"Excited kenapa ? Luca dah ajak kau kahwin ke ?"Tanya Aurellia. Siapa je tak kenal Luca Asher ? Luca Asher ni kawan diorang waktu sekolah menengah dulu. Semua orang tahu Nerissa ni tergila - gilakan Luca ni. Luca tu bukannya tak perasan cuma dia malas nak layan.

"Uish. Kalau Luca ajak aku kahwin,aku buat kenduri kesyukuran tau ! Agama pun lain. Inikan lagi nak kahwin.Dia bukannya pandang aku pun Aurel."Dah bertukar sesi sedih - sedih pula. Tadi bukan main excitednya.

"Riss. Kau bukannya hodoh pun. Luca tu je yang buta. Kau tu lagi better dari perempuan - perempuan yang suka goda dia tu. Even dia tak layan kau , kau still tak tergedik - gedik kat dia kan. Kau bertanding dengan perempuan - perempuan tu secara sihat kot."Pujuk Aurellia. Macam nak nangis je minah seorang ni.

"Whatever. Okay,soal Luca tu kita bincang next time. Aurel ! aku ada berita hot ni ! Kita lunch sama - sama nanti nak ?"Ajak Nerissa. Bukannya diorang ada kerja pun. Jadi,tak ada alasan untuk Aurellia menolak ajakan Nerissa.

"Okay,boleh. Nanti kau text aku bagitahu nak makan kat mana. Dalam pukul 12.30 aku sampai."Kata Aurellia. Dia pun bosan duduk kat rumah seorang diri. Mak Jah dah beritahu dia tadi yang Mak Jah nak pergi ke pasar dengan Pak Mat. Dating lah tu. Dah bertahun dating,kahwinnya belum. Katanya nak tunggu Aurellia kahwin dulu baru diorang nak kahwin. Lambert lagi.

"Okay,cun. See you soon Aurellia Clarissa !!"Jerit Nerissa lagi. Perempuan ni memang suara dia kuat. Bercakap biasa pun bukan main kuat lagi suara dia.

"See you soon too Nerissa Quennie!"Aurellia menutup panggilannya. Lantas dia bangun menuju ke almari bajunya. Nak pakai baju apa ya ? Walaupun sekarang baru pukul 10 pagi dan dia masih ada masa 2 jam 30 minit, tapi dia kenalah prepare semua benda. Dulu,dia dah biasa buat kerja last minute. Tapi dia benci kelam - kabut jadi dia bertekad untuk tak buat kerja last minute dah.

Selepas hampir 15 minit dia Mix and Match baju,kain dan tudung , akhirnya dia jumpa pakaian yang berkenan di hati. Of course lah dia pilih yang tak payah gosok. Fikir dia rajin ? Baju t-shirt putih bersama jaket nipis berwarna beige. Untuk kain pula,dia pilih kain berwarna hitam sebab warna hitam nampak tak kedut. Tudung pula mestilah dia pilih tudung hitam. Tudung hitam for life ! Tudung shawl pleated. Tak payah gosok juga. Ahh,senang kerja dia.

Aurellia kembali merebahkan badannya ke atas katil. Hampir 5 minit dia merenung siling dengan pandangan kosong. Merenung masa depan. Cerah ke gelap eh ?

"Ah , malas aku fikir. Baik aku buka tiktok. Lambat lagi nak pukul 12.00 tengah hari."Aurellia terus mencapai handphonenya yang dicampak di atas katil.

'Le hago rampampampam

Tu queires rampampampam'

Ah sudah demam Equal monster.

"3-2 Equal Monster !"Jerit Aurellia. Sekadar melepaskan bosan. Dah tiada sesiapa di rumah,bolehlah dia menjerit sesuka hati.

"Hmmm,rindu Exo." Lah tetiba. Aurellia terus keluar dari Aplikasi Tiktok dan membuka Aplikasi Apple music. Diputarkan playlist lagu Exo. Rasa sendunya sudah datang. Lamanya nak tunggu sampai 2025 :(

••

"Okay done !"Aurellia terus meletakkan handphonenya di seat sebelah pemandu selepas menghantar message kepada Mak Jah. Lama betul Mak Jah keluar dating. Aurellia terus memakai seat belt dan meneruskan perjalanannya ke restoran yang dipilih Nerissa.

Aurellia menguatkan radio yang dibluetoothkan dari handphonenya. Kalini dia memilih lagu WayV pula. Sesekali mulutnya diikut untuk menyanyikan lagu kegemarannya , Love Talk.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now