Tak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan?
Cover by me
Panggilan Jaehyung membuatkan dia tersedar. Dia memandang Jaehyun dengan mata yang terkebil-kebil.
"Boleh tak?"
"Boleh apa?" Soal Chorong kembali.
"Main bowling sama-sama."
"Oh.." balas Chorong lalu mengangguk kecil membuatkan Jaehyun tersenyum riang memperlihat dimplenya yang manis itu.
"Kalau macam tu, hujung minggu kita jumpa dekat Mall J. Dekat sana ada tempat main bowling. Boleh?"
Chorong mengangguk lagi. Senyuman Jaehyun semakin lebar.
"Kita jumpa nanti. Bye noona!"
Chorong bernafas lega apabila Jaehyun sudah pergi meninggalkannya sendiri. Dia lantas mengeluarkan benda tipis dari bag lalu menekan icon Youtube.
Nama channel V ditekan lalu membuka profile namja tersebut. Nasib baiklah V tidak menukar nama channel. Ingatkan lepas putus, namja tu akan tukar username sebab nama tu diberikan oleh Chorong. Gambar icon dan background semuanya masih sama.
Dia scroll satu persatu video yang ada. Video terakhir yang di upload adalah 2 minggu lepas. Itu pun hanya vlog biasa sahaja yang berdurasi 5.45 min.
Dari tajuk, dia dapat simpulkan bahawa video tersebut berkenaan dengan sukan kegemaran dia dan gambar thumbnail pula adalah gambarnya bersama Suga.
Dia scroll lagi ke bawah dan dia perasan, kali ni takde pulak live streaming dengan Heejin ataupun Vlog tentang date dia. Dulu, selepas mereka putus, kalau boleh hampir setiap minggu vlog tentang mereka ada.
***
Chorong melempar dirinya ke katil empuk. Satu tangannya naik menutup matanya agar tidak terkena pantulan cahaya bilik.
Hari ni dia penat sangat sampaikan nak tukar baju pun tak larat. Kalau boleh dia nak terus tidur sampai esok pagi.
Belum sempat dia terlena, tiba-tiba pintunya dibuka.
"Chorong pergi mana seharian ni? Kenapa omma call tak jawab?"
Nada suara Mrs Park sedikit tinggi membuatkan Chorong terduduk. Sakit terus kepala apabila ditengking tanpa sebab ni.
"Hari ni class full. Fon sengaja silent. Omma pun tahu kan kalau setiap hari Khamis Class Chorong full. Mana sempat nak tengok fon."
Jawab Chorong rendah.
"Kalau omma dah call banyak kali tu, maksudnya ada benda penting lah." Kata Mrs Park.
"Omma ni kenapa? Chorong baru balik, baru nak rehatkan diri. Nak marah-marah ni kenapa? Benda penting apa yang omma nak cakap ni?"
Chorong mula tak senang duduk. Malam-malam macam ni lah nak bergaduh mulut. Tak masuk akal langsung.
"Balik ke Korea dalam keadaan segera. Kalau boleh terus jumpa keluarga Taehyung"
Arah Mrs Park membuatkan Chorong terkejut. Balik Korea? Jumpa keluarga V? Untuk apa?
"Omma, berapa kali Chorong nak cakap? Hubungan kami dah tamat. Buat apa nak balik Korea dan jumpa keluarga dia?" Soal Chorong dan sedikit marah.
Mrs Park mengeluh panjang. "Balik lah sekejap, jumpa dia."
"Kenapa omma? Omma masih me--"
"Omma dia dah takde. She has died."
Potong Mrs Park membuatkan Chorong terkejut dan merasakan seperti nafasnya terhenti seketika. Betul ke apa yang dia dengar sekarang ni?
Tak mungkin Mrs Kim dah takde. Kali terakhir dia jumpa, omma V masih sihat seperti selalu. Takde tanda-tanda dia sakit pun.
"Balik sekejap okey? Wakil kan keluarga kita untuk datang ke sana. Kalau boleh, balik esok."
Kali ini suara Mrs Park pelan dan sayu sahaja.
"Esok pagi omma minta tolong Chanyeol hantar ke Airport. Selamat malam."
Sambungnya lalu keluar meninggalkan Chorong sendiri. Dia terus mengambil telefonnya lalu melihat beberapa panggilan dari omma dan juga kawan-kawan dia. Icon chat dia buka dan melihat isi pesanan yang dia terima dan semua isinya adalah sama. Tanpa sedar air matanya mengalir.
Perasaan penatnya hilang begitu sahaja sekarang ni dan fikirannya mula serabut.
Nama Naeun dia cari lalu menelefon kawan baiknya itu.
"Naeun ah, betul ke?"
"Eoh. Baru je petang tadi omma dia pergi."
"Dia macam mana?"
"Molla. Sekarang ni BTS semua ada dengan dia. Kau balik sini tak? Atau ada pesanan yang perlu aku sampaikan dekat dia?"
"Ambil aku dekat airport esok. Aku balik ke Korea esok."
"Jeongmal? Arraseo. Nanti aku ambil kau."
"Jumpa esok."
"Okey, good night. Jaljayo."
"Okey."
Tut!
Chorong mematikan panggilannya lalu dia bangun dan terus mengemas pakaiannya. Kalau boleh, esok pagi dia akan ambil tiket paling awal sekali.
-tbc-
Sedih betul kisah V dalam ni. Im sorry V.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.