Bajunya yang berada di atas lantai dia capai lalu keluar dari bilik itu sambil menelefon V.

Tidak lama kemudian, Jimin sampai di rumah V. Pin rumah ditekan lalu pintu itu terbuka. Nasib baiklah Chorong  tak lupa bagi dia semalam.

Dia masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat V yang terduduk lemah di sofa. Pantas dia mendekati V yang sedang mengelamun itu.

"Dia dah pergi." Kata V lemah.

"Siapa?"

"Chorong. Dia dah pergi. Kali ke dua dia pergi tanpa ucap selamat tinggal."

"Tak mungkin dia dah balik. Baru semalam dia datang takkan dan pergi. Mesti dia ada dekat rumah."

"Dia dah benci dekat aku. Benci sangat."

"Tak perlu fikir semua tu. Tenangkan fikiran kau dulu. Emosi kau masih belum stabil. Lagi bagus kau berehat. Lagi pun dia berhak untuk pergi." Kata Jimin.

"Tapi perlu ke pergi secara senyap-senyap?" Soal V.

"Ah molla. Itu lagi penting ke sekarang? Sekurang-kurangnya dia masih sihat. Dia cuma takde depan mata kau je. Lebih baik lupakan dia. Kau ada Heejin, kau ada family dan kau ada kami. Dahlah. Move on je lah." Jimin menepum bahu V beberapa kali.

Dia cukup kesian dengan V. Sudahlah omma dia baru sahaja pergi untuk selamanya. Sekarang ni Chorong pulak tinggalkan dia. Lagi pun Chorong pergi bukan disebabkan dia yang nak. Keluarga Park yang paksa dia. Jadi dia perlulah ikut daripada tinggal di Korea sendiri kan?

"Kau pergi mandi lah lepastu sambung tidur. Jangan kacaukan lagi fikiran kau. Nanti kau sakit susah. Omma kau mesti sedih kalau tengok kau macam ni."

V hanya mengangguk lemah lalu dia bangun dan terus menuju kearah biliknya. Sedangkan Jimin memeriksa fonnya. Dari tadi bunyi pesanan masuk.

Pesanan dari Tzuyu dia buka dan terkejut apabila melihat gambarnya sendiri yang sedang tertidur dengan seseorang disisinya. Dirinya tidak berbaju sambil memeluk seseorang disebelahnya. Tetapi dia tidak tahu siapa yeoja tersebut kerana wajahnya tertutup.

"Dah cakap kan jangan pergi night club lepas upacara mendiang omma V? Siapa dia? GRO mana yang tidur dengan awak ni?" - Tzuyu.

Dia tidak membalas chat tersebut melainkan terus mendail nombor Tzuyu untuk memberi keterangan tetapi panggilannya tidak jawab.

"Thanks for the night Jim." - ???

Chat dari seseorang yang dia tidak kenal dibaca berulang kali.

"Nak ikut jejak V ke? Awak nak saya tinggalkan awak jugak ke?" - Tzuyu

"Don't call me. Jangan cuba nak datang ke rumah juga untuk bagi penjelasan. Cari siapa yeoja tu dan saya nak dia yang terangkan semua." - Tzuyu.

Jimin meraup rambutnya dengan kasar. Lepas satu masalah datang, satu lagi masalah yang datang. Perlu ke semuanya berlaku pada masa yang sama?

"Aku mesti tanya barista tu! Aku perlu jumpa dia." Katanya amarah.

Dia bangun dan cuba untuk pergi tetapi bila fikir balik, takkan dia nak tinggal V sendiri? Dia takut namja tu buat sesuatu diluar jangkaan. Dia baru kehilangan orang tersayang secara serentak.

Dia kembali duduk. Fonnya dibuka lalu mendail nombor asing tersebut. Panggilannya diangkat tetapi tidak ada suara yang keluar.

JIMIN: Kau siapa? Kenapa kau buat macam ni dekat aku? Siapa yang upah kau untuk buat semua ni? Yah! Bersuara lah!!! SIAPA KAU??

Nafas Jimin naik turun. Dia masih bersabar menunggu seseorang diseberang sana.

JIMIN: Kalau betul kau orang yang ada dalam fikiran aku, lebih baik kau jumpa aku dalam keadaan yang segera. Kau mesti bagitahu aku keadaan yang sebenar.

....

JIMIN: Yah Kang Hyewon.

???: Hyewon? Nuguya?

JIMIN: Kau siapa?

???: Your new girlfriend maybe..

JIMIN: Aku akan cari kau sampai jumpa. Kau takkan lepas dari aku.

???: Takkan lepas? Wow! I like and I will.

Jimin mematikan panggilannya dengan keadaan yang marah. Kalau suara tu bukan suara Hyewon, jadi siapa? Siapa seseorang yang tidur dengannya semalam? Tetapi semua tu tak penting.

Yang paling penting adalah dia harap sangat dia tak buat sesuatu di luar jangkaan. Berharap sangat.

-TBC-

Sorry for the late update.

Peace!

I'm NOT Single 2 | KthOù les histoires vivent. Découvrez maintenant