V menanti pesanannya di balas tetapi nihil, pesanannya dibiarkan begitu sahaja sehingga ke pagi.
***
Mingyu berdiri tegak dihadapan Tzuyu. Tzuyu ke kiri, dia ikut ke kiri dan begitu juga sebaliknya.
"Kau nak apa?" Soal Tzuyu mengalah.
"Nak awak boleh?"
"Mwo?" Bulat mata Tzuyu bila dengar perkataan tu.
"Takdelah. Cuma nak bagitahu kelas kita hari ni dekat studio dan pelajar akan dipisahkan." Katanya.
"So?"
"So? Ini senarai nama dan kita satu kelas. Doyeon dan V pulak sekelas. Apa kata kita pergi studio sama-sama?" Cadang Mingyu sambil tersenyum manis.
"Kau!"
Tiba-tiba suara Jimin muncul dari belakang membuatkan mereka berdua menoleh serentak dan melihatnya yang sedang melangkah sambil memaparkan wajah bengis.
Jimin menarik Tzuyu kebelakang dan dia berhadapan dengan Mingyu tetapi dia kembali mengudur selangkah kebelakang sebab tengkuk dia sakit nak dongak hadap Mingyu yang tinggi lampai ni.
Perkara itu membuatkan Tzuyu ketawa geli. Tak padan dengan pendek, ada hati nak tenung orang macam tu.
"Kau nak apa dari dia? Aku masih hidup lagi tau." Kata Jimin datar.
"Aku nak ajak dia pergi studio sama-sama je. Tak boleh?" Soal Mingyu.
"Tak boleh!" Jawabnya langsung.
"Kenapa?"
"Dalam kelas kau ramai orang, kenapa dia juga yang kau ajak? Hidup kau lonely ke?" Soal Jimin lagi.
"Sebab dia satu kelas dengan saya. Table mate dia dekat studio lain dan V pun macam tu jugak. Apa kata kau anggap aku ni bodyguard dia? Mesti kau risau kalau dia pergi studio sendiri kan? Studio tu jauh tau."
Balas Mingyu panjang lebar. Jimin menatapnya dari atas sampai bawah lalu kembali fokus kearah mata Mingyu.
"Tak perlu, ak--"
"Enough Chim.." Tzuyu menarik lengan Jimin supaya mengalah.
Orang yang lalu lalang dah mula pandang pelik dekat mereka bertiga.
"Mingyu, aku boleh pergi sendiri." Kata Tzuyu.
Mingyu mengangguk manakala Jimin sudah tersenyum kemenangan. Dia siap buka langkah kalau Tzuyu terima tawaran Mingyu.
"Dah dengar?" Soal Jimin berlagak.
Mingyu mengangguk kecil. "Kalau macam tu, jumpa kat studio. Bye.." katanya lalu mengatur langkah dan pergi.
"Jumpa kat studio? Yah, dia cuba na-"
Tzuyu terus menekup mulutnya. Sejak bila namja ni jadi cerewet? Dahlah cerewet, kuat cemburu pulak tu.
"Nak jadi macam V? Jangan protective sangat boleh? Saya tahu lah nak hadap dia macam mana. Banyak kali saya cakap yang dia tu baik. Kenapa tak nak percaya erm??"
Soal Tzuyu sedikit tenang. Jimin terdiam sesaat dan cuba untuk bersikap seperti biasa.
"Dimata orang lain, Heejin tu baik. Tapi tengok apa dia buat? Dia rampas V dari Chorong tau." Kata Jimin tak nak kalah.
Dia mengambil contoh dari kawan baik dia sendiri dalam situasi sekarang ni. Tak semestinya baik tu baik sepenuhnya.
"Aniya, Heejin memang baik. Kawan awak tu yang tak baik sebab tak bagitahu Heejin yang dia ada hubungan dengan Chorong. Kalau dia bagitahu Chorong tu yeoja chingu dia, mesti Heejin tak terima V." Balas Tzuyu.
Dia dah tahu siapa yang bersalah dalam kes kawan baiknya itu. Semuanya dia tahu sebab dia sendiri tanya dekat Heejin tetapi dia masih merahsiahkan hubungan V dengan Chorong. Dia cuma nak tahu siapa ajak siapa. Itu sahaja. Semuanya demi mencari kebenaran yang Chorong nak.
Tak salahkan tolong kawan?
Tapi selepas V dan Chorong putus, barulah Heejin tahu bahawa Chorong pernah ada hubungan dengan V dan mereka putus disebabkan oleh dia.
"Dahlah. Saya malas nak sebut nama kawan awak tu banyak kali. So sekarang, nak saya pergi studio sendiri atau awak temankan?" Soal Tzuyu.
"Saya teman."
"Good. Jom!" Lengan Jimin di peluk dengan kemas lalu mereka berdua pun menuju ke studio bersama-sama.
..tbc..
Sorry lambat update.
YOU ARE READING
I'm NOT Single 2 | Kth
FanfictionTak sangka orang ke-tiga dan ke-empat muncul apabila cinta semakin bersemi. Adakah hubungan ini akan berterusan atau berhenti di tengah jalan? Cover by me
Part 23
Start from the beginning
