"Budak - budak zaman sekarang ni memang kurang ajar. Selalu sangat kacau orang. Interview dekat tingkat 18. Bilik mesyuarat."Kata Elyna menyampah. Dia sambung melihat handphonenya.

"Terima kasih Miss Elyna."Aurellia terus berjalan ke lif. Lama - lama dia kat situ boleh gaduh bertarik rambut dia nanti. 

"Datang interview ke ?"Aurellia menoleh ke kanan. Seorang lelaki sedang memandangnya sambil tersenyum. Sahlah lelaki ni yang tanya dia. Dah diorang berdua je dalam lif ni.

"Haah. Mana awak tahu ?"Tanya Aurellia. Lelaki ni bomoh ke ? Ke lelaki ni pun datang nak interview ? Tapi tak nampak pun dia ni pegang apa - apa fail.

"18th floor. Nobody goes to 18th floor except for the workers. And you mesti lah datang nak interview sebab I tak pernah nampak you."Kata lelaki itu lagi. Aurellia menganggukkan kepalanya. Faham faham.

"Awak ? Awak pekerja kat company ni juga ke ?"Tanya Aurellia teruja. Kot kotlah ya,adalah dia geng kerja nanti kalau dia dapat.

"No. I kawan boss. Btw,My name is Easton Greyson. You can call me Easton. Nice to meet you."Kata Easton lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Nice to meet you too. Nama saya Aurellia Clarissa. Boleh panggil Aurellia."Kata Aurellia lalu kepalanya ditundukkan sedikit. Easton menarik balik tangannya apabila Aurellia tidak menyambut tangannya. 

'Ting'

"Okay. Good luck to you Aurellia."Kata Easton sambil tersenyum. Comel je Aurellia ni.

"Thank you Easton."Sambut Aurellia. Kakinya laju melangkah ke bilik mesyuarat. Nasib ada papan tanda kecil. Kalau tak lagi kena dia tanya orang.Aurellia terus duduk di kerusi yang disediakan. Sempat dia menghadiahkan senyuman kecil kepada orang - orang lain yang turut sedang menunggu giliran mereka.

"Good morning and Hi to all of you guys. My name is Kailee and I'm the CEO's personal assistant. Thank you sebab datang harini. Atas permintaan CEO,  Harini CEO sendiri yang akan interview you guys. But , luckily the CEO hasn't come yet. So you guys can prepare your mental and physical. I will call you guys name by name later okay. Last but not least,Good luck and do your best."Kata Kailee. Mereka semua hanya menganggukkan kepala perlahan. Riak muka memang biasa tetapi debaran di hati hanya tuhan yang tahu.

Aurellia menundukkan mukanya. Sempat dibaca zikir - zikir yang dia ingat. Sudah datang dah sakit perutnya sebab kan terlalu gemuruh. Di tarik nafas dalam - dalam cuba menenangkan jiwa.

"CEO dah sampai. Handsomenya !"Aurellia mengangkat wajahnya ingin melihat CEO yang bakal menemu duganya sebentar lagi. Malangnya,CEO itu sudah pun jalan melepasinya dah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Disebelahnya turut ada 2 orang lelaki jalan beriringan dengannya.

Nama demi nama dipanggil oleh Kailee. Menambahkan debaran di dada. Ah,dia orang terakhir ke ? Ke sebab dia datang lambat tadi ? Aduh,kenapa dia jadi orang terakhir ni ? Aurellia hampir menangis. Tangannya sudah mula menggeletar tetapi dia cuba sedaya upaya untuk menarik nafas sedalam mungkin dan cuba untuk menstabilkan diri. Abang ! Aurel need you !

"Aurellia Clarissa Caper Loey ?"Aurellia tersentak. Dia menoleh ke kiri. Kailee sedang tersenyum ke arahnya. Dia pandang sekeliling. Kosong. Memang dia orang terakhir. Aurellia bangun dan menuju ke Kailee.

"Over here. Ketuk sebelum masuk."Kailee menunjukkan ke arah bilik mesyuarat. Aurellia senyum lalu menundukkan sedikit kepalanya sebelum menuju ke bilik mesyuarat.

'Knock Knock'

"Come in."Aurellia masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Matanya membulat melihat gerangan yang duduk di tengah - tengah antara 2 orang lelaki. Sudah pasti dia kenal 2 orang lelaki disebelah gerangan itu.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now