1

5.9K 380 22
                                    

TYA menekan perut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TYA menekan perut. Senggugut kali ini sungguh sakit dari kebiasaannya. Lagi-lagi di hari pertama. Rasa macam nak menangis. Dalam perjalanan pulang tadi, sempat juga dia singgah kedai Seven Eleven dulu kerana yakin, stok tuala wanita di rumah sudah habis.

Plastik kedai Seven Eleven dijinjit sambil berjalan ingin pulang. Rasa lenguh dan sakit di bahagian ari-ari semakin mencengkam. Kalau ikut pada daya yang dia punya saat itu, dia memang rasa macam nak pengsan. Tapi, dia tetap kuatkan diri untuk teruskan perjalanan.

Sudahlah dia alami tragedi memalukan di sekolah tadi. Disebabkan tak tahu periodnya tiba hari ini, dia bocor saat di dalam kelas. Nasib baik ada kawan yang menegur. Belakang baju uniform putih sekolahnya habis terkena darah kotornya.

Dalam perjalanan ke bilik disiplin, terserempak pula dengan Nash. Lelaki itulah yang menenangkannya, siap baik hati ingin menemaninya ke bilik kaunseling untuk mendapatkan pad daripada cikgu memandangkan tiada seorang pun pelajar perempuan kelasnya menyediakan pad extra.

Tya berjalan sehingga kakinya menapak di kawasan lorong yang agak suram bersebelahan dengan sebuah gudang lama yang terbiar. Lama Tya kemam bibir sambil teguk liur banyak kali.

Inilah yang paling dia tidak suka. Tapi nak buat macam mana? Ini saja jalan pintas yang ada untuk pulang.

Bukan tak pernah lalu lorong itu, cuma dia takut setiap kali guna jalan pintas itu. Sudah lama sebenarnya dia tidak menggunakan laluan lorong yang sunyi itu.

Memikirkan kesan senggugut yang memberinya sakit berterusan, dipaksa juga kakinya meneruskan langkah tanpa memikirkan perkara buruk yang akan berlaku kepadanya.

Ada sekumpulan lelaki sedang duduk melepak di tembok dinding di bahagian kanannya. Salah seorang dari mereka sedang menyuntik dadah di lengannya menggunakan picagari. Tya cuba lajukan langkah kakinya tanpa memandang wajah mereka.

Sempat juga dia mengerling wajah abangnya yang duduk di atas tembok. Cuma berharap kehadirannya di situ tidak mengganggu keralitan mereka melakukan hal mereka.

"Weh weh... gadislah! Eh, Tya la..." suara garau tambah miang itu menyapa telinganya.

Baru sahaja dia minta dijauhkan, makhluk yang miang dan gatal itu sudah menyapa. Kaki boleh pula buat-buat hilang fungsi untuk berjalan saat-saat begini.

Pejam mata. Telan liur. Kesat.

Kedengaran derap kaki yang laju menghampirinya.

Tya... kenapa kau berhenti? Kenapa kau tak lari?

Menyesal tidak terfikir semua itu saat dia ada peluang tadi. Plastik Seven Eleven dibawa rapat ke dada. Tya peluk kuat plastik itu kerana takut. Perlahan-lahan dia naikkan pandangan. Memberanikan diri menatap mata yang menghalang jalannya.

Afi dan Zafran sedang mengepungnya.

Ya Allah, selamatkanlah aku. Jauhkan aku dari diperlakukan tidak senonoh oleh mereka, doa Tya di dalam hati.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now