DEAREST MAILBOXES : CHAP. 55

Start from the beginning
                                    

"Okay yang, kejap lagi biy beli satu kedai terus", aku tergelak mendengar gurauannya itu.

"Okay dah! Nak bagi dekat Lee nanti, dia kan nak kawin? Dia kan hantu coklat...", aku meletakkan Peppero di dalam troli.

"Jum yang kita bayar.. ni kalau dibiar habis tangan comel awak cekau benda lain", Riyad mencapai lengan aku.

Tangan aku dimasukkan ke dalam poketnya. Hahah risau aku amik bukan-bukan la tu.

Aku tunggu di luar kedai, wush! Lama betul!

Hampir lima belas minit akhirnya Riyad keluar dari kedai itu. Eh? Dua je? Bukan patut aku amik banyak ke?

"Biy... kenapa ni je?", soal aku ingin tahu.

"Jangan tamak sayang.. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap manusia pasti akan menjadi tua. Namun jiwanya tetap muda mengenai dua perkara, yaitu tamak akan harta benda dan selalu ingin panjang umur." (HR Muslim)", Allahu! Dia bagi hadith secara live pulak.

"Errrrr",aku menggaru kepala tidak faham. Riyad ketawa.

"Maksud dia, keinginan manusia akan harta benda tidak ada habisnya karena tamak atau serakah. Seorang manusia yang tamak akan berhenti menginginkan harta benda setelah mati dan dikubur hingga tanah memenuhi mulutnya. Jadi, kalau kita dapat kawal nafsu kita dari sikap tamak, elakkan sebelum kita mati sebagai orang yang tamak.. faham ke wahai gadis idamanku?", aku mengangguk faham.

Ouhhh.. deep aku! Tak jadi nak merajuk hehe. Kene tazkirah percuma dah, baik aku ikutkan aja. Lagipun memang aku rambang mata tadi. Padahal bukan aku nak makan pun! Nak bagi orang je! Hahah.

"Ada nak apa-apa lagi? Before flight kita kejap lagi", kata Riyad sambil melihat jam. Masih ada masa, hehehe.

Sedih rasa.. tahu-tahu dah hari terakhir! Taknak balik boleh? Takpelah nanti baby dah keluar datang lagi boleh lawat pulau. Haritu nak naik bot aku mual pulak, last last tak naik. Hahah.

"Jum pergi kedai tu? Emmm ada kedai baby", aku menunjuk ke arah kedai yang dari tadi aku perhati masa tunggu Riyad.

"Eh? Tak perasan ada kedai baby dekat sini yang... jum la!", aku memegang tangan Riyad dan kami bersama menuju ke kedai itu.

"Hud.. ummi nak belikan barang Hud..uyoooo", kata ceria Riyad sebelum memasuki kedai.

Aku hanya biarkan sahaja dan masuk ke kedai. Bakul di ambil dan apa lagi? Cuci mata la! Wuuuu~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Riyad Yusuf POV :-

Risau aku tengok Aleena punya mata yang rambang lain macam. Hud tu lelaki tahu? Dengan baju blouse pun dia belek.. risau walid anak lelaki walid pakai baju haram hahah.

"Sayang... anak kita lelaki ..lupa ke wahai gadis impianku?", aku mengigatkan Aleena yang masih rambang itu. Lupa ke apa..

"Tapi kan biy... baju ni comel la... mana la tahu nanti kita dapat anak perempuan pulak?",Aleena buat muka comel sambil menunjukkan baju dress putih yang kembang itu.

"Anak dalam perut ni tak keluar lagi yang.. kesian Hud hahah",Aleena buat senyuman keranya.

"Tapi i like.. dah nampak masa depan Hud akan ada adik lagi sembilan.. aum!", gurauan aku mendapat cubitan manja dari gadis impianku itu.

"Hish! Biy jangan nak gelenyah!", dia meletakkan baju dress itu lalu berlalu pergi.

"Eh!! Taknak ke baju ni yang? Untuk adik-adik Hud! Kita amik lagi sembilan!", gurau aku. Aleena mendengus manja.

DEAREST MAILBOXES Where stories live. Discover now