3

31 5 11
                                    

Nayoon berlari melepasi kalendar sekolah. Akibat larian gadis itu terlampau dasyat sampai terselak helaian kalendar itu tepat berhenti di tanggal 12 dan enam haribulan iaitu bulan June. Sudah masuk hari ke 151, sejak mereka digelar pelajar baharu di sini.

Hampir-hampir sahaja gadis itu terlanggar kerusi yang diduduki kawan-kawannya. Sebaik sempat brek kaki tadi.

"Weh...aku nampak cikgu Kwon dalam perjalanan ke sini!"

"Mwo? Mungkin kau penat sangat ni...sebab tu kau salah nampak. Kau tahu kan, cikgu tu sendiri cakap tak nak langsung jejak kaki dalam kelas ni lepas kutuk kita bukan-bukan. Aku lebih percaya ular pandai bawa motor tau!"

"Aku tak tipulah!" Protes Nayoon.

"Tak apa, aku percaya kau." Dohee gelak mengejek.

Sebelum Nayoon nak campak meja cikgu ke arah lelaki itu. Dohee pantas selamatkan diri. Haa tahu takut. Menyampuk je kerja kau. Namun ketika tujuh kepala gadis-gadis itu menoleh belakang. Siap tersenyum mesra lagi. Muncul di hadapan membuatkan semua orang tergamam habis.

Semua telan air liur sendiri. Patutlah muka Dohee tadi panik semacam je. Satu kelas memandang muka Nayoon yang sekolah mengatakan "Aku cakap tak nak percaya!
Aku cau luh."

Dohee menarik skirts Nayoon yang mahu curi-curi keluar ikut tingkap kelas.

"Okay, semua. Hari ni kita belajar..." Nayoon menepis kuat tangan Dohee yang masih melekat pada skirt dia. Dasar pervert!

"Sorrylah." Dohee menggosok belakang tangan sendiri. Merah tangan aku.

Cikgu Kwon menulis sesuatu pada papan putih. Semua dah buat muka pelik. Biar betul cikgu?

"Boleh semua?" Lembut semacam je suara cikgu kali ini.

"B...Boleh cikgu!" Gagap semua nak jawab serentak.

"Bermula dari...Kamu yang tengah menguap macam nak sedut semua barang tu. Sila berdiri!"

Hyun patuh. Sebelah tangan diseluk dalam poket seluar. Sebelah lagi dalam poket baju sambil melemparkan wajah bosan.

"Macam mana nak sebut rrrrap monster."

Hyun sekali percubaan dah boleh buat. Mudah sangat cikgu bagi.

"Hmm good...Kamu boleh duduk."

Cikgu terpandang seorang pelajar ini.

"Hmm...kamu yang tengah lempar kasut kat luar tingkap tu. Sila jawab soalan ni, cepat!"

Baekryu tersentak apabila di panggil seperti itu oleh cikgu terus berdiri di sisi meja.

"Ya, cikgu."

"Macam mana nak eja perkataan porrnesian parrapio."

"Oh, senang je po..."

"...Banyak cakap! Sila berdiri atas kerusi kamu."

Terkial-kial dia nak berdiri atas kerusi.

"Haa kenapa tak naik lagi!"

"Cikgu, cikgu. Macam mana dia nak naik. dia duduk bawa kipas. Dia dahlah tinggi gila.
Ini kalau terkena kipas, mahu taknya berpusing terus kepala dia macam helikopter."

"Haa kamu yang bercakap tu...Sila jawab ni pula!"

Menyesal Dohee bersuara. Hmm pasrah lah anda.

"Kenapa kamu ni pendek sangat"

Terduduk Dohee dibuat nya. Jahat sungguh anda

"Cikgu, pasal ketinggian jangan dibuat soalan. Nanti makin pendek pula dia ni..." Gunwoo mempertahankan kawannya. Hmm ini tengah tolong Dohee ke perli?

Cikgu endahkan kata-kata Gunwoo.

"Apa kamu akan buat kalau nampak rumah cikgu terbakar?"

"Itu masalah cikgu, bukan masalah saya" selamba badak si Gunwoo bercakap.
Mata cikgu dah kecil besar kecil besar je memandang wajah putih mulus anak Min.

Tiba-tiba ada seorang cikgu berdesup masuk kelas 4 Fire.

"Annyeong semua. Yah! kwon yujin? bukan ke kau mengajar kat sekolah sebelah?"

Cikgu Kwon pun panik sendiri.

"Alamak! Maaf semua, saya tersilap sekolah. Saya minta diri dulu." Wanita itu pun menyambar beg tangan nya dan berjalan keluar dari kelas tersebut. Malu nak menoleh belakang.

"Patutlah diajukan soalan merepek dekat kita selama ni. Rupanya, salah sekolah!"

"Tak patut, tak patut..."

"Kan... memang tak patut. By the way."

"Kerja sekolah dah siap?" Cikgu kim tersenyum lebar. Gula dalam senyuman cikgu tu terlampau manis sampai ada satu pelajar dia ambil sikit gula tu lalu membancuh air, nak buat teh. Siapa nak?

Semua tergeleng-geleng kepala sambil tersengih macam kerang busuk kecuali seorang pelajar itu. Elok sahaja bibir memuncung nak menghirup teh itu tiba-tiba kena rampas dengan tangan cikgu. Saat itulah pelajar bernama Chaewon ikut tersengih macam duduk bawah ketiak beruk. Tumpang menyorok sekejap mak beruk hehe.

"Kenapa belum siap lagi ha? Pergi lari lima puluh pusingan di depan perhimpunan sekarang!"
Tegas cikgu dengan rotan di tangan.

Hilang lah kaki dia orang nanti, cikgu. Sadis hidup mereka.

"Maafkan kami, cikgu!"

-TBC-

War Of Enemy's✔[EDITING]Where stories live. Discover now