"Makanlah, umi nak sambung cuci sayur dulu, "Puan Mariam senyum sebelum bangun bergerak ke sinki semula untuk sambung cuci sayur. Lagipun, hari ni Datin Hanna ajak dia makan di luar.

Seketika Aira terdiam. Entahlah, dia masih tak dapat nak terima Qays. Mungkin, kalau Qays tunjuk usaha yang dia nakkan Aira bukan atas sebab harta, dia akan pertimbangkan. Tapi, sekarang ini bukan masanya lagi. Aira tak mahu terburu-buru memberi hatinya kepada orang. Aira takut... Dia terluka.

Roti dikunyahnya perlahan. Datin Hanna yang baru sahaja menapak ke dapur, menegur Aira.

"Hari ni kita makan di luar tau. Aira ikut sekali, "arah Datin Hanna.

"Alaa mummy... Aira malaslah, "

"Malas,malas. Mummy tak kira. Saja nak spend time dengan kamu dan ibu mertua kamu juga, "bidas Datin Hanna.

"Ha lagi satu. Pakai elok sikit. Jangan nak seksi sangat. Ingat kamu tu isteri orang. Bila la nak pakai baju cukup kain sikit, "marah Datin Hanna. Berkali-kali dia tegur Aira buat tak dengar saja. Tengoklah sekarang pun. Sakit mata Datin Hanna tengok. Aira buat muka.

"Elok la buat muka macam tu. Dengar tak apa mummy cakap ni?"

Aira mengeluh kecil.Dia hanya akur sahaja kemudiannya. Kalau bantah lagi pun,memang akan kena ikut kan?Tambah pula mesti mummy nak shopping apa-apa sikit sebab lagi dua minggu macam tu Abang Airil dah nak nikah.

"Dengar mummy..."

MACAM biasa,Qays pulang pada Waktu malam selepas selesai buat kerja. Aira pula memang setia di hadapan laptop. Dengar sahaja pintu bilik dibuka dari luar,Aira pura-pura pekakkan telinganya. Apa yang berlaku antara dia dan Qays masih terlayar di dalam matanya. Tiba-tiba sahaja terasa muka sendiri berbahang. Dah kenapa kau ni Aira?Baru kena sentuh macam tu dengan Qays dah mereng dah?

"Assalamualaikum"kedengaran suara Qays memberi salam kepada Aira. Aira teguk air liur kesat. Dah kenapa si Qays ni bagi salam bagai. Tak pernah-pernah macam ni. Boleh meremang bulu roma dia macam ni.

Aira toleh belakang. Terpampang Qays yang sedang tersenyum manis memandangnya. Baru Aira perasaan yang Qays ada lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Laju Aira geleng kepala. Aira semakin pelik dengan dirinya sendiri. Dah kenapa dengan dia ni? dah macam kena pukau dah.

"Kau dah kenapa bagi salam bagai?Tak pernah-pernah bagi salam,"

"Saja. Tak salahkan bagi salam untuk isteri sendiri?dan...awak wajib jawab tau salam saya. By the way,Saya ada beli sate ayam tadi. Awak nak makan dengan saya tak?"sengaja Qays beli sebab Qays tahu sate ayam merupakan salah satu makanan kegemaran Aira. Sengaja dia pancing Aira dengan itu. Aira telan liur.OMG!itu kan favourite dia! Qays memang nak kena. Macam mana dia nak tinggikan lagi ego dia ni?

"Tak nak,"walaupun dalam hati dia nak sangat. Dah lama dia tak makan sate ayam.

Qays sembunyi senyum. Entah kenapa dia rasa Aira macam lain malam ni. Macam malu-malu pun ada. Dapat dia lihat pipi Aira memerah ketika memandangnya.

"Anggap je lah saya belanja awak sate malam ni sebagai tanda maaf saya sebab...'tersentuh' awak semalam. I'm sorry,"walaupun dia terlebih layak untuk melakukan itu,dia hormat Aira sebagai isterinya. Dia tak akan sentuh Aira selagi Aira tak bersedia untuknya.

"Kau boleh tak jangan ungkit hal semalam?aku tak suka,"turn off betul dia kalau dengar pasal semalam. Tahu tak yang dia malu dengan Qays sampai tahap petala langit!Eh,apa dia merepek ni?!'

"Okay,fine. Kalau awak nak makan...jumpa saya tepi kolam kejap lagi okey?Now saya nak mandi dulu,"mata dikenyitkan kepada Aira dengan senyumannya yang jelas melebar. Mana tak lebar bila tengok Aira malam ni tak tengking dia cuma...garang mungkin?

Pandai-pandai kaulah Qays nak jinakkan si ibu singa ni. Desis Qays dalam hati.

Aira dalam hati meronta nak makan sate tu. Erghhhh!!!Kalau dia turun makan nanti agak-agak Qays fikir bukan-bukan tak?Tapi dia nak!!!Eh,sejak bila kau pandai nak malu-malu pula dengan si mamat poyo tu?Come on,Aira!

Aira hanya memerhati Qays dari belakang. Qays mengambil kain tuala sebelum bergerak ke dalam bilik air. Otak Aira ligat fikir apa patut dia turun makan buat bodoh je atau dia tahan je rasa terliur dalam hati?

'Ah,persetankan semua tu Aira!'

'Senang betul kau cair kan Aira?!'

Suara hati Aira berbalah sesama sendiri ketika itu. Erghhh!serabut otak!

12/2/2022

Don't forget to vote and comment too...

TBC

BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ