"Hey look at me, it's me Tengku Daniel, i won't hurt you" pujuk Tengku Daniel lembut sebelum mengangkat wajah yang dipenuhi air mata itu agar memandang wajahnya.

Tengku Daniel? Erla Diana mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum pandangannya menjadi lebih jelas. Wajah tampan dihadapannya dipandang lama.

"B..bos, sa..saya takut" perlahan-lahan lengan lelaki itu dicengkam kuat.

"Shh, as long as i'm here, no one can touch you" kata Tengku Daniel lembut namun masih terselit ketegasan dalam suaranya.

"Tengku" terketar-ketar nurse itu menghulurkan tuala kepada Tengku Daniel. Tuala itu diambil sebelum dililitkan pada tubuh Diana.

Tubuh Diana di dukung menuju ke katil. Suhu penghawa dingin didalam ward itu dinaikkan untuk kurangkan sejuk. Gadis itu masih menangis. Hampir seminggu peristiwa itu berlalu namun dia masih trauma.

Bayangan peristiwa itu sering berlayar di mindanya, dia tidak dapat tidur dengan tenang, dia merasakan dirinya jijik selepas apa yang berlaku.

Dia sering bermimpi buruk setiap malam, namun dipenghujung mimpi itu, ada seorang lelaki yang menghulurkan tangan kepadanya. Pada awalnya wajah itu samar samar, namun semakin lama wajahnya kelihatan.

"Get out!" halau Tengku Daniel keras membuatkan nurse-nurse itu menunduk sebelum berlalu keluar. Sempat dikerling sedikit kearah tubuh tegap itu. Kemeja yang basah itu melekap mengikut tubuh tegap Tengku Daniel.

Jarang lelaki itu datang ke hospital ini memandangkan dia sibuk menguruskan syarikat The Louis Holding. Selalunya ibu kepada Tengku Daniel yang akan datang kesitu setiap kali wanita separuh usia itu pulang ke Malaysia.

"What are you doing? I said get out" Tengku Daniel mengerling sedikit kearah nurse-nurse yang terkaku di muka pintu. Tanpa menunggu lama mereka terus keluar.

"Nak air?" suara garau itu menyentak lamunan Diana. Dia mengangguk perlahan sebelum segelas air diberikan kepadanya.

Wajah Tengku Daniel dipandang lama. Lelaki ini sentiasa ada disaat dia dalam kesusahan.

'It was him' kata Diana kepada diri sendiri. Lelaki didalam mimpinya adalah Tengku Daniel.

Setiap kali dia hilang kawalan akibat trauma itu, setiap kali itu juga Tengku Daniel akan setia berada disisinya untuk menenangkan dia.

"S..saya nak ju..jumpa Rania" kata Diana perlahan, sungguh dia rasa bersalah apabila Tengku Daniel menceritakan tentang keadaan sahabatnya itu.

"You need to rest, lagipun masa melawat dah tamat, cuma Adrean yang dibenarkan jaga Rania. Esok saya bawa awak jumpa Rania" janji Tengku Daniel sebelum dia mengambil tempat di kerusi.

Erla Diana hanya mengangguk sekali lagi. Dia masih ingat senyuman gembira sahabatnya itu semasa mendapat berita tentang kehamilannya. Tidak sampai sehari bahagia itu datang.

'Aku harap kau kuat Rania'

"It was all my fault, isn't it?" Jari jemarinya menggenggam satu sama lain dengan kepala yang menunduk.

"Nah, it's was qada and qadr" jawab Tengku Daniel ringkas, dia tidak mahu gadis itu terus-terusan menyalahkan dirinya.

"But, kalau saya tak ajak dia food hunting hari itu semua ini takkan terjadi. Kalau saya tak selemah ini Rania mesti dah selamat" sekali lagi air mata mengalir di wajah bersih itu.

"Listen dear, awak dah buat yang terbaik untuk selamatkan dia. It's not your fault at all, semua ini takdir dan ujian untuk Adrean dan Rania"

"But.."

Mi Esposa (TERBIT)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ