"Baru je sampai. Awak dah makan ke? "

Aira geleng kepala. Dia bukan apa tadi tak rasa lapar lagi. Tapi, rasa macam nak makan maggi pun ada. Tapi kejap lagilah.

"Lah.. Kenapa tak makan? Ke awak ada rasa nak makan apa-apa? Nak saya belikan? "

"Eh tak payah. Saya tak lapar pun. Kalau saya lapar saya makan okey? Rasanya lauk tadi pun ada lagi yang umi and mommy masak, "ujar Aira. Aduhai, sebab nilah Aira mula jatuh sayang dengan Qays ni. Dari hatinya yang sekeras batu kerikil, boleh pula lembut. Qays pandai ambil hati dia.

"Betul ni? "

Aira hanya mengangguk. Qays kemudiannya hanya mengangguk faham.

"Okeylah, kalau macam tu saya mandi dulu. Badan pun dah melekit ni, "balas Qays sebelum bergerak ke arah tualanya yang digantung. Tiba-tiba terjentik satu idea mahu kenakan Aira. Selalu... Aira saja kan yang menguji kekuatan iman dia sekarang why not dia pula yang usik Aira? Boleh kan?

Bajunya terus dibuka di dalam bilik bagi mendedahkan dada bidangnya. Terbeliak mata Aira. Kalut matanya memandang lantai. Eh, tau pula malu?

"Kenapa pandang bawah? "

"Eeee.. Jangan nak main-mainlah Qays. Elok-elok la nak mandi pun, "

"Elok-eloklah ni. Takkan saya nak mandi pakai baju? "

Qays tersenyum nakal. Comel pula Aira tunduk ke bawah macam tu. Sah, muka Aira merah. Dia seksi tak pe, kita tak boleh. Mana aci!

"Tutuplah, Qays... "

Qays mendekati Aira. Senyum sunggingnya terukir di bibir. Jari jemari kaki Aira bermain antara satu sama lain.

"Awak nak mandi kan... Kenapa kacau saya? "

"Macam mana saya nak mandi kalau saya tengok isteri saya pakai macam ni? "

Dup! Tergamam Aira. Erk...

"Jangan nak mengada Qays, "rasa malu secara tiba-tiba apabila Qays menegurnya. Selama ini lelaki itu tak kisah pun. Kenapa baru sekarang?

"Selama ni pun saya pakai macam ni kan? Awak okey je, "

Tersungging senyum nakal di bibir Qays. Semakin dia mendekati Aira sehingga Aira terundur ke belakang dan duduk di atas kerusi.

"Saya lelaki,Aira. Alim macam mana pun saya,saya tetap tergoda. Tambah pula you are mine,babygirl,"bisik Qays buat bulu roma Aira meremang.

Qays ketawa kecil sebelum beredar ke bilik mandi. Bunyi pintu bilik air yang tertutup terus Aira kembali tegak badan. Aira perhati tubuh badannya sendiri.

"Sampai bila aku nak pakai macam ni? "Gumam Aira sendirian. Keluhan berat dilepaskan.












"MAGGI mana maggi... "Bibir Aira tak diam menyebut itu ini ketika mencari di mana kedudukan maggi. Tiba-tiba lapar maggi pula. Meliar matanya mencari. Umi sah dan tidur, malas nak ganggu.

Matanya terus tertancap pada almari bahagian atas. Mesti ada dalam tu. Terus Aira buka bahagian tersebut. Melebar senyumannya sebaik sahaja nampak bungkusan maggi tom yam di atas tin biskut. Eh, tinggi pula.

Terjengket-jengket kaki Aira mahu menambah ketinggian. Tak boleh jadi ni, nak kena ambil kerusi pula. Baru sahaja mahu melangkah, dahinya terlanggar dada bidang seseorang.

Terdongak kepala Aira memandang ke atas. Terlalu dekat jarak mereka ketika itu. Qays...

"Nah, maggi awak nak, "Aira berdehem kecil saat bungkusun maggi dihulurkan kepadanya.

"Err... Thank you, "

"My pleasure, sayang. Kenapa nak makan maggi je ni? "Tegur Qays. Kalau Aira nak makan benda lain dia boleh belikan.

"Lapar. Tapi tak nak nasi, "

"Pandai ke masak tu? "Uji Qays. Ye lah selama dia membesar di sini, dia tak pernah nampak Aira masak ataupun turun menolong di dapur.

"Alah...setakat nak rebus maggi ni celah gigi saya je lah. Dah ke tepi, "badan Qays ditolak sedikit untuk memberi laluan kepadanya.

Gerak geri Aira diperhati dengan penuh minat.

"Banyak sangat ni air. Kalau banyak sangat pun tak sedap juga. Now, awak duduk biar saya masakkan. Special untuk awak, "senyum Qays. Bahu Aira ditarik supaya duduk di atas kerusi.

"Biar je lah, saya buat, "

"No, sayang. Let me do this, "Dia bukan apa, tak pernah Aira masak sendiri. Kalau lepas ni Aira sendiri yang nak belajar masak dia tak kisah. Kang tak selera pula nak makan walaupun maggi.

Terdiam Aira. Semakin lama, setiap panggil manja yang diberikan Qays kepadanya semakin suka dia dengar. Kalau macam ni, lagi senang Qays buat dia jatuh cinta. Ya tuhan!

"Aku... Dah jatuh cinta ke? Betul ke keputusan yang aku buat untuk bukakan hati aku dekat dia? "Desis hati Aira.

23/2/2022

Can i get 40+ votes.. Hehehe..

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Where stories live. Discover now