01.

3.2K 125 6
                                    

02.Feb.2015

Aku melihat ke siling bilikku. Baring di katil yang empuk sudah cukup membuat fikiranku lega. Kesunyian itu indah. Eya . Kesunyian itu indah . Lalu aku memejamkan mataku . Tenangnya.
"Mia.. "
Suara mama .
"Mia .. "
Mesti mama panggil turun untuk makan malam . Rasa malas membelenggu diri . Tidur lebih baik . Lagi pun katil ni empuk sangat . Tak sanggup tuk tinggalkan .
"Mia .."
Ada sentuhan halus di bahuku. Ini mesti mama ni . 'wait . .bila masa mama masuk bilik aku ni .. ' sejuk saja belaian tangan di bahuku .
"Miaa !!!! "
Aku terkejut .
"Kenapa ni ? Pucat jak mama tengo. "
Aku melihat di sekelilingku . Menyedari suasana tiba-tiba sudah berubah.

Aghh !!!! diriku sekarang bukan di atas katil lagi . Seriously??!!! . Macam mana boleh berada di meja makan pula. Sejak bila aku berjalan. Bukan tadi aku tengah tidur dalam bilik ker ? . Atau mungkin aku mengigau ? Tidur sambil berjalan . Tak mungkin la .
Tapi sejak bila aku ada di sini . Aku yakin aku tengah tidur tadi
. Aku memandang sekeliling dengan tajam . Agaknya macam nampak hantu sahaja. Aku menggosong mataku . Berharap ini semua mimpi. Tak cukup dengan tu, aku mencubit tanganku dua kali.
'Auchhh . Sakit tu ..sengatan berbisa '

"Kamu ok tak ni ? Kenapa buat muka begitu?"
Mama memandangku dengan penuh tanda tanya di wajahnya. Ops . Bukan mama saja yang pandang begitu . Papa juga terkebil-kebil memandangku .
Aku automatik membetulkan reaksi mukaku. senyum skit . Walaupun tidak ikhlas . Asal ada bentuk , sebab aku masih lagi memikirkan penomena tadi . Mimpi ka aku ni ??

***

Selesai makan malam, aku melangkah malas menaiki tangga . Naik ke bilik .
Bila pintu bilikku buka ..
Ada seseorang tengah baring di atas katilku sambil memandang ke atas siling . Sosok tubuhnya seperti ku kenal .
Aku mengecilkan lagi mataku untuk focus siapa yang berani baring di katilku . Nampak gayanya seperti wajahku. Wait .
Orang itu adalah aku. Eya , aku yakin .. orang yang berada di atas katilku adalah aku sendiri. Sejak bila aku ada kembar ?
Jantungku berdegup cemas.
Aku nampak diriku tengah tidur ..
Tangan yang membelai tu pula? Mana tangan yang membelai bahuku ??

'Mia.. jangan tengo . Nanti kau terkejut ..' suara hatiku membisik.
Aku undur selangkah .
Jauh dari pintu bilikku yang masih terbuka luas itu.
"Mia ? "
Aku terkejut dan hampir terlanggar mama yang berada di belakangku.
"Tidur lagi ka mia tu , mah?" Soal papa yang baru keluar dari bilik besar . Bilikku hanya berdepan dengan bilik mama dan papa .
Mama masuk ke dalam bilikku tanpa menghiraukan aku yang berada di depannya . Dia duduk di birai katil . Sambil membelai bahu diriku yang lagi satu itu . Mama membelai dengan penuh kasih sayang . Diriku yang satu itu pula nyenyak melelapkan mata seakan berehat dari masalah yang besar . Mukanya tenang . Aku hanya dapat memerhati suasana itu . Aku berdiri hanya sebagai bayangan saja .

'Ma , mia di sini . Itu bukan mia..' rintih hatiku .
Aku ni siapa sebenarnya .. kenapa suasana ni terjadi ? Aku bermimpi ka ??.

"Abg turunlah dulu. Imah nak bangunkan anak kita ni dulu . " kata mama .
Papa hanya menurut.
Aku perlahan-lahan mendekati mama dan diriku yang satu itu . Mahu saja aku tarik tangan mama supaya hentikan belaiannya . Sebab itu bukan aku . Eya kah? Aku sendiri tak yakin.

"Miaa !!!!!!!!!!!!!"

Aku tersentak . Terbangun dari tidurku .
Terkesima . Tadi kan aku sedang berdiri di hujung katil ? Dan mama ada di birai katil ?? . Kini aku cuma seorang dalam bilik .
Sunyi . Bila masa kau ni dah gila mia ???

*maaf . Untuk yg pertma ni pndek skit ceritanya . Ada hal jap . Wait for the next story aa .
Dont forget to Vote me :)

Firasat [completed]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt