Tak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan?
Cover by me
Chorong terus menghilangkan diri dan mencari keberadaan V.
Dari kejauhan, dia dapat melihat seorang namja sedang duduk di bangku sambil menatap bulan. Langkahnya semakin perlahan mendekati bekas kekasihnya itu. Dia berdiri cukup lama di sana sebelum bersedia membuka mulut.
"Kim Tae.."
Suara lembut Chorong berjaya membuatkan V menoleh kebelakang dan melihatnya. Chorong hanya tersenyum kecil lalu mengambil tempat kosong di sebelah V.
Dia melihat wajah V cukup lama. Namja ni nampaknya tidak menangis kerana matanya tidak merah ataupun bengkak.
"Terima kasih kerana datang." Kata V tanpa melihatnya.
"Maaf sebab lambat."
"Takpe. Yang penting awak datang." Balas V.
"Macam mana boleh berlaku? Omma sakit apa?" Soal Chorong.
"Aniya. Omma sihat je. Kalau lah saya teman omma keluar masa tu, mesti semua ni takkan berlaku. Omma mati sebab kemalangan jalan raya. Kalau saya yang pandu kereta tu, mesti semua ni takkan berlaku."
"Yah, saya ni memang tak layak untuk bahagia ke? Selepas awak tinggalkan saya, omma pulak yang pergi. Kali ni pergi takkan kembali. Semua ni balasan sebab saya tak pandai menghargai orang ke?"
"Aniya.."
"Lepas ni siapa pulak yang akan tinggalkan saya? Appa? Heejin? BTS?"
Chorong mengusap belakang V dengan lembut.
"Saya dah takde tempat untuk mengadu masalah saya. Saya dah kehilangan orang yang paling saya sayangi di dunia ni. Kalau dia pergi, saya macam mana? Boleh ke saya bertahan?"
"Jangan cakap macam tu, kau masih ada appa. BTS pun ada. Yang paling penting, kau ada Heejin. Semua orang ni tak nak tengok kau sedih dan lemah. Bersikaplah macam V yang aku kenal, jangan jadi orang lain. Banyak lagi benda yang perlu kau laluai. Jadikan yang ini pengajaran untuk kau jadi lebih kuat."
"Yah.."
Chorong menepuk bahu V agar menoleh kearahnya.
"Come here.."
Chorong terus merangkul leher V lalu menarik dan memeluknya dengan erat. Belakang V ditepuk secara perlahan.
"You can cry. Jangan tahan tangisan tu. Menangis lah dengan kuat tapi janji lepas ni takkan menangis lagi."
Sebut sahaja perkataan itu, suara esakan terus kedengaran membuatkan Chorong ikut menangis sekali. Dia membiarkan bajunya basah kali ni dengan tangisan kuat V.
Dia tahu namja ni menahan tangisan dari semalam dan cuba untuk kelihatan kuat tetapi hakikatnya, dalamannya sangatlah rapuh dan memerlukan perlukan hangat untuk melepaskan semua dan orang yang paling tepat adalah dia sendiri.
"Semuanya bukan salah kau. Takdir yang menentukan semuanya. Semua orang akan pergi tetapi dalam situasi yang berbeza. Nak kau ada ke, takde ke, mesti akan berlaku juga. Berhenti salahkan diri kau.."
"Yah~ aku baru pergi 7 bulan. Kenapa diri kau berubah drastis macam ni? Mana V yang aku kenal? V yang happy, manja dan degil tu. Mana semuanya? Kau bukan V yang aku kenal. Maaf kalau aku punca kau jadi macam ni."
"Aniya.."
V melepaskan pelukannya. Air matanya di lap dengan begitu kasar. Setelah puas menangis, akhirnya dia dapat kawal kembali emosinya. Matanya yang merah itu menatap Chorong penuh sayu. Tangannya pula perlahan-lahan mengenggam tangan Chorong.
"Kau nampak kurus. Kenapa? Skip makan malam sebab fokus game?" Soal Chorong.
V sedikit tersenyum. Betapa rindunya dengan kalimat tersebut. Hampir 1 tahun dia tak dengar perkataan tersebut.
"Game game jugak tapi makan tetap nombor 1. Game tak bagi kau sihat pun."
Pertemuan apa ni? Baru sahaja tadi dirinya di pujuk dengan pelbagai ayat menyentuh tetapi kali ni dirinya dimarahi seperti budak kecil.
"Awak dah makan?" Soal V.
"Belum. Lepas jumpa appa, terus ke sini."
"Nak saya teman makan?" Soal V lagi.
"Gwenchana. Nanti aku makan lah. Lagi pun kat dalam masih ada yang lain tunggu aku."
"Mianhae kalau makanan kat sini kurang. Semuanya berlaku dengan sekelip mata."
"Aku tahu. Takpe.."
"Yah, saya dah rajin datang ke kolej. Tak lama akan habis belajar. Awak dekat sana rajin tak? Awak pun dah nak habis belajar kan? Lepas tu balik ke Korea terus?"
Chorong menggeleng kecil. "Aku takkan balik. Appa dapat jawatan tetap dekat sana."
"Jinjja? Arraseo.."
Kelihatan wajah V sedih sedikit di sana. Tetapi kembali senyum apabila dia mula bercerita tentang hal yang menyeronokkan dan Chorong hanya diam mendengarkan sahaja. Mungkin cara ni boleh buat V happy balik.
"Awak balik bila?" Soal V tiba-tiba.
"Esok aku balik."
"Cepatnya."
"Aku tak boleh lama-lama dekat sini. Banyak benda aku kena buat."
"Faham. Yah, saya ada satu permintaan."
"Mwoga? Aku akan tunaikan. Anggap malam ni aku ikut semua kehendak kau."
"Teman saya malam ni? Banyak benda yang saya nak tanya dekat awak. Terlalu banyak. Boleh?"
"Macam mana dengan Heejin? Aku tak nak dia jeles.."
"Tapi awak dah janji nak tunaikan."
"Please.." V sedikit merayu.
"Arraseo.."
-tbc-
Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
Lepas ni kita kupas story Jimin dengan Tzuyu pulak. Story ni fokus dekat 2 pasangan cuma lebih kepada V and Chorong sebab s1 dh fokus kat Jimin and Tzuyu.