ᴘ ʀ ᴏ ʟ ᴏ ɢ

105 8 0
                                    

- 𝐇𝐢𝐦 -
" I fall for your smile every single time. "
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───


( FLASHBACK )

“ Isabelle! ”

Isabelle yang sedang memandang ke luar tingkap itu terus menoleh ke arah empunya suara yang memanggilnya tadi. Lelaki. Dari kelas sebelah.

“ Hm. ” jawab Isabelle malas.

“ Aku ada surat untuk kau. ”

Terangkat kening Isabelle sambil memandang ke arah surat yang dihulurkan oleh lelaki itu. Surat apa pula ni? Surat cinta ke? Cantik semacam je.

“ Penting ke? ”

Lelaki itu meletakkan surat tersebut di atas meja Isabelle apabila Isabelle tidak menyambut hulurannya. Faham sangat dengan sikap Isabelle.

“ Surat ni penting. Masa depan kau. Bak kata Cikgu Melati. Cikgu Melati suruh kau baca dekat rumah. ”

Isabelle memandang sepi surat itu. Huh.

Ingat ke surat cinta.

“ K. Thanks. ” balas Isabelle tanpa nada.

Lelaki itu hanya mengangguk lalu beredar dari situ.

Isabelle mencapai surat tersebut lalu dibukanya tanpa ragu. Kisah apa dia dengan Cikgu Melati.

Surat itu dibaca dengan teliti.

Ceh. Surat tawaran sambung belajar rupanya.

Ingat ke apalah yang penting sangat tadi.

London. Jauh mat.

Isabelle terus menyimpan semula surat itu ke dalam sampulnya. London? Bosan. Jauh. Dia malas mahu bergerak jauh-jauh. And dia malas mahu sambung belajar. Baik duduk rumah je. Lagi best.

“ Oi, Isabelle! ” tegur seseorang.

Isabelle langsung tidak menoleh. Malas dan membuang masa. Dia kenal sangat dengan suara sumbang yang memanggilnya itu. Jika dia menoleh, dia akan diusik sampai waktu sekolah tamat. Dan benda itu akan membuatkan dia rasa menyampah dan rasa ingin membunuh seseorang.

“ Sombong betul minah ni. ” perli lelaki itu.

Yes kawan-kawan. Dia lelaki.

Sebab itu Isabelle malas mahu melayan. Lagi-lagi lelaki itu mempunyai ramai peminat di sekolah ini. Nakal tapi ramai peminat. Tf? Takde life sia.

Kalau dia melayan lelaki itu, habis dia dicaci maki oleh peminat-peminat lelaki itu. Sampah! Huh.

“ Isabelle, pandang la belakang. Aku ada benda nak bagi dekat kau ni. ” kata lelaki itu selamba.

“ Isabelle! Isabelle! Isabelle! ”

“ Belleeeeeeee.... ”

“ Oh Isabelle! Isabelle oh Isabelle! ”

Shit.

Isabelle mendengus perlahan.

Kalau tidak dilayan, nanti makin menjadi-jadi lelaki itu memanggil namanya. Dia rasa semak. Haish.

“ Kau nak apa Zayden Damian?! ”

Isabelle merenung tajam ke arah lelaki itu sebaik sahaja dia menoleh ke belakang. Tersengih suka lelaki itu. Suka kerana dapat menarik perhatian si ratu ais. Isabelle pula tengah tahan marah. Geram.

“ Marah pun comel hahaha. ” usik lelaki itu.

Isabelle mendengus kasar lalu memandang ke hadapan semula. Macam yang cakap tadi. Buang masa sahaja dia menoleh ke belakang. Bukannya lelaki itu reti serius. Haish. Nasib anak orang.

“ Alaaaa Isabelle! ”

“ Isabelleeeeeee, pandang la sini! ”

Isabelle buat-buat tidak tahu. Malas mahu melayan. Nanti dia juga yang jadi mangsa.

Zayden Damian tak guna!

( END OF FLASHBACK )

𝐇𝐈𝐌  ( Slow Update )Where stories live. Discover now