Episod 14

15.2K 1K 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Kakiku melangkah lagi menyelusuri deretan kedai yang menjual pakaian. Dari tadi lagi aku pusing-pusing butik dalam Mall ni mencari pakaian yang sesuai untuk ke Majlis nanti.

Argh! Stressnya!

Kaki aku melangkah masuk ke De Kings boutique. Antara butik yang terkenal di sini namun baru saja aku melangkahkan kaki, seorang pekerja perempuan menghalang aku.

"Maaf cik tak boleh masuk." Tegas dia menghalang langkahku.

Eh? Kenapa pula tak boleh masuk? Rasanya tadi dekat bahagian luar ada tertulis perkataan "open".

"Oh, kenapa ya? Saya nak tengok dress dekat sini." Terangku. Dahiku berkerut seketika bila gadis itu memandangku dari atas hingga bawah seolah-olah menilai ku.

Oh tolonglah, jangan cakap yang dia ni termasuk dalam golongan yang suka menilai orang tanpa menilai diri sendiri! Tolonglah, jurujual Ae pun!

"Sekarang ni ada VVIP yang tengah pilihan pakaian lagipun pakaian dekat tempat kami ni mahal. Mungkin cik tak akan mampu."

Sopan tapi begitu pedas dan tajam dipendengaranku. Aku mengecilkan mataku memandangnya lama. Aku boleh terima kalau dia kata ada VVIP yang tengah pilih pakaian, aku boleh je tunggu tapi ayatnya yang terakhir itu menyakitkan hati.

"Tak mampu nak bayar gaji awak yang seciput tu ke?" Sebelah kening aku angkat padanya. Wajah gadis itu berubah.

"Jaga kata-kata awak tu. Jangan ingat semua orang ni miskin macam awak. Baru jejak ke tempat mewah sikit, awak dah berlagak?"

"Saya bukan nak berlagak tapi saya tahu yang cik tak akan mampu. Tengok dari cara pemakaian cik pun saya tahu." Dia masih lagi cuba mempertahankan dirinya mengundang tawa sinisku.

"Macam saya boleh lihat yang awak ni memang jenis orang jakun tak pernah duduk dekat tempat macam ni. Menyedihkan." Balasku pedas. Wajah gadis di hadapanku ini mula berubah merah padam.

"Cik sila keluar sekarang sebelum saya suruh pengawal halau!" Tegasnya.

Alahai kesian betul budak ini. Baru saja aku ingin bersuara, mataku terpaku pada lelaki yang mendekati kami.

"Tuan, maaf ganggu. Ada perempuan gila ni menganggu."

"Kau cakap apa?!" Aku tolak bahunya geram. Mulut perempuan ni memang nak kena ganyang dengan aku!

"You should watch your mouth." Suara lelaki itu kedengaran. Mata hijaunya menjeling pada gadis disebelahku. Dapat aku lihat wajah gadis itu berubah takut seketika.

"Sweetheart." Sapa Elvis saat matanya menyapaku. Senyuman manis terukir di bibirnya. Oh, jadi Elvislah VVIP yang gadis itu maksudkan.

Aku perasan yang wajah gadis itu jelas terkejut dengan apa yang berlaku sekarang. Sudah tentu dia tidak menyangka yang Elvis akan memanggilku sedemikian.

"What are you doing here, Sweetheart?" Tanya Elvis. Tangannya mencapai tanganku supaya berdiri rapat dengannya.

"Saya cari dress untuk majlis dekat kolej tapi ada pula yang halang saya masuk." Kataku menyindir gadis yang sudah menundukkan wajahnya tu.

Aku perasan mata Elvis mengerling tajam dan penuh amaran pada gadis itu sebelum senyuman terukir di bibirnya saat matanya memandangku.

"Mulai hari ni you one of VVIP. Taraf kau sama taraf dengan aku." ujar Elvis tiba-tiba dengan suaranya dikuatkan seolah-olah ingin memberitahu pekerja lain supaya jangan halang laluan aku lagi.

"Come Sweetheart. Aku akan cari dress paling cantik untuk kau."

Elvis tarik tangan aku supaya mengikuti langkahnya. Nak tak nak, terpaksa juga aku ikut. Mataku tertegun seketika melihat pelbagai jenis rekaan dress yang sememangnya menarik perhatian aku.

Cantik sangat!

×ELVIS MEDINA×

"You look damn beautiful."

Aku tersipu saat keluar dari bilik persalinan pakaian. Aku pandang cermin besar yang memantulkan diriku yang memakai dress putih ala-ala puteri raja tapi rekaannya sangat ringkas dan tampak modern. Unik.

"Terima kasih. Saya rasa saya akan pilih yang ni. Thanks, Elvis." Ucapku.

Semua yang aku pilih, semua aku tak berkenan tapi sekali saja Elvis pilih, terus meragut hati aku untuk beli dress ni. Dah cukup perfect ni!

"Welcome sweetheart." Elvis yang sedang duduk santai di kerusi sofa itu menarik senyuman. Matanya tak lepas dari memerhatikan setiap tingkahku.

"Berapa harga ni?" Tanyaku sendirian. Tangan aku meraba di sekeliling tubuh mencari tanda harga namun langsung aku tak temukan.

"Kau tak payah bayar, I'll pay for it."

Aku terus berpusing memandang Elvis bila mendengar kata-katanya tu. Eh? Aku bukannya tak ada duit nak bayar!

"Tak-"

"Aku tahu kau mampu untuk bayar berapa je harga tu tapi untuk kali ni biar aku bayarkan, Okey?" Elvis bangun mendekatiku.

Tangannya menyelak hujung rambutku lalu diselitkan ke belakang telinga. Terkebil-kebil mata aku memandang mata hijaunya. Dahlah aku terpaksa mendongak sedikit untuk memandangnya.

Untuk seketika aku rasa darah menyerbu ke wajah. Pantas aku melarikan pandanganku dari terus menerus menatap mata cantiknya tu. Malu!

Aku dengar tawa kecil Elvis membuatkan aku gigit bibir bawah. Senang mendengar tawanya tu.

"Elvis..." Panggil ku. Ada sesuatu yang berlegar-legar dalam kepalaku saat ni.

Elvis angkat sebelah keningnya memandangku. Memberi isyarat supaya aku meneruskan apa yang ingin aku katakan.

"Hujung minggu nanti boleh tak awak jadi teman saya untuk ke majlis di kolej saya?" Tanyaku.

Kan bagus kalau Elvis boleh temankan aku... Tak adalah aku berseorangan pergi ke majlis tu nanti.

"Aku..."

Aku pandang Elvis lama. Dalam jangkaan aku sekarang ni, aku agak yang dia akan terima. Bukankah dia suka lakukan apa saja untuk aku? Argh! Tolonglah terima!

"Aku tak boleh temankan kau, Sweetheart. Aku ada kerja." Katanya membuatkan bahu aku jatuh.

Ugh!

👑 FUFULIEYAMAT 👑
📝 14 JANUARY 2019 📝
©️ JANUARY 2019
🔱 Gadis Dambaan Setan🔱

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now