Chapter XXXVI

546 54 0
                                    

Tepat pukul 10 malam , aku tiba di rumah dalam keadaan yang letih. Aku hanya perlu mandi untuk menyegarkan badanku semula. Kebiasaannya aku memang begitu , selepas aku mandi , segala penat akan hilang. Tetapi sejak berkahwin ni , lepas mandi pun masih penat sehinggalah suami aku memelukku.

Aku masuk ke dalam rumah yang sudah gelap. Awal betul suami aku tidur malam ni. Aku berjalan menuju ke bilik dan terus masuk ke dalam bilik air tanpa menghiraukan suamiku yang sedang berbaring di atas katil.

Seusai mandi , aku menyidai tuala dan ternampak suamiku yang sedang duduk di birai katil seolah-olah sedang menunggu aku. Aku duduk di sebelahnya. Belum sempat aku minta , dia menarik aku untuk berada dalam pelukannya. Sangat hangat. Sangat selesa. Sangat segar. Pelukannya adalah tenagaku selepas berlari seharian.

"Sayang okay ?" , Faiq menggosok belakangku lembut. Rambutku yang baru sahaja kering sudah diikat di dalam bilik air tadi.

Aku mengangguk dua kali di bahunya yang agak tinggi buatku tetapi dia sudah merendahkan badannya.

"Berapa meter berlari harini ?" , Faiq menyindir aku bagaikan dia tahu aku sudah hampir marathon satu KL.

"Entah la , abang. Yang pasti Aisya drained out." , jawabku dengan nada kepenatan.

Faiq meleraikan pelukan dan bibirnya mendarat di dahiku sekali.

"Penat lagi ?" , tanyanya.

"Haah. Nak lagi."

Kali ini , bibirnya mendarat di dua-dua belah pipiku dan diakhiri di bibir. Ciuman yang halus itu telah memberikan aku tenaga untuk membuka mata dengan luas.

Aku kembali memeluknya erat.

"Sayang , dah lah peluk." , Faiq seperti ingin menolak pelukanku.

"Kenapa ? Dah tak suka Aisya peluk ?" , tanyaku marah.

"Bukan la sayang. Abang ada benda nak tunjuk ni. Nanti kita sambung balik episode peluk-peluk ni. Boleh ?" , dia memegang tanganku dan berdiri untuk keluar dari bilik.

"Nak pergi mana ? Malam dah ni." , kataku selepas turut mengangkat badan untuk berdiri.

Faiq tidak menjawab dan hanya mengheret aku ke satu bilik yang terletak di hadapan bilik tidur kami.

"Sayang , tutup mata." , arahnya serius.

"Perlu ke ?" , aku menayangkan wajah kebingungan.

"Tak baik tak dengar cakap suami." , ah sudah. Dia dah pakai authority sebagai 'suami' dia tu. Tetapi aku hanya menurut.

Dia membuka pintu dan mengheret aku untuk berdiri di depannya. Suis lampu ditekan. Terang bilik itu dapat aku rasakan.

"Okay , buka mata." , aku menurut perintahnya.

Bilik yang dicat putih yang mempunyai rak buku berwarna putih dari hujung bilik ke hujung bilik dipenuhi dengan buku-buku novel. Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Di tepi rak buku itu , terdapat tangga yang boleh digunakan untuk mencapai buku di bahagian atas. Tangga yang melekat pada rak dan hanya perlu menarik ke kiri atau ke kanan. Pada rak buku tersebut , ada daun palsu berwarna hijau yang digantung di tepi untuk menghiasi bilik berwarna putih itu. Bilik yang bercat putih dan rak buku serta tangga berwarna putih dihiasi dengan sofa berwarna putih yang terletak di hujung bilik berhampiran dengan tingkap. Ada lampu tidur di tepi sofa kecil itu. Terdapat satu sofa panjang dan meja di hadapannya yang turut berwarna putih. Ada bantal kecil di atas sofa panjang itu yang berwarna hijau lumut. Sungguh cantik bilik ini dihias. Seperti impianku untuk ada bilik bacaan sendiri.

Mataku mula berair. Dipandang wajah suami yang masih tenang berdiri di belakangku. Aku mendongakkan kepala untuk melihatnya dengan mata yang sudah dipenuhi dengan air mata. Faiq memegang tanganku dan menarik aku untuk duduk di atas sofa panjang. Aku sedang menghadap insan yang bersusah payah menyediakan semua ini buatku. Patut pun bilik ini sentiasa dikunci. Aku pun tidak tahu dimana kunci bilik ini.

The last piece Where stories live. Discover now