannya pula sudah dilambai-lambaikan sedikit. "Hai awak~♡"

Wajah Nanami terus ditekupkan, sambil itu dahinya dipicit-picit. "Kau buat apa ha perempuan? Ni jalan dorm lelaki, dorm perempuan belah sana"

Y/n menganggukkan kepalanya. "Aku tahu"

"Jadi?"

Y/n tidak menjawab kata-kata Nanami dan terus saja melihatnya dengan wajah yang comel secomel-comelnya.

"Kau nak jumpa abang kau ke?"

Dengan serta mertanya wajah buruk ia tayangkan. Sudah jelas bahawa perkatan 'BITCH NO' terpapar pada wajahnya.

"Jangan cakap-"

"Yes baby, I nak pergi bilik you!" potongnya lalu memberikan kenyitan yang menggoda.

Nanami terdiam seketika. Dirinya terus jatuh dalam larutan minda, memikirkan tentang keputusan yang dibuatnya tempoh hari sebelum melangkah masuk ke sekolah Jujutsu High. Untuk bersekolah disini adalah satu keputusan yang salah. Baru hari pertama bersekolah, hidupnya sudah kacau bilau dengan seorang budak albino.

"Sayang! Baby! Honey! Cinta Hatiku!"

Nanami tersedar dari lamunannya. Wajahnya auto jadi muram pabila gadis berambut putih itu memenuhi pandangan matanya. "Pergi. Jangan kacau aku"

Y/n mengedip-ngedipkan matanya. "Ape tadi?"

"..."

"..."

Y/n melepaskan satu keluhan kecil. "Look, aku tahu kau tak selesa aku ikut kau. Don't worry, aku respect keputusan kau.. aku pergi dulu.." katanya lalu pergi meninggalkan Nanami.

Nanami agak terkejut dengan perwatakan y/n yang tiba-tiba jadi begitu. Dia ingatkan gadis itu akan berkata sebaliknya dan bersikap degil namun- Tunggu sekejap.. bisiknya sebelum tersedar akan sesuatu.

"Kau nak gimana tu?!" Jerit Nanami pabila si albino itu sudah berlari laju dengan kunci bilik dormnya yang entah darimana dia dapat. "Oi! Y/n!"

"Kejarlah kite hihi~♡"

TBC

yang pembaca book abang si y/n ni, sila bertabah dengan patik. patik ingin mengubah chapternya tapi ideanya pergi berhijrah ke negara jerman-

anyway stay tuned (◠‿・)-☆

𝐓𝐑𝐎𝐔𝐁𝐋𝐄𝐒𝐎𝐌𝐄 | ɴᴀɴᴀᴍɪ ᴋᴇɴᴛᴏ x ʀᴇᴀᴅᴇʀWhere stories live. Discover now