𝟣

90 8 2
                                    

- 𝐇𝐢𝐦 -
“ I fall for your smile every single time. ”
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Isabelle berjalan menuju ke arah kafe. Kelas tadi memenatkan minda dan fizikalnya. Dia bukan penat dengan matapelajaran tersebut tapi penat dengan manusia yang berada di kelas tadi. Huh.

Semua benda yang dia buat jadi tidak kena.

“ Belle! ”

Terhenti Isabelle dari berjalan. Dia berhenti sebab dia kenal suara itu. Kalau dia tidak kenal suara itu, dia main jalan sahaja. Malas mahu melayan. Orang-orang di sini bukannya betul sangat pun.

Isabelle menoleh ke belakang.

“ Kau ni asal tak tunggu aku? ”

Isabelle memandang kosong ke arah lelaki itu.


“ Malas. Awek kau dah tunggu dekat luar tu. ”

Lelaki itu ketawa kecil.

“ Kau jelous ek? ” usik lelaki itu.

Isabelle memandang lelaki itu atas bawah. Oh please! Siapa je yang jatuh cinta dengan musuh sendiri dari zaman sekolah menengah? Huh.

“ Jangan nak berangan la, Zayden Damian. ”

Ya, gais. Lelaki itu ialah Zayden Damian yang dahulunya musuh sejatinya, sekarang menjadi kawan baiknya. Tak adalah baik sangat. Selalu juga bertekak. Mamat ni annoying sangat. Entah macam mana dia boleh berkawan baik dengan lelaki tak cukup sifat ni. Rasa menyesal pun ada kadang-kadang. Tetapi Zayden sentiasa ada dengannya walaupun dia tidak memerlukan lelaki itu. Biasalah dia lebih suka bersendirian.

Isabelle terus menoleh ke hadapan lalu berjalan meninggalkan lelaki itu di belakang. Kalau melayan, sampai ke sudah dia tidak ke kafe. Perutnya sudah ber‘gendang’. Lapar weh. Sumpah!

“ Belle! Ish tunggu lah! ” jerit Zayden.

Isabelle buat muka. Mamat ni kalau tak menjerit tak sah. Yang dapat malunya dia. Menonong sahaja dia jalan sehingga ke kafe. Lantaklah mamat tu.

Sebaik sahaja sampai di kafe, Isabelle terus menuju ke arah deretan makanan yang sudah tersedia tidak jauh dari kedudukannya. Ramai juga manusia di kafe ini. Kena ber‘sesak’lah dia kali ini.

“ Belle! Kau ni selalu tinggal aku dekat belakang! ”

Isabelle menjeling ke arah Zayden sekilas.

“ Kau yang lembab. Harap je kaki panjang. ”

Zayden mencebikkan bibirnya.

Isabelle mencapai pinggan kosong lalu pergi ke arah tong yang berisi nasi putih. Sumpah dia terliur gila melihat lauk-pauk yang ada di situ. Ada ikan keli masak lemak, ayam masak merah, sotong goreng, ikan pari masak asam pedas dan macam-macam lagi. Dia tak boleh hidup tanpa masakan Melayu. Kalau tidak nanti dia mati.

“ Belle, lepas ni kau free tak? ” tanya Zayden.

“ Tak. ” jawab Isabelle sepatah.

Of course jawapannya ‘tidak’ kerana dia tidak mahu keluar bersama Zayden. Nanti kena kejar dengan peminat gila Zayden. Bukannya dia tidak pernah kena sebelum ini. Dia sudah serik. Peminat Zayden memang tidak boleh dibuat main.

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now