Sebelum mereka semua berkumpul di rooftop, dia sempat mencari keberadaan V. Apabila dia menuju ke luar rumah, dia nampak V sedang menelefon seseorang sambil tersenyum dan dia dapat dengar dengan jelas, namja tu mengatakan ucapan cinta dekat seseorang.

Dia cuba fikir positif. Mungkin dia call omma dia kan? Boleh jadi.

Tapi semua tu terjawab, bila dia call omma V dalam pada waktu sama V call seseorang itu. Maksudnya, dia bukan call omma dia lah kan?

Dia call siapa?

"Kau okey tak?" Soal seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam dapur.

"Aku? Okey je kenapa?" Jawab Chorong.

"Dahlah. Aku kenal kau bukan sehari dua.." kata Jhope sambil berjalan mengambil air lalu duduk dihadapan Chorong.

"Terus terang. Kau kenapa? Aku dah perhatikan kau lama. Kau dah berubah. Memang kau pendiam, tapi sekarang lagi pendiam. Sebab apa? Sebab Kim Taehyung ke?"

"Nampak sangat ke?" Soal Chorong.

Jhope mengangguk semangat.

"Aku tak tahulah. Aku ra--"

"Chorong!" Tiba-tiba suara Tzuyu menjerit memanggil namanya.

Mereka berdua menoleh serentak memandang Tzuyu yang sedikit cemas.

"Naeun! Palliwa!!!" Katanya lalu berjalan menuju ke almari untuk mencari sesuatu.

Pantas Chorong dan Jhope bangun dan dengan segera mereka berdua menuju ke rooftop. Ini tak lain tak bukan mesti yeoja tu cederakan diri dia sendiri.

Naeun ni boleh dikatakan sedikit cuai bila buat sesuatu. Bila dia buat sesuatu, mesti berakhir dia akan cedera. Mungkin kali ni yeoja tu terkena bara api disebabkan kecuaiannya sendiri.

***

V berjalan keluar menuju ke persisiran pantai apabila mendapati keberadaan Chorong di sana. Puas dia cari satu vila tapi langsung tak jumpa. Nasib baik ada yang tahu dia pergi mana sebab dia call pun tak angkat.

"Buat apa malam-malam kat luar? Tak sejuk?" Soalnya apabila sudah duduk di sebelah kekasihnya itu.

Chorong menoleh seketika lalu kembali memandang ke depan. Helaan nafas beratnya dihembus secara perlahan. Entah kenapa tiba-tiba matanya berkaca apabila bahunya dipeluk dengan erat.

"Esok lepas kita main air, jom keluar berdua. Kita pergi date berdua." Ajak V.

Chorong menggeleng kecil. "Dah janji dengan yang lain nak pergi naik viking. Mianhae."

"Jinjjayo? bts? Tak ikut?" Soalnya.

"Tak. Dorang semua nak pergi main VR game."

"Tak ajak saya pun."

"Awak fokus sangat dengan fon. Mana nak dengar perbualan orang." Kata Chorong.

Namja ni sejak sampai ke Jeju, fon tak pernah lepas dari tangan. Asyik melekat dengan fon je.

"Awak tak nak bagitahu saya sesuatu?" Soal Chorong tiba-tiba.

Mereka berdua saling menoleh. V menggeleng kecil.

"Awak nak tahu apa dari saya? Saya cuba jawab semuanya."

"Saya ada satu permintaan." Kata Chorong.

"Apa tu? Anything for you.."

Kata V sambil wajahnya mendekati Chorong. Sedikit sahaja bibir mereka bertemu, Chorong membuka kata membuatkan V terkejut.

"Kita putus."

V menjauh kebelakang sambil memaparkan wajah terkejutnya. Tak faham apa yang di katakan oleh Chorong.

"Apa awak cakap? Putus? Kenapa tiba-tiba?" Soalnya yang masih terkejut.

"Tolong maafkan saya. Saya tahu semuanya berpunca dari saya."

Kata Chorong dan selepas itu air matanya jatuh mengalir.

"Kenapa?" Soal V lagi.

"Saya dah tahu semuanya. Tak perlu sembunyikan lagi. Kita akhiri semua ni. Mianhae Taehyung ah."

Chorong cuba bangun namun di halang.

"Bagi saya explain please." Ucap V.

"Gwenchana. Kita dah tak sehaluan. Saya terlalu busy sampaikan jarang layan awak. Gwenchana. Anggap semua ni salah saya. Awak tak bersalah V. Thanks untuk 3 tahun setengah ni. Saya masuk dulu."

Chorong melepaskan tangannya lalu meninggalkan V sendirian di sana. Sedangkan V masih berdiri kaku disana dan masih tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ni. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

..TBC..

I'm NOT Single 2 | KthWhere stories live. Discover now