Chapter 8 - 💌

Depuis le début
                                    

"Kan! Saya pun tak tahu siapa buat gossip pasal saya dengan Aiman. Padahal saya dengan dia kawan je. Borak pun borak pasal kerja je. Tapi takpe juga,Aiman tu pun boleh tahan handsome juga."Hayden menjeling Aurellia sekilas.

"Abang kau okay?"Tanya Hayden tiba - tiba. Saja tukar topik, lagi pun dia dah nak dekat 3 hari juga tak jumpa Daniel.

"Okay je cuma lately ni makin banyak kes yang dia kena handle tapi dia selalu je balik rumah waktu malam. Kenapa?Awak nak datang rumah ke main game malam ni?"Tanya Aurellia pula. Sudah lali dengan kehadiran Hayden di rumahnya. Kadang - kadang Hayden pun akan sempat berjumpa dengan Mama dan Papa Aurellia apabila mereka berdua balik ke rumah.

"Tak,aku datang minggu depan kot. Malam ni aku ada hal dengan family aku."Jawap Hayden. Kalau ikutkan hatinya memang nak datang main permainan video dengan Daniel tetapi adiknya meminta untuk menemankannya membeli barang.

"Kau nak ikut?"

"Ha?Kenapa saya kena ikut jumpa family awak malam ni? Ada buat kenduri ke?"Soal Aurellia pelik.

"Malam ni adik aku minta teman beli barang dengan dia. Tapi aku takut kalau aku tak sama citarasa dengan dia. Diakan perempuan,aku lelaki. Sebab tu aku ajak kau. Korang dua kan perempuan. Sama - sama complicated."Kata Hayden. Ditarik brek tangan keretanya. Jam pula, tak tahu kenapa Kuala Lumpur ni selalu sesak.

"Wah,boleh! Saya pun dah lama tak keluar pergi beli barang. Tapi,nak kena tanya abang dulu."Kata Aurellia. Dia tidak menghiraukan sindiran Hayden tadi.

"Tak payah tanya. Dia mesti bagi punya kalau kau pergi dengan aku."Kata Hayden yakin. Aurellia memandang Hayden.

"Yakinnya awak. Mana awak tahu yang abang saya akan bagi pergi dengan awak?"Soal Aurellia.

"Sedar sikit eh. Aku dah hidup dengan Daniel tu bertahun-tahun. Aku tahulah perangai dia macam mana."Hayden cuba mempertahankan dirinya.

"Tapi itu bukan tiket untuk awak yakin yang ab-"

"Dah tutup mulut ayam kau tu. Kita dah sampai. Suka sangat bercakap. Aku cakap sepatah,berpuluh patah dibalasnya. Kecil-kecil dulu suka makan bontot ayam ke?"Sindir Hayden. Aurellia mengetap giginya kuat.

"Biarlah saya suka makan bontot ayam ke apa. Mulut awak tu. Kecil-kecil dulu suka makan cili ke?"Balas Aurellia. Geram je dengan perangai Hayden ini.

"Taklah. Aku suka makan kau je."Kata Hayden perlahan. Pandangannya dilemparkan ke luar.

"Ha? Apa dia? Saya tak dengar."Tanya Aurellia. Apa pula lelaki ni cakap perlahan sangat?

"Tak ada apalah. Dah jom keluar. Cakap dengan kau ni sampai outlet ni tutup buka balik pun tak habis cakap lagi."Hayden terus mematikan enjin kereta dan membuka tali pinggang keledarnya. Aurellia terus memasukkan handphonenya ke dalam beg tangan sebelum turut keluar dari kereta Hayden.

Aurellia berjalan di belakang Hayden memasuki Ocean Diamonds shop. Aurellia memerhari sekitar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam cawangan pertama Ocean Diamonds. 

"Mana Jeremy?"Tanya Hayden kepada salah seorang pekerja yang sedang sibuk membungkus bungkusan kotak kecil berwarna merah. Sudah semestinya di dalam kotak kecil sama ada gelang,rantai,cincin ataupun anting-anting. 

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant