Episod 12

16.4K 1K 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Seriouslah you, Hazry?" Soalku bila lelaki di hadapanku mengangguk kecil. Argh! Kenapa lain? Dulu comot Aje, sekarang bukan main lagi kacak!

"Yeah, it's me. Kenapa? Tak percaya?" Suara serak basah miliknya kedengaran membuatkan aku tersengih.

"Lain sangat! Dah lama tak jumpa sampai dah lupa." Kataku teruja. Mana tak terujanya kalau dapat jumpa kawan baik masa kecil ni?

"Itulah, dulu bukan main lagi melekat macam belangkas tapi sekarang masing-masing dah tak ingat" Sampuk Dato' Halim dengan senyuman.

"Hazrylah, ada ke patut pergi sekolah sampai ke UK sana. Kesian Dina seorang diri Aje dekat sini." Aku mencebik bibir bila Hazry ketawa.

Dulu kami terpisah waktu sekolah menengah bila Hazry buat keputusan untuk ikut keluarganya tinggal di UK. Bertahun-tahun tak bertemu, hubungan kami terputus macam tu saja.

"But I'm here now." Ujar Hazry pula membuatkan aku menarik senyuman. Ada sedikit rasa janggal kerana sudah lama tak bertemu tapi semua itu tidak dapat menandingi rasa teruja aku bertemu semula dengannya.

"Semua dah makan ke? Kalau belum, bolehlah kita makan malam sama-sama nanti. Sekejap lagi, Ikram balik. Ada hal dekat luar katanya."

Aku tersentak. Terus ingatan aku kembali menjengah apa yang berlaku tadi. Argh! Tak boleh jadi ni! Aku kena beritahu juga mama tentang apa yang berlaku!

"Mama, Dina ada hal nak cakap dengan mama." Bisikku perlahan. Tidak mahu orang lain tahu. Aku tak nak malukan mama di hadapan keluarga Hazry.

Dahi mama berkerut seketika namun kepalanya tetap dianggukkan.

"Duduklah minum dulu. I nak pergi ambil barang sekejap. Dina, mari tolong mama sekejap." Pinta Mama dan aku memahami alasan yang mama berikan.

Langkah aku mengikuti langkah mama ke tingkat atas hingga ke biliknya.

"Dina nak cakap apa dengan mama?" Tanya mama serius.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba menyusun ayat untuk menerangkan apa yang berlaku tadi.

"Tentang Ikram. Mama tahu yang dia bukan lelaki yang baik. Tadi Dina nampak dia dengan teman wanita dia dekat restoran."

"Dina jangan nak buat cerita boleh tak?"

"Tak! Dina tak buat cerita. Memang perempuan tu pun tak tahu yang Ikram dah kahwin dengan mama. Dina tak kenal perempuan tu siapa tapi dia kenalkan diri dia sebagai teman wanita Ikram. Dia kahwin dengan mama sebab harta Aje." Terangku bersungguh-sungguh. Aku tak nak mama terus menerus tertipu dengan tampang Malaikat yang Ikram pasang di hadapannya.

"Dina belum tahu kebenarannya then Dina nak tuduh dia macam-macam sampai sanggup malukan dia depan orang ramai? Sanggup lempang dia depan orang ramai?" Suara mama meninggi membuatkan aku terdiam. Macam mana pula mama boleh tahu tentang hal tu?

Elvis King | PBAKL2024Where stories live. Discover now