"Yelah,dah rezeki aku kan.Alhamdulillah lah" Milly juga turut tersenyum memandang aku sambil tangannya lincah menekan krim.

Suasana di situ agak riuh dengan suara aku dan Milly berbual.Sesekali kedengaran juga bunyi bising di luar kerana pelanggan semakin ramai yang datang.

Hampir beberapa jam juga menghias beberapa biji kek,akhirnya aku dan Milly selesai.

"Fuh..siap pun akhirnya.Boleh hantar hari ni" Aku memegang belakangku yang agak sakit gara gara terlalu lama menunduk tadi.

Aku memang tak selesa buat kerja sambil duduk,jadi sebab tu lah aku hanya berdiri saja tadi.Lagipun agak memudahkan aku untuk menghias kek.

"Kau nak teman aku atau nak duduk sini jaga kedai?" Milly menyoal sambil memasukkan kek ke dalam kotak.Aku menolongnya.

"Aku teman kau lah.Bahaya pulak kau pergi sorang sorang"

"Okay,jap aku nak call dia tanya location" Milly meninggalkan kerja kerjanya dan diganti oleh aku.Kek aku masukkan dalam kotaknya dengan berhati hati.

"Babe!Aaaaaa!" Milly tiba tiba menyergah aku dengan senyuman lebar di bibir.Aku terkejut.

"Kau dah kenapa?Kena gigit biawak?" Aku pandang Milly sekilas lalu menyambung kerja yang terhenti tadi.

"Kau nak tahu tak,customer tu rupanya pekerja dekat The Darr's Company babe.Arghh boleh la jumpa Raeez nanti" Milly mengibas wajahnya berkali kali.Aku hanya pandang sepi.Gembira betul Milly nak berjumpa dengan Raeez.

Sedangkan aku?Hampir setiap hari hadap muka dia kalau nak berlatih.Itupun aku rasa biasa je,takdalah happy sangat.

Milly cemberut muka melihat aku yang hanya diam.Bahuku ditamparnya kuat. "Beb!Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?Halah kau ni banyak mengelamun lah,nanti lama lama kau jadi nyanyok ha aku tak tahu"

Aku ketawa kecil melihat Milly yang membebel macam mak nenek. "Aku dengar lah..mana ada aku mengelamun"

"Dah siap,jom angkat masuk dalam kereta"

"Okay" Aku mengangkat kotak kotak itu untuk diletakkan di dalam bonet.

"Janna,tolong jaga kedai ya.Aku dengan Ash nak hantar barang jap.Yang lain..buat kerja macam biasa" Sempat Milly berpesan ketika melintasi kaunter bayaran.Janna hanya angguk faham arahan bosnya.

Usai meletak kotak kek,aku dan Milly masuk dalam perut kereta.Enjin kereta dihidupkan.

"So,kau tau ke kat mana Company tu?" Soalku sambil memakai seatbelt.

"Of course lah aku tahu.Banyak kali jugak aku lalu depan tu,tapi tak berani sangat"

"Tak berani?Sebab apa?" Tanyaku polos.Milly senyum.

"Nanti kau akan tahu"
🌸🌸🌸

Kereta Milly mula memasuki satu kawasan yang agak mewah.Aku pandang sekeliling.Hanya pokok Bonsai dan pokok pagar Jasmine yang menghiasi.Cantik.Sekali imbas macam taman.

"Dulu aku pernah masuk sini.Tapi sampai dekat gerbang putih tu aku dah tak berani" Kata Milly sambil tenang memandu.Aku hanya diam,tak berani?

Milly memandu hingga masuk ke gerbang putih itu lalu berhenti.Milly menurunkan cermin tingkapnya.

"Who are you?" Soal seorang lelaki berbadan besar dan tinggi dengan senapang di tangan.Wajahnya ditutupi mask.

Aku gerun melihat lelaki itu.Sangat menakutkan dengan suaranya yang jelas dingin.Aku paling ke kiri dan terkejut.

Rupanya lelaki itu tak keseorangan.Ada ramai lagi berdiri keliling kereta.Terasa kerdil aku di sini.

"Oh I'm Milly and this is my friend Ashi. Grupo Bimbo need to delivery 12 cakes here." Jawab Milly sambil menunjukkan kad tertulis nama kedainya.

"Grupo Bimbo,pass" Kata lelaki itu sepatah,lalu semuanya berundur memberi ruang untuk kereta Milly masuk ke dalam.Milly meneruskan pemanduannya manakala aku ternganga luas.

"Now you know why" Milly senyum melihat aku yang masih ternganga.

"Okay,i got it.Berdiri bulu roma aku tengok diorang" Aku memeluk tubuh sendiri.

"Kan,sebab company ni terkenal. Mestilah dikawal ketat and teliti. Bukan sembarangan orang boleh masuk sini. Kita dikira bertuah tau!" Aku angguk faham.Patutla Milly teruja sangat nak datang sini.

"Dah sampai.." Milly berhenti di tempat parking.Aku menekup mulut melihat bangunan di hadapan.

"What?Seriously ni company Raeez?!" Aku tak percaya dengan apa yang aku tengok sekarang.Satu bangunan gah berdiri dengan hiasannya yang cantik dan mewah.

Eh tak bukan mewah tapi terlalu mewah.

"Its quite beautiful right?Tak sangka owner bangunan ni masih muda" Milly mula keluar dari kereta.Satu troli yang terletak di satu tempat di ambil.

"Letak kek dalam ni." Troli itu ditolak berdekatan bonet.Aku senyum memandang Milly.

"Bagus jugak company ni ek.Memudahkan kerja" Milly juga tersenyum memandang aku.Kepalanya mengangguk laju.

"Yess..company ni memang bagus.Itu sebab pekerja dia ramai. Kalau jadi cleaner tandas sekalipun gaji tetap beribu woo"

"Jom,kena dapat kelulusan lagi sekali kalau nak masuk" Milly menolak troli itu masuk ke dalam bangunan mewah itu.Seorang pekerja di depan pintu kaca itu menegur.

"Delivery from Grupo Bimbo.12 cake orders are ready!" Milly ukir senyum kepada pekerja itu.

"Come follow me" Pekerja itu membawa troli itu masuk ke dalam lif.Kami berdua hanya mengikut dari belakang.

'Perghh dalam lif pun mewah' Puji aku di dalam hati.Pusinglah 360 darjah sekalipun,tetap akan nampak pantulan dekat tepi sebab semuanya macam cermin.

Agak lama kami berada di dalam lif memandangkan pekerja itu menekan butang angka 36.Semuanya ada 45 tingkat.Tinggi jugak tu.Akhirnya kami sampai.

"Eh Milly?Ashi?" Soal satu suara di hadapan kami.Raeez yang memakai hoodie menutup kepala sedang berdiri di depan pintu lif.

"Oh hai Raeez" Milly mula jadi ulat beluncas.Rambutnya diselit ke belakang telinga.Aku nampak mata Raeez berwarna coklat.Aik selalunya warna hazel.

"Buat apa kat sini?" Soalnya bila aku,Milly dan pekerja itu melangkah keluar dari lif.

"Hantar kek" Tak sempat aku nak jawab,Milly terlebih dahulu memberi jawapan.Aku tergelak dalam hati.Kelakar pulak tengok Milly yang angau dengan Raeez.

Raeez angguk. "Imran,bring them to guest room"

"Okay sir" Pekerja yang bernama Imran itu membawa kami masuk ke dalam sebuah bilik.Troli tadi ditolaknya ke tempat lain.Raeez pula sudah menghilang masuk ke dalam lif.

"Wait here okay?" Aku dan Milly angguk sambil melabuhkan duduk di atas sofa di situ. Raeez keluar entah ke mana. Kami hanya menunggu bayaran kek sahaja.Lepas tu terus balik.

'Klak!' Pintu tiba tiba dibuka.Aku dan Milly tersentak melihat Raeez yang sedang menjengul kepala.

"What are you guys doing here?" Soalnya dengan wajah pelik.Pertama kali aku tengok rambut dia,warna coklat dan ada warna blonde sikit. Cantik.

"Aik,tadi kan awak dah tanya dekat lif?Kitorang datang hantar kek lah" Aku menjawab dengan beribu kerutan di dahi.

"Oh sorry,aku lupa" Raeez melangkah masuk.Aku dan Milly hanya memandang.Kini Raeez tidak lagi berhoodie.Dia kemas memakai sut kerja dan matanya...warna hazel?Cepat betul dia tukar.

"Mata awak..." Aku bersuara perlahan.

"Lens" Jawab Raeez laju.Aku angguk sedikit.

"So,berapa harga semua kek tu?" Raeez menyoal.Aku dan Milly berpandangan.

"Total semuanya RM315 memandangkan krim dia agak mahal" Milly menjawab.

Raeez mengeluarkan dompetnya dari poket.Duitnya dihulur.

"What?Banyaknya,I tak bawak duit baki pun" Aku dan Milly ternganga luas.

"Just take it,yang lebih tu guna lah buat belanja ke apa" Kata Raeez selamba.Akhirnya Milly akur,malas mahu berbahas lebih.

'Bang!Bang!'

"Arghhh!"

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now