Bunyi deringan jam loceng memaksa aku untuk bangkit dari tidur. Sudah hampir sepuluh minit jam itu tidak berhenti henti menjerit. Andai sahaja jam itu dianugerahkan nyawa mungkin dia akan menghadiahkan aku berbakul bakul makian kerana membuatnya menjerit sehingga kehausan.
Tangan teraba raba mencari kaca mata yang sudah lama menjadi bahagian diriku. Badan masih lagi tersadai di katil membiarkan tangan berjalan sendiri. Sungguh hari ini rasa kemalasan dalam diri mencanak tinggi. Andai saja dapat dilihat berapa tinggi tahap kemalasanku, mungkin ianya sudah sama tinggi dengan Banjaran Haidira. Satu banjaran tertinggi di dunia ini.
Kata orang sini ada desas desus mengatakan bumi ini terbahagi kepada tiga buah dunia dan yang aku huni ini adalah yang ketiga. Entahlah, aku tidak pasti mahu percaya atau tidak. Macam mustahil lebih lebih lagi dua buah dunia mitos itu langsung tidak pernah dilihat apatah lagi berhubung dengan antara satu sama lain.
Kepalaku ketuk perlahan. Pagi pagi buta begini boleh pula aku membina ayat penuh dengan hiperbola. Cuba sahaja kalau dalam peperiksaan bahasa melayu yang diadakan kota suatu ketika dahulu otakku berfungsi sebaik ini, sudah pasti markahku akan menjadi yang paling tinggi.
Dalam kantuk aku bangkit juga. Jalanku terhuyung hayang seperti orang mabuk. Aku perlu mengatasi rasa ini, jika aku tidak bangkit sekarang, duit tabunganku untuk pelajaran tidak akan bertambah. Sekiranya perkara itu berlaku, makin tipislah harapanku untuk menyambung pelajaran. Aku tidak mahu perkara itu berlaku.
"Berapa bungkusan hari ini Ayla?" Pak Samad si tuan kedai melemparkan pertanyaan. Tangannya lincah memindah keluar setiap bungkusan makanan dari raga rotan yang aku bawa.
"Hari ini ada sepuluh bungkus nasi lemak, lima bungkus bihun goreng dan lima bungkus mee goreng. Jadi semuanya, ada dua puluh bungkus." Aku menjawab yakin. Hari ini bilangannya sedikit daripada hari hari sebelumnya.
"Nanti petang Ayla datang ambil duit ya." Pak Samad sempat melemparkan aku segaris senyuman. Dia nampak sibuk menangani pelanggan. Disebabkan itu aku memilih untuk mengundur diri, tidak mahu menganggu konsentrasinya.
Menghantar bungkusan makanan ke kedai Pak Samad sudah menjadi rutin harianku sejak aku berumur tujuh tahun. Aku tidak punya ibu. Kata ayah, ibuku sudah lama pergi menjadi bidadari syurga setelah melahirkanku. Hubunganku dengan ayah pula sentiasa akrab tetapi aku masih terasa asing. Seperti antara aku dengan dia ada tercipta tembok penghalang.
Kerusi putih yang berada di bawah pohon bunga camellia liar di taman itu seakan akan memanggil daku. Deruan angin menampar pipiku lembut. Hamparan kanak kanak menjadi pemandanganku ketika ini. Andai sahaja zaman kecilku seindah zaman kecil mereka. Boleh bermain, bersuka ria dan aku punya ibu di sisi, pasti hidupku tidak seperti ini.
"Kakak, kakak okay ?" Suara kecil menyapa gegendang telinga aku. Seperti ada tarikan magnet, aku berpaling memandang kearah si pemilik suara. Mukanya suci dan senyumannya manis. Wajah itu masih tidak tercemar dengan keburukkan dunia.
"Kakak okay je. Kenapa adik tanya ?" Aku menjawab soalannya perlahan. Masih tidak pasti dengan apa yang aku ungkapkan. Sama ada aku benar benar okay atau kata kata itu hanya bertujuan untuk menenangkan hati sendiri.
"Kakak nampak sedih. Kakak tak nak cerita ?" Gadis kecil itu, sudah duduk di sebelahku. Pandangan matanya seakan akan memaksa aku untuk membuka cerita. Seperti ada kuasa ghaib yang memanggilku, aku tanpa sedar mula membuka cerita.
"Kakak rindukan ibu kakak. Kakak tak pernah nampak dia. Tak pernah rasa pelukkan dan ciuman hangatnya." Dalam aku bercerita sebak yang tak diundang bertamu di jiwa. Tanpa dijangka mata mula merebeskan hormon pemanggil si air mata. Perlahan cecair jernih tanpa cemaran pewarna mengalir melalui lekuk pipi.
YOU ARE READING
Camellia
FantasyI'm sorry, I don't think I can finish their story :) let it remain here as a story that never end.. ⚠️ Bahasa melayu moden, sikit je 'touch' of klasik ⚠️ fantasy ✔️ magic ✔️ tak ada kaitan dengan real world. "Siapa kau ?!" Ini kisah aku, beradu di d...
